Current Visitor

Selasa, 13 Disember 2011

Berita Pembinaan 12 Disember 2011 - Fasa 2 monorel pelancongan Sungai Melaka siap Feb 2013

 

Fasa 2 monorel pelancongan Sungai Melaka siap Feb 2013

12/12/2011 10:25pm

MELAKA 12 Dis. – Pembinaan fasa 2 monorel pelancongan Sungai Melaka bernilai RM21 juta dijangka siap Februari 2013 bagi meningkatkan bilangan pengunjung melihat keindahan Sungai Melaka. 

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, projek sejauh 1.3 kilometer itu adalah sambungan kepada fasa 1 projek monorel yang dilancarkan pada 20 Oktober tahun lepas itu, yang menawarkan kepada pelancong untuk menyusuri dan melihat pemandangan Melaka dari monorel tersebut.

"Projek yang akan dilaksanakan ini menjadikan keseluruhan panjang trek monorel sejauh 2.9 kilometer dengan membuat satu pusingan lengkap,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Fasa 2 Pembangunan Monorel di Jalan Tun Mutahir di sini, hari ini.

Beliau berkata, perjalanan monorel yang bermula dari Taman Rempah itu akan melalui Jalan Bunga Raya, Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir sebelum kembali semula ke Taman Rempah.

Mohd Ali berkata, projek yang mendapat peruntukan sebanyak RM13.2 juta daripada Kementerian Pelancongan Malaysia itu akan dibangunkan oleh Agibs Engineering & Construction Sdn Bhd. – Bernama

0 ulasan: