Current Visitor

Ahad, 3 Julai 2011

Jom Kenali - Lebuhraya KL- Kuala Selangor (LATAR)

Sebuah lebuhraya baru telah dibina dari Rawang hingga ke Kuala Selangor. Ia dikenali sebagai Lebuhraya LATAR atau Lebuhraya Asam Jawa- Templer. Lebuhraya ini telah dirasmikan  untuk permukaan oleh Menteri Kerja Raya, Y.B Dato Shaziman Mansor pada 23 Jun 2011. 

Mengikut sejarah, pembinaan lebuhraya ini telah bermula pada Oktober 2008. dan telah  siap  sekitar bulan Mei 2011. Perjanjian konsesi lebuhraya ini selama 40 tahun dan telah dipegang oleh Syarikat KL-Kuala Selangor Expressway Berhad.


Panjang lebuhraya yang mempunyai 2 lorong ini ialah sejauh 33 kilometer. Ia dibina sebagai jalan alternatif kepada Jalan Persekutuan yang menghubungkan antara Sg. Buloh sehingga Kuala Selangor. Jalan Sungai Buloh- Kuala Selangor dikenalpasti sudah tidak mampu menampung kesesakan yang semakin makin bertambah dari masa ke semasa.

Pembinaan lebuhraya dilihat mampu menjimatkan masa perjalanan diantara KL hingga Kuala Selangor dimana hanya mengambil masa selama 45 minit berbanding 2 jam sekiranya menggunakan Jalan Persekutuan .



Lebuhraya ini mempunyai 3 plaza tol iaitu Plaza Tol Taman Rimba Templer, Plaza Tol Kuang Barat & Timur Dan Plaza Tol Ijok.  Selain itu, Lebuhraya ini juga dilengkapkan dengan 4 persimpangan yang terdiri daripada Persimpangan Templer, Persimpangan Kundang, Persimpangan Puncak Alam dan Persimpangan Ijok. 

Untuk maklumat lanjut sila layari pautan berikut   http://www.kls.com.my

1 ulasan: