LIVE DARI MASJIDIL HARAM


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 6 Mac 2011

Kerjaya Ukur Bahan (QS)



Ukur Bahan atau Quantity Surverying adalah salah satu bidang yang penting di dalam industri pembinaan. Ia adalah berdiri sebaris dengan profesional-profesional lain seperti Arkitek, Jurutera Awam, Mekanikal dan Elektrikal.

Di Malaysia, terdapat pelbagai pusat pengajian tinggi (IPTA) yang menawarkan kursus jurusan ukur bahan bermula daripada peringkat sijil sehinggalah ke peringkat ijazah pertama. Antara pusat pengajian tinggi yang menawarkan jurusan ukur bahan ini adalah seperti Politeknik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kolej Tuanku Abdul Rahman (KTAR).

Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) kurang mengetahui prospek kerjaya ukur bahan berbanding dengan profesion lain seperti Arkitek, Jurutera, Akauntan atau Doktor.

Di dalam rencana ini, akan mencatatkan serba ringkas tentang tugas-tugas seorang juruukur bahan dan bidang kerjaya selepas tamat pengajian di pusat pengajian tinggi..

Seorang jurukur bahan atau QS berperanan menjadi seorang penasihat dan berkebolehan untuk menasihat pihak klien dari segi perancangan serta kawalan kos projek serta pentadbiran kontrak. Tugas seorang Jurukur Bahan adalah bermula dari proses Kajian Kemungkinan atau Feasibilty Studies sehinggalah penyediaan Akaun Muktamad.

Walaubagaimanapun, tugas-tugas hakiki seorang Juruukur Bahan itu adalah berbeza selepas ia menamatkan pengajian berdasarkan cabang pekerjaan yang akan disertainya. Ini adalahlah kerana, apabila sesorang Juruukur Bahan itu menamatkan pengajian, ia boleh bekerja di sektor awam, perunding, kontraktor atau pemaju. Setiap cabang pekerjaan ini mempunyai perbezaan yang ketara yang diringkaskan dalam jadual berikut.


Bil
Perunding
Kontraktor
1
Menyediakan anggaran awalan kos projek
Menyediakan harga untuk tawaran tender yang disertai
2
Menyediakan senarai kuantiti (BQ) berdasarkan lukisan yang disediakan oleh pihak Arkitek dan Jurutera
Menyediakan butiran tuntutan bayaran interim kepada pihak klien
3
Menyediakan naskah dokumen tender
Menguruskan perlantikan subkontraktor-subkontraktor domestik
4
Menyediakan laporan penilaian tender
Menyediakan perakuan bayaran interim kepada subkontraktor domestik
5
Menyediakan dokumen bayaran interim

6
Menyediakan dokumen  perubahan kerja

7
Menyediakan penyata akaun muktamad projek


Bil

Kerajaan
Pemaju
1
Menguruskan proses perlantikan perunding-perunding seperti arkitek, Ukur Bahan dan Jurutera Awam, Mekanikal dan Elektrikal
Menguruskan proses perlantikan perunding-perunding seperti arkitek, Ukur Bahan dan Jurutera Awam, Mekanikal dan Elektrikal
2
Menyediakan senarai kuantiti (BQ) berdasarkan lukisan yang disediakan oleh pihak Arkitek dan Jurutera (untuk projek in-house)
Menyemak senarai kuantiti (BQ) yang disediakan oleh pihak Arkitek dan Jurutera
3
Menyediakan naskah dokumen tender (untuk projek in-house) atau menyemak naskah dokumen tender yang disediakan oleh perunding
Menyemak naskah dokumen tender yang disediakan oleh perunding
4
Menguruskan proses panggil tender termasuk taklimat lawat tapak
Menguruskan proses panggil tender termasuk taklimat lawat tapak
5
Menyediakan laporan penilaian tender (untuk projek in-house)atau menyemak laporan penilaian tender yang disediakan oleh perunding
Menyemak laporan penilaian tender yang disediakan oleh perunding
6
Menyediakan sijil perakuan bayaran interim (untuk projek in-house)atau menyemak perakuan bayaran interim yang disediakan oleh perunding
Menyemak perakuan bayaran interim yang disediakan oleh perunding
7
Menguruskan mesyuarat Perubahan Kerja (V.O)
Menguruskan mesyuarat Perubahan Kerja (V.O)
8
Menyediakan sijil perakuan bayaran muktamad (untuk projek in-house)atau menyemak perakuan bayaran muktamad yang disediakan oleh perunding
Menyemak perakuan bayaran muktamad yang disediakan oleh perunding
9
Menyemak tuntutan bayaran daripada pihak perunding
Menyemak tuntutan bayaran daripada pihak perunding
10
Menguruskan pengeluaran sijil perakuan-perakuan seperti EOT, CPC, CNC, CMGD
Menguruskan pengeluaran sijil perakuan-perakuan seperti EOT, CPC, CNC, CMGD

Semoga maklumat yang dipaparkan secara ringkas di atas dapat membantu kepada para pelajar lepasan -lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk mendapatkan maklumat berkaitan profesion serta kerjaya seorang Juruukur Bahan

8 ulasan:

liyana shana berkata...

: ohs . tems ehs tuk maklumat nih . otayy .. ^^

Tanpa Nama berkata...

tq for sharing...;)

NEL berkata...

kerjaya ukur bangunan pulak macam mane ye ?

husna berkata...

Nel- nanti akan diulas

ANA_N berkata...

bertambah serba sedikit ilmu dalam bidang QS ni..measuremnt>TAKING OFF LIST<

miraie shafie berkata...

Tq

Zetty Bahari berkata...

salam, boleh tak kongsi peranan qs dalam penyediaan Wang Peruntukan Sementara dan Wang Kos Prima? tq.

mohd muniff berkata...

Kt mana saya boleh g bljr untuk dapatkan sijil Qs ni..saya spm pun x brapa bagus..saya ada lesen g2..cuma berminat untuk menambah ilmu