Current Visitor

Sabtu, 29 Januari 2011

Perolehan ~ Sebutharga

Sebutharga ialah salah satu kaedah perolehan yang boleh dilaksanakan oleh pihak majikan atau klien. Ia boleh digunakan untuk perolehan secara bekalan, perkhidmatan atau kerja. Perolehan secara bekalan atau perkhidmatan adalah menggunakan sijil pendaftaran di bawah Kementerian Kewangan (KK). Manakala perolehan sebutharga melalui 'Kerja' adalah menggunakan lesen pendaftaran yang dikeluarkan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Had kewangan untuk perolehan sebutharga ialah RM 50,000.00 sehingga RM 200,000.00. Walaubagaimanapun, Kementerian Kewangan Malaysia (KK) melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) 5/2009 (rujuk: http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp052009.pdf) telah meminda had kewangan perolehan sebutharga tersebut dari RM 200,000.00 kepada RM 500,000.00. Oleh demikian, pihak agensi atau jabatan adalah dibenarkan untuk melaksanakan perolehan secara sebutharga daripada had RM 50,000.00 sehingga RM 500,000.00.

Kebaikan yang diperolehi daripada pindaan tersebut ialah, ia akan membantu mempercepatkan proses perolehan dan pelaksanaan kerja, bekalan atau perkhimatan.

3 ulasan: