LIVE DARI MASJIDIL HARAM


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 13 Oktober 2011

Pembukaan Semula Pendaftaran Kontraktor Kelas F

Yang Berhormat Dato' Sri Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya Malaysia, telah menyatakan bahawa pendaftaran untuk kontraktor Kelas F akan diadakan semula. berikut, adalah kenyataan beliau untuk bacaan bersama: 


KENYATAAN MEDIA
Y.BHG. DATO’ SHAZIMAN ABU MANSOR
MENTERI KERJA RAYA
PEMBUKAAN SEMULA PENDAFTARAN LESEN KONTRAKTOR
KERJA KELAS F ATAU G1 (BUMIPUTERA)

Latarbelakang

1. Kelas F merupakan kelas yang terendah di dalam pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan ianya  sebagai satu platform permulaan untuk kontraktor baru menceburi dan menimba pengalaman di dalam industri pembinaan.

2. Pada 30 Mac 2005, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya semua permohonan baru lesen kontraktor kerja Kelas F dibekukan kerana jumlah kontraktor Kelas F pada masa itu terlalu ramai iaitu 35,000 kontraktor. Di samping tindakan pembekuan, beberapa syarat baru juga diperkenalkan dan langkah penguatkuasaan dilaksana dengan lebih ketat, menyebabkan bilangan kontraktor kerja Kelas F berdaftar pada Julai 2011 telah menurun kepada 28,982, iaitu pengurangan sebanyak hampir 20 peratus. 

3. Menyedari akan harapan generasi muda yang berkelayakan teknikal untuk menceburi industri pembinaan,  Kementerian Kerja Raya telah mengemukakan cadangan kepada Jemaah Menteri untuk mengkaji semula pembekuan pengeluaran Lesen Kontraktor Kerja Kelas F

4. Hari ini, Kementerian Kerja Raya ingin memaklumkan  bahawa Jemaah Menteri  semalam  telah meluluskan cadangan Kementerian Kerja Raya  untuk  MEMBUKA SEMULA  SECARA TERKAWAL pembekuan pendaftaran kontraktor Kelas F yang selepas ini dikenali sebagai Kontraktor Gred G1(Bumiputera) di bawah Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor (1RoC) yang dikendalikan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

5. Kontraktor baru yang layak mendaftar di bawah gred G1 (Bumiputera) adalah terdiri daripada kontraktor yang menepati syaratsyarat berikut;

i) Umur tidak melebihi 40 tahun.  Pengecualian umur sehingga 50 tahun hanya diberikan kepada individu yang mempunyai pengalaman kerja yang ditetapkan dalam bidang pembinaan;

ii) Mempunyai sekurang-kurangnya sijil kemahiran daripada institusi latihan pembinaan atau kelayakan-kelayakan lain daripada institusi pengajian yang diiktiraf atau pengalaman kerja dalam bidang berkaitan selama 5 tahun;

iii) mempunyai modal berbayar sebanyak RM10,000 dan ke atas; dan

iv) keutamaan kepada yang telah berdaftar dengan CIDB dalam gred G1

6. Adalah dijangkakan seramai 4,151 kontraktor gred G1 yang berdaftar dengan CIDB layak dipertimbangkan untuk diberikan lesen gred G1 (Bumiputera) apabila pendaftaran dibuka semula. 

7. Di samping itu,  Jemaah Menteri turut meluluskan Program Pengukuhan Kontraktor Bumiputera yang bertujuan mewujudkan kontraktor Kelas F yang berdaya saing dan mampu meningkatkan keupayaan mereka ke kelas yang lebih tinggi.

8. Kementerian Kerja Raya mendapati keengganan Kontraktor  kelas F untuk naik ke kelas yang lebih tinggi terutama kelas E adalah disebabkan oleh  faktor antaranya;

a. kadar keuntungan bagi projek yang ditawarkan kepada kontraktor kelas F  relatifnya  tinggi  (hampir 15% hingga 20%) berbanding kelas-kelas lain;

b. Bilangan projek bagi kelas E adalah agak terhad; dan

c. sikap segelintir kontraktor kelas F yang menjadikan lesen ini sebagai pendapatan sampingan.

9. Oleh itu bagi menggalakkan kontraktor Kelas F untuk naik kelas yang lebih tinggi secara sukarela, Kementerian  antaranya  mencadangkan pendekatan seperti berikut: 

(i) Kemasukan pendaftaran kontraktor Kelas E dan D atau G2 dan G3 (Bumiputera) dihadkan dari kalangan kontraktor Kelas F

Walau bagaimanapun, kontraktor  gred G2 dan G3 di bawah pendaftaran CIDB masih boleh dibenarkan untuk memasuki secara terus sebagai kontraktor bumiputera Kelas D dan E di bawah PKK dengan syarat mereka memenuhi keperluankeperluan yang ditetapkan.

(ii) Pemansuhan kerja-kerja undi secara berperingkat Untuk peringkat awal dicadangkan kontraktor gred G1 (Bumiputera) samada yang baru atau sedia ada akan diberikan kerja undi bagi tempoh 3 tahun pertama sahaja. Selepas itu, mereka tidak lagi diberi peluang menyertai kerja-kerja undi. Syarat ini bertujuan untuk memastikan kontraktor tidak hanya bergantung kepada projek-projek Kerajaan tetapi hendaklah juga berusaha mendapatkan projek-projek swasta atau bekerjasama dengan kontraktor kelas yang lebih tinggi yang ditawarkan kerja awam atau pun swasta.

(iii) Tapisan Kelas F

Program tapisan ini perlu dilaksanakan untuk menentukan ketulenan dan kesahihan kontraktor kelas F. Melalui program saringan ini, dijangkakan hanya kontraktor-kontraktor yang didapati kompeten sahaja yang akan diperbaharui lesen pendaftaran mereka. Pendaftaran kontraktor kelas F akan disaring secara teliti semasa pembaharuan dilakukan dengan mensyaratkan pemilik hendaklah hadir sendiri semasa 5permohonan pembaharuan tersebut. Melalui tapisan sedemikian, hanya kontraktor yang benar-benar layak sahaja akan diperbaharui manakala kontraktor yang tidak hadir atau tidak memenuhi syarat-syarat pendaftaran PKK atau diklasifikasikan sebagai dorman akan dicadang untuk ditamatkan dan tidak diperbaharui lesennya. Walau bagaimanapun, kontraktor yang ingin  menukar pemilikan lesen kepada individu lain khususnya kepada ahli keluarga terdekat seperti anak atau isteri perlu menamakan individu tersebut sebagai rakan kongsi atau ahli pengurusan syarikat terlebih dahulu dan bergiat aktif dalam syarikat sekurang-kurangnya satu 1 tahun sebelum pemindahan milik syarikat dapat dilaksanakan. Pemilik baru akan ditemuduga bagi tujuan pendaftaran dan bidang kerja yang dimiliki


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagaimana caranya untuk memohon untuk kontraktor kelas F dan bila pendaftaran semula akan dibuka.

Sekian, terima kasih

Tanpa Nama berkata...

salam syer baru jer bukak lesen kat ssm...tpi syer tak pasti boleh ker lesen mcm sayer ni ambil projek-projek mcam lesen kelas f

Tanpa Nama berkata...

Bila pkk class f mula dibuka semula...

kontraktor kl berkata...

Agak-agaknya pendaftaran akan dibuka lagi??