Current Visitor

Selasa, 23 Ogos 2011

Senarai Kuantiti @ Bill Of Quantity (BQ)

Senarai Kuantiti atau Bill Of Quantity (BQ) adalah senarai bahan yang dihasilkan oleh Juruukur Bahan melalui pengukuran yang dibuat ke atas lukisan yang disediakan oleh perunding Arkitek atau Jurutera Awam.

Senarai Kuantiti (BQ) mengandungi perkara-perkara penerangan seperti 'Kerja-kerja Awalan', 'Speksifikasi', Wang Kos Prima, Wang Peruntukan Sementara, Wang Luar Jangka dan lain-lain.

Senarai Kuantiti (BQ) yang disediakan oleh Jurukur Bahan (QS) adalah bersandarkan kepada SMM atau Malaysia Standard Method Measurement of Building Works keluaran Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) bagi kerja-kerja Bangunan atau berasaskan kepada Malaysia Standard Method Of Measurement for Civil Engineering Works (CESMM) yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Indsutri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk kerja-kerja kejuruteraan sivil.

CESMM

SMM

CESMM

Terdapat beberapa kegunaan hasil daripada Senarai Kuantiti (BQ) yang dihasilkan oleh Juruukur Bahan (QS) yang diringkaskan seperti berikut:

  • Berfungsi sebagai dokumen tender
  • Berfungsi sebagai dokumen kontrak
  • Menjadi asas penyediaan perakuan interim
  • Menjadi asas penilaian kerja perubahan (VO)
  • Membantu pengurusan kerja Kontraktor
  • Menjadi asas maklum balas kepada Kontraktor
  • Menjadi punca data kos kepada Juruukur Bahan (QS)

0 ulasan: