BORAK-QS
Selasa, 29 Mei 2012
Selasa, 22 Mei 2012
Borang Piawai : Design Guaranteed Bond
Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui surat arahan KPKR. Bil 7/2011 bertarikh 4 Julai 2011 telah memaklumkan tentang penggunaan borang piawai untuk Jaminan Bank Reka bentuk @ Design Guarantee Bond.
Design Guarantee Bond perlu disediakan oleh pihak kontraktor bersandarkan kepada keperluan Borang Kontrak 203, 203A dan 'Design And Build' terbaru iaitu revision 1/2010 iaitu apabila Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dikeluarkan.
Penggunaan borang piawai ini, adalah meliputi untuk kontrak secara konvensional atau 'design and build'
Kepada sesiapa berminat untuk mendapatkan soft copy borang ini, bolehlah emailkan pertanyaan kepada chee_lin@yahoo.com
Selasa, 15 Mei 2012
Berita Projek : Terowong SMART elak kerugian bah RM500j
| GAMBARAN fungsi terowong SMART menangani banjir |
Berita Harian @ 15 Mei 2012. PETALING JAYA: Terowong
SMART (SMART) yang dibina dengan matlamat mengurangkan banjir di ibu kota
berjaya 'menyelamatkan' ibu negara daripada mengalami kerugian dianggarkan
mencecah sehingga RM500 juta akibat banjir sejak dibina lima tahun lalu.
Pengarah projek SMART, Datuk Ir Azmi Mat Nor, berkata nilai berkenaan diperoleh berdasarkan kajian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berpandukan lapan banjir besar yang berjaya dielak selepas terowong berkenaan berfungsi sepenuhnya pada Julai 2007.
Pengarah projek SMART, Datuk Ir Azmi Mat Nor, berkata nilai berkenaan diperoleh berdasarkan kajian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berpandukan lapan banjir besar yang berjaya dielak selepas terowong berkenaan berfungsi sepenuhnya pada Julai 2007.
Berdasarkan kajian JPS,
SMART menganggarkan terowong sepanjang 9.7 kilometer itu dapat mengelak
kemusnahan akibat banjir mencecah RM5 bilion sepanjang lebih 30 tahun tempoh
konsesinya.
Azmi berkata, SMART yang juga terowong dwi
fungsi pertama di dunia dibina dengan objektif utama mengalih lebihan air di
sekitar kawasan liputan Sungai Klang dan Sungai Ampang daripada memasuki pusat
bandar, selain mengurangkan kesesakan jalan raya pada cuaca biasa.
Laluan diliputinya termasuk Masjid Jamek, Leboh Ampang, Jalan Melaka, Dataran Merdeka, Dang Wangi, Leboh Pasar, Pasar Seni, Dayabumi, Jalan Petaling serta kawasan segi tiga emas, Sungai Wang, Bukit Bintang, KLCC dan Pavillion.
“Kawasan diliputi SMART tidak lagi dilanda banjir seperti sering berlaku sebelum terowong ini berfungsi sepenuhnya sebelum ini.
“Bagaimanapun, masih ramai orang awam tidak mengetahui liputan sebenar SMART, menyebabkan ada di antara mereka membuat andaian terowong itu tidak berfungsi dengan baik dalam kejadian banjir contohnya pada Mac dan Mei lalu, sedangkan kawasan terbabit berada di luar liputan kami,” katanya pada sidang media di Menara Gamuda, di sini, semalam.
Laluan diliputinya termasuk Masjid Jamek, Leboh Ampang, Jalan Melaka, Dataran Merdeka, Dang Wangi, Leboh Pasar, Pasar Seni, Dayabumi, Jalan Petaling serta kawasan segi tiga emas, Sungai Wang, Bukit Bintang, KLCC dan Pavillion.
“Kawasan diliputi SMART tidak lagi dilanda banjir seperti sering berlaku sebelum terowong ini berfungsi sepenuhnya sebelum ini.
“Bagaimanapun, masih ramai orang awam tidak mengetahui liputan sebenar SMART, menyebabkan ada di antara mereka membuat andaian terowong itu tidak berfungsi dengan baik dalam kejadian banjir contohnya pada Mac dan Mei lalu, sedangkan kawasan terbabit berada di luar liputan kami,” katanya pada sidang media di Menara Gamuda, di sini, semalam.
Azmi berkata demikian bagi mengulas kejadian
banjir besar di Ampang, Bukit Belacan dan Hulu Langat pada 7 Mac lalu serta
Setapak, Salak Selatan, Bandar Tun Razak dan Kajang (2 Mei) yang berada di luar
liputan SMART.
Katanya, SMART mempunyai jangka hayat 100 tahun dan dengan perubahan suhu tidak menentu, keupayaannya mengelak kerosakan akan menjadi lebih besar, sekali gus memanfaatkan negara ini.
“SMART beroperasi dalam beberapa peringkat mod yang menyaksikan ia akan ditutup sepenuhnya daripada kenderaan apabila mencapai mod empat bagi membolehkan terowong berkenaan dilalui air sepenuhnya apabila mencapai tahap tertinggi.
“Setakat tahun ini saja, SMART sudah berada pada mod empat sebanyak dua kali iaitu ketika banjir pada Mac dan Mei.
“Jika terowong ini tidak direka dengan fungsi mengalih alihan air daripada memasuki ibu kota, kesan banjir baru-baru ini dijangka lebih teruk lagi,” katanya.
Katanya, SMART mempunyai jangka hayat 100 tahun dan dengan perubahan suhu tidak menentu, keupayaannya mengelak kerosakan akan menjadi lebih besar, sekali gus memanfaatkan negara ini.
“SMART beroperasi dalam beberapa peringkat mod yang menyaksikan ia akan ditutup sepenuhnya daripada kenderaan apabila mencapai mod empat bagi membolehkan terowong berkenaan dilalui air sepenuhnya apabila mencapai tahap tertinggi.
“Setakat tahun ini saja, SMART sudah berada pada mod empat sebanyak dua kali iaitu ketika banjir pada Mac dan Mei.
“Jika terowong ini tidak direka dengan fungsi mengalih alihan air daripada memasuki ibu kota, kesan banjir baru-baru ini dijangka lebih teruk lagi,” katanya.
Isnin, 14 Mei 2012
Berita Projek ~ Projek RAPID, Pengerang Projek Pembangunan Terbesar Negara - Najib
![]() |
| Lakaran artis projek kawasan Terminal Laut Bebas serta penyimpanan minyak dan gas di Pengerang, Johor |
KOTA TINGGI, 13 Mei 2012 (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia, (RAPID) di Pengerang di sini bakal memperoleh pelaburan bernilai RM120 bilion, yang menjadikannya sebagai projek pembangunan terbesar dalam negara.
Perdana Menteri berkata projek itu bakal melonjakkan dan mengukuhkan Johor sebagai satu pusat minyak dan gas serta petrokimia yang unggul di Asia serta dunia.
"Projek RAPID ini adalah sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang kerajaan kenal pasti sebagai projek berimpak tinggi dan mampu membawa perubahan besar kepada taraf sosio ekonomi rakyat.
"Ia mampu menghasilkan kapasiti pengeluaran sehingga 300,000 tong sehari penapisan minyak mentah untuk menghasilkan produk petroleum seperti petrol, bahan bakar jet dan diesel," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran projek RAPID, di Pengerang, di sini Ahad yang disempurnakan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Yang turut berangkat ke majlis itu ialah Tunku Mahkota Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta empat lagi putera baginda.
Najib berkata, projek RAPID yang lebih besar daripada kompleks sedia ada di Kerteh, Gebeng dan Melaka itu juga mampu menghasilkan produk petroleum seperti petrol, bahan bakar jet dan diesel.
"Projek itu juga mampu mengeluarkan 9.0 juta tan produk petroleum dan 4.5 juta tan petrokimia setahun yang boleh mengeluarkan pelbagai bahan kimia berkaitan dan ia nanti akan dilengkapi dengan kilang pengisian gas sendiri bagi menerima tangki Gas Asli Cecair (LNG)," katanya.
Najib turut mengumumkan bahawa sebuah syarikat petrokimia dari Taiwan bersetuju melabur antara RM30 bilion hingga RM36 bilion untuk membangunkan sebuah lagi kompleks bersepadu minyak dan petrokimia berhampiran projek RAPID.
Beliau berkata, kompleks itu nanti akan terdiri daripada sebuah loji penapisan minyak dengan kapasiti 150,000 tong sehari serta sebuah loji perekah nafta dengan kapasiti 800,000 tan setahun.
Menurutnya, jika kedua-dua buah projek ini berjaya dilaksanakan, wilayah Johor Selatan akan berupaya memproses 450,000 tong sehari dan perekah nafta sebanyak 3.8 juta tan setahun.
Sebelum ini, katanya Petronas juga menandatangani Perjanjian Dasar Induk dengan syarikat kimia antarabangsa dari Jerman iaitu BASF SE.
Katanya perjanjian itu yang merangkumi pelan untuk membangun, membina dan menyelia kawal kemudahan pengeluaran bertaraf dunia untuk bahan kimia khusus serta kilang bahan kimia asas yang bakal dibangunkan di dalam kompleks RAPID.
Najib berkata, disebabkan projek RAPID ini dipercepatkan pelaksanaanya, pihaknya yakin projek Petronas akan berupaya mencapai matlamat dalam tempoh lima tahun dengan dijangka mula beroperasi akhir 2016.
Selain itu, Najib berkata pembangunan projek itu tetap mengambil kira kepentingan alam sekitar mengikut piawaian antarabangsa.
Beliau memberi jaminan Petronas sentiasa mengutamakan aspek penjagaan alam sekitar dalam setiap projeknya dan mengharap penduduk kawasan itu tidak perlu risau terhadap kesan negatif terhadap alam sekitar.
Penduduk juga akan diberikan pampasan sewajarnya dengan setakat ini sebanyak RM4.1 juta sudah dibayar kepada nelayan terjejas, selain menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengendalikannya, katanya.
Pada majlis itu, Najib turut menyampaikanreplika cek RM1.24 juta kepada Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman untuk membaik pulih 124 rumah nelayan menerusi Projek Khas Perumahan Nelayan.
Sebelum ini, sebanyak RM1.7 juta telah disalurkan menerusi projek khas itu dengan melibatkan 172 buah rumah.
Isnin, 7 Mei 2012
Hebahan Kursus CP Training Consult (Jun-Julai 2012)
Berikut adalah kursus-kursus teknikal yang akan di anjurkan oleh CP Training Consultant sepanjang bulan Jun dan Julai 2012:
1. KURSUS PENYELENGGARAAN BANGUNAN: PENGENALAN KEPADA KETAHANLASAKAN, PENILAIAN KEROSAKAN DAN KAEDAH PEMBAIKAN STRUKTUR KONKRIT
Tarikh : 13-14 Jun 2012
Tempat : Hotel Quality, KL
Muat turun BROSUR
2. KURSUS KEJURUTERAAN AWAM: PENYELIAAN DAN PENYELENGGARAAN JALAN * CPD - IEM & Supprted by UTHM
Tarikh : 20-21 Jun 2012
Tempat :Hotel Grand Continental, KL
Muat turun BROSUR
3. KURSUS PENGURUSAN: PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PROJEK
Tarikh : 25-26 Jun 2012
Tempat : Hotel Quality, KL
Muat turun BROSUR
4. KURSUS KEJURUTERAAN AWAM: PENYELIAAN DAN PENYELENGGARAAN JALAN * CPD - IEM & Supprted by UTHM
Tarikh : 03-04 Julai 2012
Tempat : Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah
Muat turun BROSUR
Rabu, 25 April 2012
Berita Pembinaan ~ Kerajaan sedia timbang bina landasan berkembar Gemas-Tumpat
BAHAU: Kerajaan sedia menimbangkan cadangan membina landasan berkembar elektrik antara Gemas-Tumpat bagi laluan pantai timur sejajar dengan hasrat untuk memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata bagaimanapun kajian perlu dijalankan terlebih dahulu mengikut keperluan, tambahan pula tumpuan kini diberi kepada projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru yang sedang di peringkat reka bentuk.
Pembinaan projek landasan kereta api elektrik berkembar Seremban-Gemas bernilai RM3.45 bilion, sepanjang 98.2km itu mula dibina oleh IRCON International Ltd, anak syarikat Indian Railway, pada Januari 2008 dan dijangka siap pada Ogos 2012.
Mengenai stesen Bahau, Kong berkata, stesen baru Bahau akan dibina bagi menggantikan stesen lama berusia 70 tahun yang uzur dan sering dilanda banjir kilat serta berhampiran jalan raya.
Katanya, pembinaan stesen baru ini yang terletak 500 meter dari stesen lama ditender dan projek ini akan dimulakan pada Jun depan dan dijangka siap September 2013.
"Projek ini di kawasan seluas 1.21 hektar, melibatkan kos RM6 juta. Apabila siap kelak, stesen moden ini akan dilengkapi kemudahan ruang menunggu yang selesa, pejabat, kiosk, surau, tandas, stor, parkir dan lain-lain," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, pembinaan jejantas pejalan kaki di stesen Batang Melaka yang merentasi landasan berkembar elektrik Seremban-Gemas, membabitkan peruntukan lebih RM716,000.
Katanya, kementeriannya sedang dalam proses melantik kontraktor bagi melaksanakan kerja pembinaan jejantas tersebut dan kerja fizikal akan dimulakan Ogos depan. - BERNAMA
Selasa, 24 April 2012
Program Qasih 2012 (25 Mei 2012 -27 Mei 2012) UTM Skudai Johor
Pengenalan
Program QS-Bina Kembali Ke Pangkuan (QaSih ’12) merupakan satu platform untuk sesi perjumpaan semula para Alumni Ukur Bahan & Pembinaan serta mempereratkan lagi silaturrahim para mahasiswa Ukur Bahan & Pembinaan UTM dengan para Alumni Ukur Bahan & Pembinaan UTM. Jabatan Ukur Bahan, menyedari akan kepentingan memperkukuhkan hubungan antara Alumni dengan UTM untuk membantu meningkatkan kecemerlangan UTM sebagai universiti terulung. Program ini juga bertujuan untuk platform mengumpul dana daripada para alumni untuk memperkasakan tabung Endownment untuk pembangunan mahasiswa Ukur Bahan & Pembinaan. Pelbagai aktiviti akan diadakan dan para mahasiswa bukan sahaja dapat mengenali para pensyarah dan alumni dengan lebih akrab, malah dapat mewujudkan semangat yang tinggi untuk mencontohi dan mencapai kejayaan profesional yang membanggakan
Tentatif Program
25 Mei 2012 @ Jumaat
| KETIBAAN & PENDAFTARAN | |
| MASA | AKTIVITI |
| 12.00-5.00 ptg | Ketibaan Peserta & daftar masuk di Scholar Inn |
| ACARA PERASMIAN | |
| MASA | AKTIVITI |
| 8.00 mlm | Ketibaan Para Tetamu |
| 8.15 mlm | Ketibaan Tetamu Kehormat |
| 8.30 mlm | Ucapan Pengarah Program oleh Muhammad Haniff Bin Hamadan (Presiden QS- BINA) Ucapan alu-aluan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Nazri Muhamad Ludin (Dekan Fakulti Alam Bina, UTM) Perasmian Program oleh Yg. Bhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Haji Ninggal (Timb. Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni) |
| 8.55 mlm | Bacaan Doa Makan oleh Abdul Hakim bin Abdul Halim |
| 9.00 mlm | Jamuan Bermula |
| 10.30 mlm | Majlis Tamat & Bersurai |
26 Mei 2012 @ Sabtu
| SEMINAR CCD | |
| MASA | AKTIVITI |
| 8.00 pg | Pendaftaran Peserta Seminar CPD |
| 9.00 pg | Ucaptama: Challenges of QS in Transformation Economy Datuk Sr. Abdul Manaf Hashim – JKR |
| 9.00 pg | Seminar CPD I : Sharing of PFI Best Practices Datuk Prof. Dr. Sr. Kamarul Rashdan bin Salleh – SPNB |
| 10.00 pg | Seminar CPD II : Development of QS Education Prof. Madya Sr. Dr. Fadhlin Abdullah – UTM |
| 11.00 pg | Rehat |
| 11.15 pg | Seminar CPD III : Sr. Hj. Nik Zainal Alam bin Hasan – JKR Malaysia |
| 12.30 ptg | Makan tengahari & Solat Zohor |
| 2.00 ptg | Dialog QS-Bina Prof. Madya Dr Razali Adul Hamid - UTM Prof. Dr. Sr. Wan Maimun Wan Abdullah - RISM Sr. Eddy Wong – RISM |
| 3.30 ptg | Penyampaian Sijil Penyertaan Seminar |
| 4.00 ptg | Seminar tamat & bersurai |
| SUKAN ALUMNI | |
| MASA | AKTIVITI |
| 4.30 ptg | Sukan Rakyat I (Indoor) · Tiup Belon · Congkak · Musical chair · Anak Siapa Ni? · Teka Jumlah Gula |
| 5.00 ptg | Solat Asar & Minum Petang |
| 5.15 ptg | Sukan Rakyat II (Outdoor) · Tarik tali · Tarik upih · Bom belon · Jalinan kasih |
| MAKAN MALAM | |
| MASA | AKTIVITI |
| 8.00 mlm | Ketibaan Tetamu, Pensyarah & Mahasiswa |
| 8.15 mlm | Ketibaan Naib Canselor UTM |
| 8.30 mlm | Ucapan daripada 1. Yg. Bhg. Prof. Dato Ir. Dr. Zaini bin Ujang (Naib Canselor UTM) 2. Yg. Bhg. Prof. Datuk Dr Omar bin Osman (Naib Canselor, USM) |
| 9.00 mlm | Pelancaran Tabung ‘Endownment’ oleh Naib Canselor UTM |
| 9.30 mlm | Majlis Makan Malam (BBQ) bermula |
| 9.45 mlm | Persembahan puisi dan seni bahasa mahasiswa |
| 10.00 mlm | Penyampaian hadiah bagi ‘Alumni’ dan Cabutan Bertuah |
| 10.30 mlm | Majlis Tamat & Bersurai |
27 Mei 2012 @ Ahad
| MASA | AKTIVITI |
| 7.30 pg | Aktiviti Berbasikal di Sekitar UTM |
| 9.00 pg | Kenduri Sekampung |
| 10.30 pg | Acara Penutupan bermula |
| 10.45 pg | Bacaan Doa oleh Zulkarnain Bin Zakaria |
| 10.50 pg | Ucapan Penutupan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Nazri bin Muhamad Ludin (Dekan, Fakulti Alam Bina) Ucapan Presiden Alumni QS Bina UTM |
| 11.15 pg | Makan Tengah Hari |
| 12.00 tgh hari | Program Tamat & Bersurai |
Bayaran Pendaftaran
| PROGRAM QASIH Untuk Family termasuk: Welcoming Dinner, dua breakfast, dua coffee breaks, lunch, BBQ Alumni, Gulai Kawah Perdana, sukan alumni, UTM eco tour, cenderahati alumni | RM250 per family | |
| PROGRAM QASIH Untuk Individu termasukh: Welcoming Dinner, dua breakfast, dua coffee breaks, lunch, BBQ Alumni, Gulai Kawah Perdana, sukan alumni, UTM eco tour, cenderahati alumni | RM150 per person | |
| PROGRAM QASIH Untuk Family + Seminar CPD termasuk: Welcoming Dinner, dua breakfast, dua coffee breaks, lunch, BBQ Alumni, Gulai Kawah Perdana, sukan alumni, UTM eco tour, cenderahati alumni | RM400 per family | |
| Seminar CPD termasuklah: breakfast, coffee breaks, lunch | RM150 per person |
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi nombor berikut:
Sekretariat QASIH 2012,
Pusat Maklumat Bangunan (BIC),
Jabatan Ukur Bahan,
Fakulti Alam Bina,
Universiti Teknologi Malaysia,
81310 Johor Bahru,Johor
Fax: + 607 556 6155;
Tel: + 607 553 0670 Mobile: + 6019 750 5806:
Langgan:
Catatan (Atom)





