Current Visitor

Ahad, 8 Mei 2011

Sepintas Lalu : Projek Pembinaan Menara Warisan

Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato Sri Najib Bin Abdul Razak melalui Pembentangan Bajet 2011 di Bangunan Parlimen, telah mengumumkan pembinaan sebuah menara yang di kenali sebagai Menara Warisan.

 
Bangunan tersebut yang akan dianggap sebagai tertinggi di Malaysia akan dibina di lokasi yang berhampiran dengan Stadium Merdeka pada kos RM5 bilion. Projek ini dijangka akan siap pada tahun 2015.

Bangunan setinggi 100 tingkat itu yang belum diketahui tingginya itu dijangkakan tidak akan menewaskan bangunan tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa. Bangunan di Dubai itu berukuran 828 meter tinggi dengan 160 tingkat

Dengan pembinaan bangunan baru ini, ia mungkin dapat menandingi kedudukan bangunan kedua tertinggi di dunia, Taipei 101 yang setinggi 101 tingkat dan 509 meter. Selain itu, Pembinaan bangunan Menara Warisan yang akan dipelopori oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) itu dijangkakan menandingi bangunan Menara Petronas yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia apabila siap pada tahun 1998 dengan 452 meter dan 88 tingkat.




Status Terkini : Pelaksanaan projek masih belum dijalankan ditapak.

 

7 ulasan: