Current Visitor

Selasa, 17 Mei 2011

Kerjaya - Engineer @ Jurutera




1.0     Tugas seorang Jurutera

Salah satu bidang profesional yang popular tetapi masih kurang dari segi sumber manusia ialah kejuruteraan. Perkembangan pesat dalam sektor industri di negara ini meningkatkan lagi permintaan terhadap profesion ini. Sektor awam juga memerlukan jurutera dalam pelbagai bidang.

Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal. Pengetahuan-pengetahuan ini digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya dengan menggunakan bahan­-bahan dan sumber semula jadi.

Jurutera ialah orang yang terlatih dalam merekacipta, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang. Seseorang jurutera perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah yang sedia ada dan merintis kaedah-kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif.

2.0     Jenis-jenis kerjaya dalam bidang kejuruteraan.

Pelbagai pengkhususan dibidang kejuruteraan di­tawarkan oleh univensiti/institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.  Antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kajiterbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian.

2.1.Kejuruteraan Awam

Kerjaya di dalam bidang Kejuruteraan Awam merangkumi tugas mengenalpasti dan memenuhi keperluan masyarakat, sama ada pada skala kecil (projek luar Bandar) atau berskala antarabangsa (membina janakuasa elektrik). 

Tugas seorang Jurutera Awam pada sesebuah projek membabitkan:
(a)             (a)    Menganalisis dan mengenalpasti keadaan  tapak cadangan projek
(b)              (b)     Konsultasi dengan masyarakat setempat tentang tapak cadangan projek
   (c)       Perbincangan mengenai plan projek dengan arkitek atau jurutera perunding
(d)               (d)    mengambilkira kesan projek terhadap alam sekitar projek
    (e)       mengemukakan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh sesuatu projek
     (f)      merekabentuk sesebuah projek
    (g)       mengawasi kualiti pembinaan sesebuah projek
    (h)      mengawasi perbelanjaan sesebuah projek

2.2.   Kejuruteraan Mekanikal

Tugas seorang Jurutera Mekanikal tertumpu dalam organisasi perindutrian yang membabitkan pembuatan peralatan mekanikal atau alat ganti peralatan mekanikal. 

Tugas seorang Jurutera mekanikal membabitkan:-
(a)  merekacipta produk baru atau merekacipta semula produk sedia ada
(b)  menyelia proses pemasangan alatan
(c)      membina dan memasang mesin baru atau mengubahsuai peralatan yang sedia ada untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran

2.3.    Kejuruteraan Kimia

Jurutera bidang ini mempraktikkan penggunaan sains kimia.  Ahli Kimia dan jurutera berganding bahu dalam makmal penyelidikan untuk memajukan produk kimia seperti sabun pencuci, ubat-ubatan, plastik, fabrik di samping memajukan proses untuk menghasilkan barangan ini. Jurutera kimia kemudian menyesuaikan operasi berskala kecil yang dijalankan dalam makmal kepada pengeluaran industri dan komersil berskala besar.  Mereka juga bekerja di bahagian jualan teknikal,pemasaran, personel,,kewangan, pengajaran dan sebagainya.

Tugas seorang Jurutera Kimia membabitkan:
(a)   mentafsir dan menganalisis kertas kawalan mutu yang ditulis oleh jurutera penyelidik.
(b)   Merekacipta dan memajukan kaedah kerja dan peralatan baru yang lebih baik serta mengubahsuai kaedah kerja dan peralatan yang sedia ada.
(c)   menentukan kaedah yang paling berkesan bagi pengeluaran bahan kimia

2.4.     Kejuruteraan Elektrik.

Kejuruteraan elektrik melibatkan setiap ciri kehidupan moden.  Jurutera elektrik berhubung rapat denganpelbagai bentuk aktiviti yang berkaitan dengan penyelidikan, rekebentuk, pengeluaran, pemasangan, penyelenggaraan dan baikpulih peralatan, komponen dan sistem elektrik.

Tugas seorang Jurutera Elektrik membabitkan:
(a)  terlibat dalam tugas-tugas yang bersangkutan dengan system yang menjana, mengeluar, mengagih, mengawal dan menggunakan elektrik
(b)  merekacipta dan pembikinan berbagai jenis peralatan elektrik
(c)   menguji perkakas, menyelesasi masalah operasi.
(d)  menganggar masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan yang akan dilaksanakan.

3.0     Potensi Kerjaya kejuruteraan pada masa hadapan

Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini. Setiap hari. ada syarikat-syarikat yang mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-akhbar tempatan.

4.0     Kelayakan yang diperlukan untuk mengikuti program kejuruteraan.
         
          4.1       Ciri-ciri peribadi yang diperlukan:
          4.1.1     Meminati profesion ini
          4.1.2     Mempunyai pengetahuan di dalam bidang sains, matematik dan bahasa
          4.1.3    Mempunyai kemahiran komputer        
4.1.4        Berkebolehan dan mempunyai kreativiti
4.1.5        Tekun dan bekerja keras 
4.1.6        Mempunyai keinginan untuk berjaya
4.1.7        Seorang yang dinamik
4.1.8        Dapat bekerja secara berkumpulan

Calon perlu lulus peperiksaan SPM/SPMV, dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran matematik moden, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.  Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, para pelajar perlu lulus matematik tulen, matematik gunaan, fizik, kimia, biologi dan pengajian am.

Terdapat beberapa cara yang membolehkan pelajar berjaya mendapat ijazah pertama kejuruteraan sama ada universiti di dalam atau di luar negara. Tempoh pengajian  antara empat hingga enam tahun.

(i)       Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
Pelajar-pelajar boleh memohon masuk  ke  UKM,UM, UPM, USM, UNJMAS, UMS dan UiTM. Kelayakan ini juga diterima oleh universiti-universiti di Australia, Kanada, United Kingdom, New Zealand dan Singapura.

(ii)    Asasi/matrikulasi sains
Kursus selama satu setengah tahun ini adalah  lepasan SPM/SPMV. Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus ini dengan jayanya akan diterima masuk ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti tempatan.

 (iii) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
 Kursus kejuruteraan boleh diikuti secara terus di UTM selepas SPM.  Kursus ini mengambil masa selama lima tahun.

Terdapat beberapa universiti swasta tempatan seperti Universiti Multimedia, Universiti  Tenaga Nasional (UNITEN) dan  di Universiti Teknologi Petronas (UTP) juga menawarkan kursus ini di peringkat ijazah sarjana muda.

(iv)   Diploma  
Kursus ini ditawarkan oleh UTM, UPM, UiTM, politeknik Kementerian Pendidikan serta banyak kolej swasta. Pemegang-pemegang diploma ini boleh memasuki pasaran pekerjaan. Sekiranya ingin me­neruskan pengajian di peringkat sarjana muda, pelajar boleh berbuat demikian sama ada  universiti di dalam atau di luar negara.

(v)      Program anjuran MARA dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Program anjuran kedua-dua badan ini untuk lepasan SPM dan merupakan program pra universiti dan ijazah pertama di universiti-universiti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Kanada, Korea Selatan, Jepun serta negara-negara lain  yang dipilih

5.0     Pusat-pusat pendidikan dan latihan yang menyediakan program kejuruteraan.

Banyak universiti tempatan menawarkan kursus-kursus kejuruteraan di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda. Universiti-universiti yang menawarkan kursus di peringkat sarjana muda ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Univensiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Univensiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO). Sementara UTM, UPM, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan politeknik Kementenian Pendidikan menawarkan kursus peringkat diploma. Selain itu, univensiti-universiti luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, Zealand dan Singapura juga menawarkan kursus ini.

6.0     Organisasi yang memerlukan Jurutera.

Organisasi yang memerlukan Jurutera di Malaysia ialah organisasi yang terlibat di dalam sektor pengangkutan, pembinaan, perlombongan, telekomunikasi, perindustrian, penyelidikan dan konsultasi

7.0     Pendapatan dan gaya hidup seorang Jurutera.

Walaupun kerjaya ini mencabar tetapi mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan dan mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini. Buat masa ini, gaji permulaan seorang jurutera ialah di antara RM 2000.00 hingga RM 2500.00 sebulan

Kerjaya sebagai seorang Jurutera sangat mencabar kerana sebagai  seorang Jurutera anda akan berhadapan dengan pelbagai jenis masalah dan cabaran yang berlainan setiap hari.  Setiap tugasan adalah unik kerana anda akan berhadapan dengan pelbagai situasi , tempat dan orang.  Kepuasan kerja tercapai apabila menyaksikan hasil akhir produk yang terhasil seperti bangunan, empangan atau pun jambatan dan pengetahuan yang telah dicurahkan untuk menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup manusia.

Untuk mencapai cita-cita ini calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara.  Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli : 

Institute of Engineers Malaysia (IEM) sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM).

Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera profesional.

  

1 ulasan: