Current Visitor

Sabtu, 30 April 2011

Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT)

Apabila sesuatu projek itu dirasakan mengalami kelewatan dan mempunyai alasan diberi Lanjutan Masa. Maka Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa atau Extension Of Time (EOT) boleh dikeluarkan kepada pihak kontraktor sekiranya ia didapati layak untuk memperolehinya.

Hampir semua jenis kontrak yang berkaitan kontrak pembinaan seperti Borang PAM atau Borang JKR 203 atau JKR D&B mengandungi peruntukan untuk pengeluaran Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) kepada pihak kontraktor.

Di dalam Borang JKR 203 versi 2007, klausa peruntukan Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) ialah pada Klausa 43. Antara alasan-alasan yang dibenarkan untuk kelulusan pengeluaran EOT adalah seperti berikut:
  • Force Majuare
  • Keadaan cuaca buruk lebih dari keadaan biasa
  • Pertelingkahan antara 2 pemilik tanah berjian
  • Pengeluaran Arahan Perubahan Kerja (VO) oleh klien
  • Kelewatan kontraktor menerima tapak bina daripada klien
  • Kelewatan artis tradesman yang dilantik oleh klien
  • Berlaku rusuhan atau mogok yang memberi kesan kepada pelaksanaan kerja di tapak
  • Kelewatan perlantikan Sub Kontraktor Dinamakan (NSC)
Kesan daripada pengeluaran sijil Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT) adalah seperti berikut:
  • Tempoh penyiapan asal akan berubah ke tempoh masa yang baru
  • Kontraktor tidak boleh dikenakan Denda LAD
  • Kontraktor perlu melanjutkan tempoh liputan untuk polisi insuran dan jaminan bank pada bon pelaksanaan atau bayaran pendahuluan (sekiranya perlu)
  • Kontraktor diminta untuk mengemukakan program kerja (work programme) yang baru



3 ulasan: