Current Visitor

Khamis, 3 November 2011

Pendudukan Separa

Sekiranya terdapat pada bahagian-bahagian tertentu pada suatu projek telah mencapai penyiapan praktikal, pihak klien boleh mendapat persetujuan secara bertulis daripada kontraktor untuk mengambil milik dan menduduki bahagian tersebut secara 'separa'.

Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi, sekiranya pelaksanaan 'Pendudukan Separa' dijalankan:
  • Satu Perakuan Pendudukan Separa hendaklah dikeluarkan dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh pemilikan dan pendudukan sebahagian Kerja tersebut. Perakuan tersebut hendaklah menyatakan nilai anggaran bagi bahagian Kerja yang diambil milik dan diduduki
  • Tempoh Tanggungan Kecacatan bagi bahagian Kerja yang diambil milik dan diduduki hendaklah bermula sama dengan tarikh penyiapan praktikal bagi seksyen atau bahagian tersebut
  • Ganti Rugi Tertentu dan Ditetapkan yang dinyatakan di dalam Kontrak akan dikurangkan mengikut kadar jumlah nilai bahagian yang diambil milik dan diduduki berbanding Jumlah Harga Kontrak
  • Peruntukan Kontrak mengenai Insurans dan pelepasan Bon Pelaksanaan adalah tidak berubah
  • Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD) hendaklah dikeluarkan mengikut bahagian kerja yang telah diambil milik dan diduduki.

    1 ulasan:

    Pearl Atikah Binti Muhammad Akhir berkata...

    salam..
    sy student qs dr utm..
    skrg sy sedang siapkn kajian tentang projek saliran air mentah pahang-selangor utk projek sarjana muda sy..
    bleh x saudari bg pendapat @kupas sedikit isu tentang projek 2.. tq