Current Visitor

Selasa, 12 April 2011

Sub Kontraktor Dinamakan @ Nominated Subcontractor (NSC) vs Kontraktor Tempatan @ Domestic Contractor


Kontraktor Utama ialah pihak yang dilantik oleh pihak klien atau kerajaan  bagi melaksanakan kerja. Walaubagaimanapun, perlaksanaan kerja Kontraktor Utama dibantu oleh Sub Kontraktor Dinamakan atau Nominated Sub Contractor (NSC) untuk kerja-kerja pakar seperti elektrik, mekanikal, lif dan lain-lain. Selain itu, perlaksanaan kerja oleh Kontraktor Utama juga dibantu oleh Domestic Contractor (DC) yang berperanan untuk menyiapkan kerja-kerja am seperti kerja binaan lantai, dinding bata, bumbung dan lain-lain.

Daripada pernyataan di atas, adalah difahami terdapat perbezaan peranan atau obligasi kontrak diantara Nominated Sub Contractor (NSC) dan Domestic Contractor (DC) yang di perincikan seperti berikut:


Bil
Nominated Sub Contractor (NSC)
Domestic Contractor (DC)
1
NSC ialah kontraktor pakar yang dilantik melalui peruntukan Wang Kos Prima di mana Kontraktor Utama akan dibayar profit dan attendance untuk kerja tersebutDC ialah kontraktor yang dilantik sendiri oleh pihak kontraktor
2
NSC dilantik melalui proses perolehan atau procurement yang formal samaada melalui sebutharga atau tenderPerlantikan diuruskan sendiri oleh pihak Kontraktor Utama
3
NSC yang disyorkan atau dicadangkan oleh pihak klien akan berkontrak dengan pihak Kontraktor UtamaJenis kontrak yang digunakan oleh Kontraktor Utama dan DC adalah bergantung kepada persetujuan 2 pihak
4
Jenis Kontrak antara NSC dan Kontraktor Utama dalam kontrak perolehan kerajaan ialah menggunakan Borang JKR 203NKontraktor Utama bertanggungjawab untuk membuat bayaran secara terus kepada DC
5
NSC layak untuk mendapatkan kemudahan Bayaran Pendahuluan atau Advanced Payment daripada pihak klien dengan nilai 20% daripada harga kontrak NSC atau maksimum RM 5 JutaKontraktor Utama mempunyai tanggungjawab sepenuhnya untuk mengawasi kerja yang dilaksanakan DC
6
NSC layak untuk mendapatkan kemudahan bayaran secara terus
dari pihak klien / direct payment
Kontraktor Utama mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan berkaitan pengeluaran Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT), Perakuan Siap Kerja (CPC), Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD), Sijil Tak Siap Kerja (CNC) atau Penamatan Kerja kepada DC
7
Sebarang proses pengeluaran Perakuan Kelambatan Dan Lanjutan Masa (EOT), Perakuan Siap Kerja (CPC), Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD), Sijil Tak Siap Kerja (CNC) atau Penamatan Kerja oleh Kontraktor Utama kepada DC bergantung kepada klausa yang terdapat dalam Borang JKR 203N

1 ulasan: