Current Visitor

Isnin, 6 Jun 2011

Perolehan Kerja Kelas E

Pengenalan

Perolehan Kerja untuk Kontraktor Kelas E sekarang adalah mengunakan kaedah secara sebutharga. Ia adalah berbeza dengan kaedah perolehan sebelum ini, iaitu melalui tender. Apabila menggunakan kaedah secara tender, peraturan atau prosedur yang digunapakai adalah lebih ketat dan mengambil masa yang lama sebelum kontraktor yang dipilih disetujuterima serta kontrak yang diaward kepada kontraktor perlu ditandatangani secara formal.

Oleh yang demikian, dengan perubahan yang dilakukan keatas Perolehan Kerja Kelas E oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KK) melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bilangan 5 Tahun 2009, ternyata telah mempercepatkan proses perolehan dan membantu kepada penjanaan ekonomi.
Di dalam rencana ini, akan menerangkan serba ringkas tatacara bagaimana Perolehan Kerja Kelas E dijalankan di agensi atau jabatan kerajaan sebagai panduan kepada Kakitangan Kerajaan, pihak kontraktor, pelajar-pelajar IPTA serta kepada orang awam 

Had Perolehan

Had perolehan untuk Sebutharga Kelas E adalah daripada RM 200,000.00 sehingga RM 500,000.00. 

Pelawaan Sebutharga

Berdasarkan kepada SPP Bil. 5 Tahun 2009, ada menyatakan Perolehan Kerja untuk Sebutharga Kelas E hendaklah dipelawa atau dibuka kepada Negeri Tempatan. Ia bermaksud, sekiranya Jabatan atau Agensi Kerajaan yang berada di Daerah Pagoh, Johor hendaklah membuka perolehan tersebut kepada Kontraktor Kelas E yang berdaftar di Negeri Johor sahaja.  Dokumen sebutharga yang hendak dipelawa atau dijual kepada kontraktor adalah mengikut kepada ketebalan dokumen atau nilai maksimum sebanyak RM 50.00.

Tatacara Pengurusan Sebutharga
  • Pelawaan dibuat kepada kontraktor di Negeri berkenaan
  • Kenyataan tawaran hendaklah dipamerkan di papan notis tawaran Jabatan
  • Tarikh iklan hendaklah dibuka tidak kurang daripada tujuh (7) hari dari tarikh mula iklan.
  • Tempoh sah laku untuk Sebutharga adalah selama 90 hari dari tarikh mula
  • Peti tawaran yang ditutup hendaklah dibuka pada waktu yang ditetapkan iaitu kebiasaanya jam 12.00 Tengahari
  • Sebutharga yang telah ditutup hendaklah dibuat penilaian oleh Jawatankuasa Penilaian Sebutharga. 
Asas Penilaian Sebutharga

Apabila sebutharga telah ditutup, satu jawatankuasa yang telah dilantik secara bertulis oleh Ketua Jabatan hendaklah menyediakan laporan analisa sebutharga yang berasaskan kepada perkara-perkara berikut:
  • Penyebutharga telah menyempurnakan keperluan dokumen sebutharga
  • Keupayaan kontraktor dari segi pengalaman kerja dan bilangan kerja di dalam tangan  
  • Keupayaan kewangan dengan mengambil kira 1.5% kecairan kewangan berbanding Anggaran Jabatan dalam tempoh 3 bulan terkini atau tambahan dari kemudahan kredit yang diperolehi dari institusi kewangan,

Jawatankuasa Sebutharga

Kertas laporan penilaian sebutharga yang telah lengkap akan diserahkan kepada Lembaga Sebutharga atau Jawatankuasa Sebutharga Jabatan yang berkenaan bagi memutuskan dan memilih kontraktor yang betul-betul layak bagi melaksanakan kerja.

Pentadbiran Kontrak

Kontraktor yang telah disetujuterima atau dilantik perlu memenuhi keperluan berikut bagi tujuan perlaksanaan kerja di tapak:

  • Menyediakan polisi-polisi insuran yang berkaitan seperti Contractor All Risk (CAR), Workmen Compensation (WC) atau Public Liability 
  • Menyediakan Bon Pelaksanaan berjumlah 5% daripada harga kontrak dalam bentuk Jaminan Bank (Bank Guarantee) atau Wang Jaminan Pelaksanaan
  • Boleh mengemukakan tuntutan bayaran pendahuluan sebanyak 25% daripada nilai kontrak atau maksimum RM 100,000.00 mengikut mana yang terendah. Kontraktor yang berhasrat untuk mendapatkan kemudahan Bayaran Pendahuluan perlu mengemukakan Jaminan Bank atau Bank Guarantee
  • Kontraktor boleh mengemukakan tuntutan bayaran secara interim
  • Kontraktor yang lewat, perlu dikenakan amaran, walaubagaimanapun tiada peruntukan untuk dikenakan denda LAD
  • Sekiranya, terdapat keperluan untuk melaksanakan Perubahan Kerja (VO) dalam kerja tersebut, ia dibenarkan untuk dilakukan


Kesimpulan


Diharap penerangan serba ringkas di atas dapat membantu kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam perolehan kerja Kelas E.



0 ulasan: