Current Visitor

Sabtu, 29 Januari 2011

Jambatan Kedua Pulau Pinang (Second Bridge Penang)


Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah projek yang dibina bagi menghubungkan kawasan Batu Kawan di Seberang Perai dengan Batu Maung di Pulau Pinang. Kos pembinaan jambatan ini dianggarkan berjumlah RM 3 Billion dengan panjang 24 kilometer.

Pembinaan jambatan ini akan menjadikan ia jambatan yang terpanjang di Malaysia dan di Asia Tenggara. Kerja pembinaan jambatan ini telah bermula pada tahun 2007 dan dijangka siap pada tahun 2011. Pelaksanaan projek ini telah dibiaya secara pinjaman dari Kerajaan Negeri Cina. Kontraktor pelaksana projek ini adalah secara Joint Venture (JV) diantara UEM Builders dan China Harbour Engineering Co. Ltd.
Dengan pembinaan jambatan kedua, didapati akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan yang di alami oleh Jambatan Pulau Pinang sekarang.

2 ulasan: