Current Visitor

Selasa, 22 Februari 2011

Penyediaan Dokumen Tender

Dokumen Tender ialah satu naskah tawaran yang dikeluarkan oleh pihak klien apabila ia berhasrat untuk melaksanakan sesuatu projek. Pihak kontraktor yang berminat untuk menyertai projek tersebut perlu mengisi dan melengkapkan dokumen tender dan memulangkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Untuk menyediakan dokumen tender, perkara-perkara berikut perlu dimasukkan dalam dokumen tersebut bagi memudahkan pihak kontraktor untuk melihat, menyemak keperluan, meneliti dan seterusnya untuk mengisinya.

Antara perkara-perkara yang perlu dimasukkan tersebut ialah:

a) Kenyataan Tawaran
b) Arahan Kepada Petender @ Instructions To Tenderers
c) Borang Tender @ Form Of Tender
d) Surat Setujuterima Tender @ Letter Of Acceptance (L.A)
e) Syarat-Syarat Kontrak @ Conditions Of Contract (C.O.C)
f) Speksifikasi
g) Preamble
h) Senarai Kuantiti @ Bill Of Quantity (BQ)
i) Latar Belakang Petender
j) Pelan-pelan

Perkara-perkara yang telah dinyatakan di atas adalah dokumen-dokumen yang perlu dimasukkan di dalam penyediaan sesuatu dokumen tender. Walaubagaimanapun, agensi-agensi atau jabatan kerajaan boleh mengubahsuaikan mengikut kesesuaian tempat masing-masing.

12 ulasan:

Unknown berkata...

recommended sikit. better guna sistem popup mesej..lagi senang dan disable word verification tu

pilotHans berkata...

Preamble tue natang ape? :p

thanks pd info ni.

azilan berkata...

Preamble tu keterangan macamana unit dan kuantiti pada BQ (senarai kuantiti) itu diukur, contoh untuk item piling, preamble akan ceritakan macamana nak kira item supply and deliver piling to the site. nanti ia akan bgtaulah supply and deliver adalah dikira dalam unit bilangan (nos) yang dibekal

Nazirul Fariq berkata...

Boleh tak email kt saya contoh dokumen tender yg awk ada? kalau boleh dokumen tender yg pindaan terkini.

it would helps me alot in studies. thanks.

nazirulfariq@gmail.com

Tanpa Nama berkata...

Salam dan sejahtera..saya menyediakan perkhidmatan menghargakan tender/mengira tender dari kelas A-F.Terbuka kepada kontraktor Bumiputera sahaja..sila lawati shinestarqs.blogspot.com utk maklumat lanjut.terima kasih.

AmrinRaj berkata...

apa perbezaan penyediaan dokumen tender menggunakan JKR 203A dengan menggunakan PAM 2005...ada banyak beza ke???sape yg arif..tolong beri penerangan

azilan berkata...

perbezaan yg mudah, Borang JKR 203A digunakan untuk projek-projek kerajaan, manakala Borang PAM untuk projek-projek swasta

azilan berkata...

Terdapat pelbagai perbezaan dlm COC kedua-dua borang, a) Material Off Site dibenarkan dalam PAM, manakala dlm JKR203 takde b)PAM ade Wang Tahanan, tetapi dlm JKR203 dipanggil Wang Jaminan Perlaksanaan

elailuddin berkata...

what if the client is statutory body?better use PAM or JKR standard

azilan berkata...

Better used JKR Form

Unknown berkata...

Ref sites (pengalaman syarikat) juga memberi markah dlm tender evaluation.

Unknown berkata...

Ref sites (pengalaman syarikat) juga memberi markah dlm tender evaluation.