Current Visitor

Khamis, 26 Mei 2011

Preambles

 PREAMBLES

Preambles atau kehendak-kehendak permulaan adalah merupakan keterangan mengenai jenis dan kualiti bahan, mutu bahan dan kerja yang mana ianya tidak dinyatakan di dalam lukisan atau mana-mana dokumen lain. Ia menjadi rujukan kepada kontraktor dalam meletakkan harga. Dalam harga tersebut mestilah merangkumi kerja-kerja yang terlibat bagi sesuatu item. Secara tidak langsung, dikenali juga sebagai spesifikasi.

Preambles adalah juga merupkan salah satu daripada kandungan dokumen tender atau kontrak yang mana ianya berupa keterangan bagi menghuraikan tentang bahan dan kerja dari segi jenis, kualiti dan kaedah. Dengan adanya Preambles ini, diharapkan akan menajadi rujukan bagi pihak kontraktor dalam melaksanakan kerja pembinaan bagi memastikan kerja mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Dalam penyediaan Preambles ini, ianya dibuat berdasarkan kepada trade (tukang) iaitu merujuk kepada kaedah pengukuran piawai (SMM). Dalam menghargakan setiap kerja bagi sesuatu item, bahagian ini perlu dirujuk kerana sampingan yang berkaitan tentang kerja tersebut yang perlu dihargakan bersama.


 KEPENTINGAN PREAMBLES

o Supaya bahan yang digunakan adalah berkualiti dan bermutu tinggi
o Menerangkan tentang kaedah dan teknik kerja
o Membantu kontraktor memahami kerja yang perlu dihargakan bersama dalam sesuatu kerja
o Memendekkan keteranagn kerja dan menjimatkan penggunaan kertas taking off
o Rujukan kepada istilah seperti as described dan as specified
o Melengkapkan lagi maklumat yang terdapat dalam spesifikasi atau mana-mana dokumen

petikan dari  http://qafeqah-qafeqahqs.blogspot.com/

1 ulasan: