Current Visitor

Isnin, 21 Mac 2011

Surat Setujuterima @ Letter Of Acceptance (L.A)

Dalam siri rencana yang lepas, sudah disentuh mengenai pengeluaran Surat Niat atau Letter Of Intent. Oleh yang demikian, dalam siri ini pula, akan menyentuh pula mengenai Surat Setujuterima atau Letter Of Acceptance (L.A).

Surat Setujuterima ialah satu surat tawaran secara rasmi yang dikeluarkan oleh pihak klien atau majikan kepada pihak kontraktor  yang berjaya hasil daripada keputusan yang diputuskan oleh Lembaga Perolehan Tender Agensi atau mana-mana Jabatan Kerajaan.

Surat Setujuterima ini mengandungi perkara-perkara seperti harga tawaran, tarikh mula dan siap kerja, tempoh penyiapan, bon pelaksanaan, insuran dan perkara -perkara lain yang dirasakan perlu dinyatakan oleh pihak majikan.

Pengeluaran Surat Setujuterima ini membolehkan kepada pihak kontraktor untuk membuat perancangan bagi membolehkan kerja dapat dijalankan ditapak seperti yang dinyatakan di dalam Surat Setujuterima. Mengikut kebiasaanya, pihak kontraktor diberi tempoh 2 minggu dari tarikh Surat Setujuterima dikeluarkan bagi tujuan persiapan dari semua segi termasuk penyediaan buruh, bahan dan mesin atau logi.

Impilikasi dari segi kontrak, apabila Surat Setujuterima telah dikeluarkan kepada kontraktor dan pihak kontraktor telah bersetuju untuk menerimanya, maka ia telah mewujudkan satu ikatan kontrak secara sah antara dua pihak. Oleh yang demikian, sekiranya, berlaku kemungkiran janji seperti kontraktor enggan memulakan kerja ditapak atau pihak majikan mempunyai masalah-masalah berkaitan peruntukan, maka salah satu pihak berhak untuk membuat tuntutan secara timbangtara atau perundangan.

Surat Setujuterima ini merupakan sebahagian daripada dokumen kontrak yang akan disediakan dalam tempoh masa 4 bulan dari mula kerja ditapak.

0 ulasan: