Current Visitor

Ahad, 10 Julai 2011

Pelancaran Projek MRT Sg Buloh- Kajang

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak telah merasmikan pelancaran projek MRT Sg Buloh- Kajang pada 8 Julai 2011 di Kuala Lumpur. Projek ini dijangka bermula pada November 2011 dan siap pada tahun 2016. Penyiapan projek ini, dilihat akan memberi impak ekonomi dan kemudahan kepada kira-kira 400,000 orang pengguna sehari.
Projek yang mempunyai jarak sejauh 51 kilometer ini adalah bermula dari Sungai Buloh hingga ke Kajang. Daripada 51 kilometer itu, sejauh 9.5 kilometer laluan akan dibina dibawah tanah. Masa perjalanan untuk satu hala dari Sungai Buloh hingga Kajang hanya mengambil masa selama 88 minit. Projek bernilai berbilion ringgit ini akan dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) dan diawasi oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Berhad (SPAD).



Pembinaan projek MRT ini, akan meliputi sebanyak 31 stesen yang telah dimuktamadkan. Antara stesen tersebut ialah seperti berikut:
  1. Sungai Buloh
  2. Kg. Baru Sungai Buloh
  3. Kota Damasara
  4. Taman Industri Sg Buloh
  5. PJU5
  6. Dataran Sunway
  7. The Curve
  8. One Utama
  9. TTDI
  10. Seksyen 16
  11. Pusat Bandar Damansara
  12. Semantan
  13. KL Sentral
  14. Pasar Seni 
  15. Warisan Merdeka
  16. Bukit Bintang Sentral
  17. Pasar Rakyat
  18. Cochrane
  19. Maluri
  20. Taman Bukit Ria
  21. Taman Bukit Mewah
  22. Leisure Mall
  23. Plaza Phoenix
  24. Taman Suntex
  25. Taman Cuepacs
  26. Bandar Tun Hussein Onn
  27. Balakong
  28. Taman Koperasi
  29. Saujana Impian 
  30. Bandar Kajang
  31. Kajang

0 ulasan: