Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sabtu, 29 Januari 2011

Projek Keretapi Metro @ Mashair di Mekah

Kerajaan Arab Saudi telah memperuntukkan sejumlah RM 5.4 Billion untuk pembinaan projek Keretapi Metro atau Mashair di Tanah Suci Mekah. Rangkaian projek dua landasan ini adalah melibatkan 9 buah stesen yang merangkumi 3 kawasan utama iaitu Mina, Mudzalifah dan Arafah.

Tujuan projek ini dilaksanakan adalah untuk mengatasi masalah kesesakan yang berlaku pada musim haji.
 Faedah yang diperolehi daripada pelaksanaan projek ini akan dilihat dapat mengangkut 170,000 jemaah pada musim haji dan dapat menggantikan kira-kira 4000 buah bas yang beroperasi pada musim haji.


 Projek pembinaan keretapi metro ini telah dilaksanakan oleh kontraktor daripada Republic Negeri Cina iaitu China Railway Construction Corp dengan menggunakan tenaga kerja seramai 5000 orang. 


Perkhidmatan keretapi metro di Mekah ini telah mula beroperasi pada November 2010 ketika musim haji baru-baru ini.

Perolehan ~ Sebutharga

Sebutharga ialah salah satu kaedah perolehan yang boleh dilaksanakan oleh pihak majikan atau klien. Ia boleh digunakan untuk perolehan secara bekalan, perkhidmatan atau kerja. Perolehan secara bekalan atau perkhidmatan adalah menggunakan sijil pendaftaran di bawah Kementerian Kewangan (KK). Manakala perolehan sebutharga melalui 'Kerja' adalah menggunakan lesen pendaftaran yang dikeluarkan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Had kewangan untuk perolehan sebutharga ialah RM 50,000.00 sehingga RM 200,000.00. Walaubagaimanapun, Kementerian Kewangan Malaysia (KK) melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) 5/2009 (rujuk: http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp052009.pdf) telah meminda had kewangan perolehan sebutharga tersebut dari RM 200,000.00 kepada RM 500,000.00. Oleh demikian, pihak agensi atau jabatan adalah dibenarkan untuk melaksanakan perolehan secara sebutharga daripada had RM 50,000.00 sehingga RM 500,000.00.

Kebaikan yang diperolehi daripada pindaan tersebut ialah, ia akan membantu mempercepatkan proses perolehan dan pelaksanaan kerja, bekalan atau perkhimatan.

Jambatan Kedua Pulau Pinang (Second Bridge Penang)


Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah projek yang dibina bagi menghubungkan kawasan Batu Kawan di Seberang Perai dengan Batu Maung di Pulau Pinang. Kos pembinaan jambatan ini dianggarkan berjumlah RM 3 Billion dengan panjang 24 kilometer.

Pembinaan jambatan ini akan menjadikan ia jambatan yang terpanjang di Malaysia dan di Asia Tenggara. Kerja pembinaan jambatan ini telah bermula pada tahun 2007 dan dijangka siap pada tahun 2011. Pelaksanaan projek ini telah dibiaya secara pinjaman dari Kerajaan Negeri Cina. Kontraktor pelaksana projek ini adalah secara Joint Venture (JV) diantara UEM Builders dan China Harbour Engineering Co. Ltd.
Dengan pembinaan jambatan kedua, didapati akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan yang di alami oleh Jambatan Pulau Pinang sekarang.

Jumaat, 28 Januari 2011

Projek Keretapi Kuala Lumpur- Kuantan

Dengar ceritanya , landasan keretapi akan dibina daripada Kuala Lumpur terus ke Kuantan, Pahang. Stesen keretapi yang akan di bina di Kuantan, akan dibina di Bukit Goh yang berkeluasan 24 hektar.

Projek dijangka akan siap pada tahun 2015 dengan mengambil masa penyiapan selama 7 tahun. Panjang jarak landasan tersebut adalah dianggarkan sepanjang 254km. Dengan berkelajuan 190km/jam. Masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan akan disingkatkan menjadi 60 ke 90 minit sahaja.

Selasa, 25 Januari 2011

Surat Pekeliling Perbendaharaan 122010- Penamatan Kontrak Bersama (Mutual Termination)

Surat Pekeliling Perbendaharaan 12 / 2010 adalah bertujuan untuk menerangkan tentang Garis Panduan Pelaksanaan Penamatan Kerja Bersama (Mutual) antara pihak kerajaan dan kontraktor.

Untuk keterangan lanjut, boleh dirujuk kepada pekeliling berikut:

Rujuk http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp122010.pdf

Perolehan

Perolehan ialah satu kaedah pembelian bagi mendapatkan atau memperolehi sesuatu barangan, melaksanakan perkhidmatan atau kerja. Ia terbahagi kepada beberapa kategori yang diperincikan seperti berikut:
a) Tender
b) Sebutharga Rasmi
c) Sebutharga Kecil
d) Pembelian Runcit
e) Requisition
Perbezaan diantara kategori perolehan tersebut akan dihuraikan, pada sisipan akan datang.

Blog Borak-QS

Assalamualaikum w.r.t

Blog ini diwujudkan khas untuk berkongsi ilmu berkaitan ukur bahan, kontrak, perolehan, ekonomi dan isu-isu semasa yang berkaitan industri pembinaan. Diharapkan kehadiran blog dapat membantu menambah ilmu terutamanya siswa siswi yang berada di IPTA


Sekian, Terima Kasih

Penulis