Current Visitor

Ahad, 7 Ogos 2011

Jom Kenali- Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya (MEX)


Lebuhraya KL-Putrajaya

Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya dikenali sebagai Lebuhraya Maju atau MEX. Ia telah dibina bagi menghubungkan antara Kuala Lumpur ke Putrajaya.

Ia telah dimajukan oleh Syarikat Maju Expressway Sdn Bhd dengan tempoh konsesi selama 33 tahun. Tahun mula perjanjian konsesi bermula tahun 2004 dan dijangka berakhir pada tahun 2037.

Panjang Lebuhraya ini ialah sepanjang 26 kilometer. Pembinaan projek ini telah bermula pada tahun 2004 dan siap pada tahun 2007. Ia telah dibuka secara rasmi kepada lalulintas pada 13 Disember 2007.

Ciri-ciri yang terdapat pada lebuhraya ini adalah seperti berikut:
  • Terdapat dua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) arah utara dan selatan yang terletak di Sri Kembangan
  • Mempunyai 2 kawasan kutipan tol iaitu di kawasan Putra Jaya dan Salak Selatan
  • Ia telah disambungkan oleh Lebuhraya MRR2 di sebelah Kuala Lumpur
  • Menggunakan sistem tol secara terbuka
Pada masa akan datang, terdapat perancangan untuk memanjangkan hubungan lebuhraya ini daripada kawasan Putrajaya terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

3 ulasan: