Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Ahad, 25 September 2011

Info - Litar F1 Singapore

INFO
Fakta litar perlumbaan
  • Litar Jalan Singapura ialah sebuah litar berasaskan jalan di sekitar Marina Bay dan ia merupakan venue untuk Grand Prix Singapura. 
  • Litar tersebut direka oleh KBR daripada pengubahsuaian reka bentuk asli yang dicadangkan oleh Hermann Tilke.
  • Panjang litar: 5,067 meter
  • Luas litar: 10 m hingga 15 meter
  • Litar F1 Singapura mempunyai 24 selekoh dan perlumbaan akan dilakukan secara berlawanan jam
  • Perlumbaan F1 Singapura akan melalui 10 hotel bertaraf lima bintang, termasuk tempat dan bangunan bersejarah Dewan Bandaraya.
  • Selain melalui banyak bangunan bersejarah, perlumbaan F1 Singapura juga akan menggunakan Jambatan Anderson berusia 100 tahun
  • Tempat duduk penonton akan diletakkan setiap empat kilometer litar
  • Jumlah tempat duduk: 80,000
  • Lampu: Teknologi yang disediakan membolehkan pemandu berlumba dengan selamat, sama ada di jalan kering atau basah. Krew televisyen juga boleh mendapatkan sudut menarik untuk tontonan umum
Panomara Litar F1 Singapore 1

Panomara Litar F1 Singapore2

Panomara Litar F1 Singapore3

Panomara Litar F1 Singapore4
Panomara Malam Litar F1- Singapore
Panomara Malam Litar F1- Singapore

Peta Litar F1- Singapore




Sabtu, 24 September 2011

Design Guarantee Bond

Merujuk kepada klausa 22.2 Borang JKR 203 / 2007 ada menyatakan untuk setiap projek yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan mengkehendaki supaya pihak kontraktor menyediakan Design Guarantee Bond yang bernilai 5% daripada nilai kontrak yang mempunyai 'design'.

Bon Jaminan Rekabentuk ( Design Guarantee Bond) boleh disediakan oleh pihak bank atau institusi kewangan. Bon Jaminan Rekabentuk ini perlu disediakan sebaik sahaja Sijil Perakuan Siap Kerja atau Certificate Of Practical Completion (CPC) dikeluarkan. Tempoh bon ini perlu sah sehingga tempoh 5 tahun dari tarikh CPC dikeluarkan.

Sekiranya, pihak kontraktor gagal menyediakan Bon Jaminan Rekabentuk ini, pihak kerajaan berhak menuntut melalui Bon Pelaksanaan yang telah disediakan ketika awal projek bermula.

Selasa, 6 September 2011

Info - Lebuhraya Senai-Desaru

Jambatan Lebuhraya Senai Dearu yang merentasi Sungai Johor

Lebuhraya Senai - Desaru adalah sebuah Lebuhraya yang terletak di dalam negeri Johor Darul Ta'zim. Ia merupakan Lebuhraya ketiga (3) terpanjang di Malaysia selepas Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Ia dibuka secara rasmi kepada pengguna awam pada 10 June 2011.

Ia dibina bagi menghubungkan antara kawasan Senai dengan Desaru. Objektif pembinaan lebuhraya ini adalah untuk menyingkatkan masa perjalanan daripada Senai ke Desaru daripada 2 jam kepada 40 minit. Selain itu, ia adalah bertujuan untuk merancakkan pembangunan yang sedang dijalankan di Iskandar Malaysia dan membantu meningkatkan ekonomi dan kawasan pelancongan yang terletak di Desaru 

Panjang Lebuhraya ini ialah 77 kilometer. Ia mula dibina pada tahun 2004 dengan meliputi 2 fasa. Fasa pertama yang merangkumi pembinaan dari Senai ke Pasir Gudang sejauh 50 km telah siap pada Ogos 2009. Manakala fasa kedua yang mengubungkan antara Cahaya Baru, Masai hingga Desaru telah siap pada Jun 2011.

Laluan Senai Desaru
Kos pembinaan Lebuhraya ini dianggarkan berjumlah sekitar RM 1.365 Billion. Pemilik konsesi lebuhraya ini ialah Syarikat Senai Desaru Expressway Berhad atau SDE.

Persimpangan Utama Senai

Persimpangan Bandar Senai

Persimpangan Ulu Tiram

Persimpangan Cahaya Baru

Persimpangan Pasir Gudang

Persimpangan Penawar

Lebuhraya ini mempunyai 6 persimpangan iaitu Persimpangan Utama Senai, Persimpangan Bandar Senai, Persimpangan Ulu Tiram, Persimpangan Cahaya Baru, Pesimpangan Pasir Gudang dan Persimpangan Penawar. Ia dilengkapi dengan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di kawasan 'Layang' yang terletak KM 31 (arah barat) dan KM 32 (arah timur).

Jadual Kadar Tol 

Untuk keterangan lanjut, sila layari pautan berikut  http://www.e22.com.my