Current Visitor

Ahad, 19 Jun 2011

Imbasan - Projek KLIA Sepang

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan Lapangan Terbang Rasmi Negara Malaysia. Ia telah dibangunkan di sebuah kawasan di Daerah Sepang, Selangor dan berkedudukan 50km daripada Ibu Kota Kuala Lumpur. Ia telah dibina bagi mengambilalih fungsi Lapangan Terbang Subang yang tidak mampu menampung bilangan pengguna yang makin bertambah dari tahun ke tahun.
Projek pembinaan Lapangan Terbang KLIA telah dimulakan pada tahun 1993 dan telah siap dalam masa 4 tahun setengah kemudian iaitu kira-kira pada sekitar Jun 1998. Pembinaan projek ini telah dilaksanakan secara 'fast track' dengan menggunakan kapasiti buruh seramai 24,000 orang dan bekerja selama 24 jam tanpa berhenti. Projek ini telah dibina diatas yang berstatus pertanian yang berkeluasan kira-kira 100 km2. Kos pembinaan projek ini dianggarkan sekitar RM 8.5 Billion dengan bertemakan konsep Lapangan Terbang Di Dalam Hutan dan Hutan Di Dalam Lapangan Terbang. Tujuan konsep ini dipilih ialah untuk memberikan keselasaan dan ketenangan kepada para pelancong atau pelawat yang keluar atau masuk.


Lapangan Terbang KLIA ini telah diuruskan oleh Malaysia Airport Berhad (MAB). Ia berupaya untuk menampung kapasiti penumpang seramai 35 juta penumpang setahun. Pembinaan projek KLIA ini telah disokong dengan kemudahan lain iaitu dengan terbinanya sistem pengangkutan Ekspress Rail Link (ERL) yang menghubungkan antara KLIA dengan KL Sentral di Ibu Kota, Kuala Lumpur.


Ternyata dengan pembinaan projek KLIA Sepang ini, telah berjaya melonjak nama Malaysia di peta dunia dengan telah menarik ramai pelancong untuk datang Malaysia bagi tujuan pelancongan, majlis rasmi atau menonton perlumbaan F1 di Litar Sepang yang terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang KLIA.

2 ulasan:

niij berkata...

yeah..
smg MALAYSIA trs maju =)

inaazlina berkata...

airport yg bez.