Current Visitor

Sabtu, 12 Mac 2011

Penyediaan Anggaran Awal Kos

Penyediaan anggaran kos ialah satu proses yang penting dalam perlaksanaan projek. Ia akan disediakan oleh Perunding Ukur Bahan yang bertindak sebagai panduan atau rujukan kepada pihak klien yang bertanggungjawab untuk menyediakan peruntukan dan kepada pihak arkitek yang akan menyediakan rekabentuk bangunan.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan didalam meyediakan anggaran awal iaitu seperti berikut:

(i) Kaedah Unit
(ii) Kaedah Keluasan Lantai (KLK)
(iii) Kaedah Isipadu
(iv) Kaedah Kepungan Tingkat @ Enclosed Storey

Kaedah Unit ialah kaedah yang paling awal digunakan. Ia juga dikenali sebagai anggaran mengikut fungsi bangunan dimana anggaran kos disediakan berdasarkan unit pendudukan. Contoh yang boleh diambil ialah seperti bilangan katil di hospital, bilangan jemaah di masjid, bilangan kerusi penonton di stadium atau pewagam dan bilangan pelajar di sekolah.

Contoh pengiraan adalah seperti berikut
Katakan kos per jemaah dalam pembinaan sesuatu masjid ialah RM 1,000.00 per jemaah. Kapasiti masjid yang hendak dibina ialah untuk menampung seramai 500 orang. Jadi kos anggaran awal berpandukan kaedah unit ialah dengan RM 1,000.00 x 500 orang =RM 500,000.00

Kebaikan daripada penggunaan kaedah ini ialah ia pantas dan mudah difahami, boleh disediakan tanpa perlu menyediakan lukisan awalan dan data projek lepas mudah diperolehi. Walaubagaimanapun, keburukan untuk penggunaan kaedah ini ialah ia tidak begitu tepat dan tidak mengambilkira keseluruhan rekabentuk bangunan.

Kaedah Keluasan Lantai (KLK)   ialah yang menggunakan keluasan lantai keatas bangunan yang hendak dibina.
Contoh dimensi pengiraan adalah seperti berikut. Katakan, kuantiti keluasan lantai (P x L) adalah 500m2 dan kos per/m2 adalah RM 1,000.00. Jadi anggaran kos ialah RM 1000.00 x 500m2 = RM 500,000.00

Kebaikan daripada penggunaan kaedah ini ialah ia mudah dan meluas digunakan, mudah difahami pihak klien dan data projek lepas yang sama rekabentuk mudah diperolehi. Manakala, keburukan kaedah ini, ia tidak mengambilkira akan tinggi bangunan yang hendak dibina dan item-item seperti kerja-kerja luar dan piling kena dikira berasingan.

Kaedah Isipadu ialah kaedah yang mengambil kira panjang, lebar dan ketinggian sesuatu bangunan ketika membuat anggaran. Contoh pengiraan adalah dengan merujuk lampiran di bawah.
Kebaikan daripada penggunaan kaedah ini ialah ia mudah disediakan. Keburukan kaedah ini, ia tidak mengambilkira item-item seperti kerja-kerja luar dan piling kena dikira berasingan.

Kaedah Kepungan @ Enclosed Storey ialah kaedah anggaran yang mengambil kira perubahan-perubahan rekabentuk pelan dan tinggi tingkat bangunan. Sama seperti keluasan lantai, cuma ia ditambah dengan keluasan dinding luar dan bumbung dengan nilai pemberat @ weightage bagi melambangkan keadaan sebenar rekabentuk. Contoh pengiraan kaedah ini adalah merujuk kepada contoh berikut:

(samb) dibawah

















Kebaikan daripada menggunakan kaedah ini ialah lebih tepat berbanding 3 kaedah yang dinyatakan tadi dan telah mengambil kira faktor rekabentuk.Ia juga boleh menunjukkan kos bagi keputusan rekabentuk yang berlainan diperingkat awal proses rekabentuk. Manakala keburukannya, ialah data harga lepas sukar diperolehi dan ia tidak mengambil kira iatem-item asing seperti external works dan kerja-kerja piling.

0 ulasan: