Current Visitor

Sabtu, 17 Disember 2011

Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Projek Penswastaan

Unit Kerjasama Awam dan Swasta atau lebih dikenali sebagai UKAS telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Tujuan UKAS ditubuhkan bagi mengerakkan dan sebagai pemangkin untuk pelaksanaan projek secara penswastaan yang dilaksanakan secara bersama diantara pihak kerajaan dan juga swasta.

Kaedah Penswastaan mengikut sejarah telah bermula pada tahun 1981 dimana ketika itu dasar pensyarikatan telah diperkenalkan.yang bertujuan bagi mengalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta.

Seterusnya bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi dan Rancangan Malaysia RMK-10, pihak kerajaan Malaysia telah menekankan konsep secara penswastaan bagi tujuan mengurangkan belanja pembangunan yang perlu ditanggung oleh pihak kerajaan. 

Dalam pelaksanaan projek secara penswastaan, syarikat-syarikat yang dilantik akan melaksanakan projek dengan pembiyaan sendiri. Manakala hasil pendapatan yang diperolehi oleh syarikat tersebut adalah melalui perjanjian konsesi setelah projek tersebut siap.

Sebagai contohnya, sekiranya satu syarikat telah dilantik untuk melaksanakan projek pembinaan asrama pelajar universiti, syarikat tersebut akan melaksana projek pembinaan dengan menggunakan pembiyaan sendiri, manakala hasil pendapatan syarikat tersebut, hanya akan diperolehi dengan perjanjian konsesi untuk menguruskan asrama tersebut dengan tempoh-tempoh tertentu, misalnya selama 25 tahun. 

Hasil dari konsep penswastaan, telah terbukti dengan terjemahan pelbagai projek yang telah siap bagi kepentingan awam seperti pelaksanan pembinaan Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Pelabuhan Tanjong Pelepas,  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), Double Track Keretapi dan lain-lain yang ada dalam proses pembinaan.

Kejayaan pelaksanaan konsep penswastaan telah berjaya meringankan beban perbelanjaan pembangunan yang ditanggung kerajaan, selain itu, ia telah mengurangkan perbelanjaan pentadbiran kerajaan dimana sebanyak 58 agensi kerajaan telah diswastakan yang melibatkan pemindahan 113,440 orang daripada kerajaan kepada sektor swasta.


(sumber: Laman web Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) http://www.ukas.gov.my

0 ulasan: