Current Visitor

Rabu, 8 Jun 2011

Sepintas Lalu - Projek Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan (BTS)



Sebuah Terminal Bersepadu untuk perkhidmatan bas ekspress telah dibina di sebuah kawasan yang berkeluasan 20 hektar dan terletak di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. Kos pembinaan projek ini adalah dianggarkan dalam sekitar RM 570 Juta.

Tujuan pembinaan Terminal ini ialah untuk mengambilalih fungsi Hentian Pudu Raya sebagai hub pengangkutan dan menyelaraskan semua perjalanan bas ekspress yang menuju ke Selatan Tanah Air. 

Terminal ini yang telah beroperasi pada Januari 2011 telah diuruskan oleh Syarikat Maju TMAS (Terminal Management and Services).


Projek terminal yang mengandungi 6 tingkat ini telah dilengkapi dengan kemudahan moden seperti berikut:
  • Mempunyai 55 platform bas
  • Mempunyai 55 ruang bagi teksi atau kereta sewa perjalan jauh
  • Mempunyai kemudahan parkir untuk 1000 buah kereta
  • Mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 1,800 kerusi dan dilengkapkan dengan kemudahan hawa dingin
  • Boleh menampung kapasiti penumpang yang ingin menaiki perkhidmatan bas seramai 45,000 orang sehari
  • Di Integarasikan dengan kemudahan pengangkutan awam lain di stesen perantara Bandar Tasik Selatan seperti perkhidmatan Komuter Laluan Rawang- Seremban, LRT Laluan Sentul-Sri Petaling dan ERL Laluan KL Sentral - KLIA


Manakala antara kemudahan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
  • Kaunter khidmat pelanggan yang beroperasi 24 jam.
  • Kemudahan pembelian dan penempahan tiket secara online 'e-ticketing' melalui www.tbsbts.com.my.
  • Penggunaan skrin untuk pelanggan disediakan di hadapan kaunter dan mikrofon di dalam kaunter supaya penumpang dapat melihat dan mendengar dengan jelas maklumat yang disampaikan pihak pentadbiran.
  • 19 kaunter tiket yang disediakan untuk membeli tiket.
  • Enam mesin kiosk untuk membeli tiket secara tunai atau 'touch n go'
.
 Untuk keterangan lanjut sila layari pautan berikut: :  http://www.tbsbts.com.my/

1 ulasan:

Unknown berkata...

sgt2 besar dah nk mcm klia kan,huhu