Current Visitor

Khamis, 13 Oktober 2011

Mesyuarat Tapak Bina

Gambar Menunjukkan Mesyuarat Tapak Bina sedang dijalankan

Mesyuarat Penyerahan Tapak atau Mesyuarat Pra Pembinaan hendaklah diadakan seberapa segera selepas Surat Setujuterima Tender (L.A) dikeluarkan.

Mesyuarat Penyerahan Tapak ini adalah penting diadakan bagi memperkenalkan kepada semua pihak yang terlibat yang merangkumi pihak klien, kontraktor dan juga perunding mengenai perkara-perkara yang seperti berikut: 
  • Bon Pelaksanaan, Polisi-pilisi Insuran dan Caruman Perkeso
  • Program Kerja
  • Carta Organisasi Kontraktor di Tapak
  • Perlindungan kemudahan-kemudahan di bawah tanah
  • Verifikasi Harta Pelangggan
  • Kerja-Kerja dan bahan-bahan di tapak
  • Keselamatam dan kesihatan di Tapak Bina
Mesyuarat Tapak Bina pula ialah Mesyuarat yang diadakan secara bulanan atau berulang selepas projek itu bermula. Ia adalah bertujuan untuk memberi kontraktor peluang membentangkan masalah-maslah yang dihadapi semasa melaksanakan kerja supaya masalah-masalah ini boleh dibincang dan diselesaikan dengan cepat.

Kekerapan mengadakan mesyuarat tapak bina adalah bergantung kepada nilai kontrak seperti berikut:
  • Bagi kontrak yang bernilai kurang dari RM 500 ribu, mesyuarat tapak bina diadakan apabila perlu sahaja
  • Bagi kontrak yang bernilai RM 500 ribu sehingga RM 10 Juta, mesyuarat tapak bina boleh diadakan sekali dalam tempoh 2 bulan
  • Bagi kontrak yang melebihi RM 10 Juta, mesyuarat tapak bina boleh diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali
Minit mesyuarat tapak bina hendaklah disedia dan diedarkan seberapa segera yang boleh selepas setiap kali mesyuarat diadakan.

2 ulasan: