Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Khamis, 31 Mac 2011

PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING BAGI PROJEK ATAU KAJIAN KERAJAAN

Pihak Kementerian Kewangan (KK) melalui SURAT PEKELILING PERBENDAHARAAN BILANGAN 2 TAHUN 2011 telah memaklumkan tentang PERATURAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING BAGI PROJEK ATAU KAJIAN KERAJAAN.

Untuk keterangan lanjut, bolehlah layari pautan berikut:
http://www.treasury.gov.my/pekeliling/spp/spp022011.pdf

Bayaran Interim



Merupakan bayaran yang di bayar kepada kontraktor dan dibuat mengikut prestasi pembinaan (nilai kerja di laksanakan). Bayaran interim di buat dengan menolak harga asal kontrak.





Contohnya:-

Bayaran Interim No 1.
Harga kontrak = RM 1,915,000.00
Nilai Kerja Dilaksanakan = RM 157,108.61
Bayaran Interim Pertama = RM 157,108.61

Bayaran kepada subkontraktor = RM 141,390.00
Kredit akaun deposit wang jaminan pelaksanaan
(10% dari bayaran di syorkan sehingga 5% harga kontrak) = RM 15,710.00
Jumlah RM 157,100.00

Bayaran Interim No.2
Nilai Kerja di laksanakan = RM 336,523.64
- Kurangkan Bayaran interim = RM 141,390.00
Yang terdahulu No.1
Nilai bersih kerja semasa = RM 195,133.64

Bayaran interim merupakan bayaran kepada nilai kerja yang di laksanakan oleh kontraktor. Nilai kerja ini mestilah termasuk “kerja awalan” atau “ Perkara-perkara Am”. Untuk tujuan penilaian interim, item bagi “kerja awalan” atau “ perkara-perkara am” mestilah di kategorikan sama ada ianya perlu di bayar secara progresif semasa pelaksanaan kerja atau di bayar selepas siap kerja. Jika harga yang di letakkan oleh kontraktor untuk perlindungan insuran di dapati lebih tinggi daripada amaun premium sebenar yang di bayar. Amaun premium sebenar hendaklah di bayar di dalam penilaian yang pertama dan bakinya di bayar secara progresif semasa kerja di laksanakan.

Nilai kerja yang di laksanakan oleh kontraktor mestilah mengambil kira bukan sahaja kerja yang termasuk di dalam kontrak tetapi mestilah juga mengambil kira kerja perubahan yang di laksanakan. Syarat-syarat untuk membolehkan perakuan interim pertama di keluarkan, dan bayaran di buat walaupun dokumen kontrak masih belum di tandatangani.

a. Kontraktor mestilah telah mengembalikan surat setuju terima yang di tandatangani
dan di saksikan.

b.Menyerahkan bon pelaksanaan dan segala polisi insurans yang wajib.

c. Perakuan interim dan baucher bayaran mestilah disertakan bersama salinan dokumen
berikut yang diakui sah :-

i. Surat setuju terima
ii. Bon pelaksanaan
iii. Polisi insuran yang wajib (Nota liputan tidak di terima)
iv. Kelulusan lembaga tender dan kelulusan perbendaharaan. Jumlah harga
kontrak melebihi 10 juta.

(Sumber petikan dari : http://ukurbahan-qs.blogspot.com/)

Selasa, 29 Mac 2011

PEMBATALAN PENGECUALIAN GANTl RUGI TERTENTU DAN DITETAPKAN (LAD)

Kementerian Kewangan melalui 'Surat  Arahan Perbendaharaan ' bertarikh 18 Mac 2011 dan no rujukan S/K.KEW/PK/PP/1100/000000/10/31/ Jld.30 SK.9 (3) telah menerangkan tentang peraturan 'Pembatalan Pengecualian Ganti Rugi Tertentu Dan Ditetapkan (Liquidated Ascertained Damages-LAD).

Antara Kandungan Surat Arahan Perbendaharaan tersebut adalah seperti berikut
  • Kerajaan mendapati sejak kebelakangan ini, projek-projek Kerajaan tidak dilaksanakan dengan memuaskan sepertimana yang ditetapkan dalam kontrak. Ini telah melewatkan penyampaian Kerajaan kepada rakyat dan meningkatkan kos projek, di samping menjejaskan imej Kerajaan. Olehyang demikian, kontraktor yang melaksanakan projek Kerajaan perlu memastikan projek disiapkan mengikut syarat-syarat kontrak yang ditetapkan. Sekiranya kegagalan di pihak kontraktor, kontraktor perlu menanggung risiko ke atas kegagalan pelaksanaan kontrak berkaitan.
  •  Bagi memastikan kontraktor juga mempunyai akauntabiliti ke atas kegagalan pelaksanaan projek disebabkan kesilapan kontraktor, Kerajaan memutuskan kemudahan tidak dikenakan LAD selama 3 bulan yang diberikan kepada kontraktor Bumiputera seperti yang ditetapkan dalam Perenggan 1 4 Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil. 8 Tahun 1995 ditarik balik. Sehubungan dengan itu, Perenggan 14 SPP Bil. 8 Tahun 1995 adalah dibatalkan.
  • Agensi juga diingatkan untuk melaporkan kepada Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sekiranya kontraktor yang dilantik gagal melaksanakan tanggungjawabnya selaras dengan peruntukan kontrak bagi tujuan disenaraihitamkan.
Untuk keterangan lanjut, boleh melayari pautan berikut http://www.treasury.gov.my/pekeliling/sap/sap2011-03-18.pdf

Isnin, 28 Mac 2011

Borang JKR 203 (Rev 1983) vs Borang JKR 203 (Rev 2007)

Borang JKR 203 ialah kontrak yang digunakan untuk perlaksanaan kerja yang berasaskan kaedah konvensional. Kaedah secara konvensional ialah kaedah dimana, kontraktor memasuki kontrak berdasarkan senarai kuantiti atau Bill Of Quantity atau lukisan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Borang JKR 203 yang sedang digunakan sekarang telah mengalami perubahan dari segi kandungan dan syarat-syarat kontrak. Versi yang digunakan sebelum ini ialah Borang JKR 203(Rev 1983). Manakala, versi yang sedang digunapakai ialah versi JKR 203 (Rev 2007).

Terdapat perbezaan ketara antara dua versi dimana, JKR203 (Rev 1983) hanya mengandungi 56 klausa sahaja. Manakala JKR203 (Rev 2007) mengandungi 78 Klausa. JKR203 (Rev 2007) telah digunapakai semenjak tahun 2008 untuk perolehan kontrak-kontrak kerja kerajaan.

Terdapat beberapa klausa-klausa baru yang dimasukkan dalam JKR203(Rev 2007) yang antara adalah seperti berikut:

a) Klausa 2.0 - Contract Period
b) Klausa 7.0 - Contract Sum
c) Klausa 9.0- Representations Warranties And Undertakings Of The Contractor
d) Klausa 10.0- Obligations Of The Contractor
e) Klausa 13.0- Performance Bond/ Performance Sum Guarantee
f) Klausa 22.0 - Design
g) Klausa 44.0 - Claim For Loss And Expense

Kesimpulan, pengenalan kepada klausa-klausa baru dalam penggunaan Borang JKR203 (rev 2007) adalah bertujuan penambahbaikan keatas kontrak JKR 203 (rev 1983) yang digunakan sebelum ini bagi kepentingan melindungi hak-hak pihak kerajaan dan seterusnya kepada pihak kontraktor.

Jumaat, 25 Mac 2011

Kad Hijau @ Green Card CIDB

Program Kad Hijau ialah program keselamatan yang mewajibkan kepada semua personel  binaan menjalani 'Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan ' selama 1 hari. Peserta kursus akan didaftarkan dengan CIDB dan diberikan Kad Hijau. Disamping itu peserta juga akan dibekalkan buku panduan keselamatan serta perlindungan Takaful secara percuma.

Kad Hijau dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja yang terlibat di tapak bina. Tanpa kad hijau mereka tidak dibenarkan untuk memasuki tapak binaan. Melalui kad ini seseorang personel itu dapat dikenalpasti bidang kerja serta tahap kemahiran yang dimilikinya.

Syarat-syarat pemohon kad hijau adalah seperti berikut:
  • Terdiri dari individu yang bekerja di tapak binaan
  • Mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah
  • berumur kurang dari 16 tahun
Semua pemohon kad hijau perlu mengisi 'Borang UPP1' dengan lengkap dan lampirkan dokumen sokongan serta bayaran yang diperlukan. Borang boleh dicetak melalui laman web http://www.cidb.gov.my/ . Hantar permohonan ke pejabat CIDB terdekat. Setelah permohonan diterima, pihak CIDB akan mengatur kursus 'Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan bagi Personel Binaan' selama 1 hari bagi setiap pemohon. Kad Hijau hanya akan diserahkan selepas pemohon menghadiri kursus ini.

Untuk pemohon yang ingin memperbaharui Kad Hijau, ia perlu datang sendiri ke pejabat CIDB dengan membawa Borang UPP1, gambar , salinan kad pengenalan serta bayaran.

Untuk keterangan lanjut, boleh layari laman web CIDB di pautan berikut: http://www.cidb.gov.my/

Khamis, 24 Mac 2011

Imbasan Projek - Masjid Putra, Putrajaya

Masjid Putra adalah masjid yang terletak di dalam kawasan Putrajaya. Masjid Putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya.



Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.

Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid. Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM 250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM 100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.

Isnin, 21 Mac 2011

Hebahan kursus-kursus terkini

Adalah dimaklumkan, pihak NZM Corporate Training Consultant akan menganjurkan kursus-kursus berikut yang akan berlangsung pada bulan April 2011.

(i) KURSUS TATACARA PENGURUSAN PEROLEHAN KERAJAAN SECARA TENDER @ Putra Hotel, Kuala Lumpur ~ 04 April 2011 (Isnin)

(ii) KURSUS PENYEDIAAN ANGGARAN KOS @ Putra Hotel, Kuala Lumpur ~ 05 April 2011 (Selasa)

(iii)  KURSUS TATACARA PEROLEHAN SEBUTHARGA @ Putra Hotel, Kuala Lumpur ~ 25 April 2011 (Isnin)

Untuk sebarang keterangan lanjut, bolehlah melayari lawan web berikut    http://www.nzmctc.com/

Surat Setujuterima @ Letter Of Acceptance (L.A)

Dalam siri rencana yang lepas, sudah disentuh mengenai pengeluaran Surat Niat atau Letter Of Intent. Oleh yang demikian, dalam siri ini pula, akan menyentuh pula mengenai Surat Setujuterima atau Letter Of Acceptance (L.A).

Surat Setujuterima ialah satu surat tawaran secara rasmi yang dikeluarkan oleh pihak klien atau majikan kepada pihak kontraktor  yang berjaya hasil daripada keputusan yang diputuskan oleh Lembaga Perolehan Tender Agensi atau mana-mana Jabatan Kerajaan.

Surat Setujuterima ini mengandungi perkara-perkara seperti harga tawaran, tarikh mula dan siap kerja, tempoh penyiapan, bon pelaksanaan, insuran dan perkara -perkara lain yang dirasakan perlu dinyatakan oleh pihak majikan.

Pengeluaran Surat Setujuterima ini membolehkan kepada pihak kontraktor untuk membuat perancangan bagi membolehkan kerja dapat dijalankan ditapak seperti yang dinyatakan di dalam Surat Setujuterima. Mengikut kebiasaanya, pihak kontraktor diberi tempoh 2 minggu dari tarikh Surat Setujuterima dikeluarkan bagi tujuan persiapan dari semua segi termasuk penyediaan buruh, bahan dan mesin atau logi.

Impilikasi dari segi kontrak, apabila Surat Setujuterima telah dikeluarkan kepada kontraktor dan pihak kontraktor telah bersetuju untuk menerimanya, maka ia telah mewujudkan satu ikatan kontrak secara sah antara dua pihak. Oleh yang demikian, sekiranya, berlaku kemungkiran janji seperti kontraktor enggan memulakan kerja ditapak atau pihak majikan mempunyai masalah-masalah berkaitan peruntukan, maka salah satu pihak berhak untuk membuat tuntutan secara timbangtara atau perundangan.

Surat Setujuterima ini merupakan sebahagian daripada dokumen kontrak yang akan disediakan dalam tempoh masa 4 bulan dari mula kerja ditapak.

Jumaat, 18 Mac 2011

Surat Niat @ Letter Of Intent (LOI)

Surat Niat ialah satu surat dalam bentuk hasrat atau niat yang dikeluarkan oleh pihak klien kepada kontraktor. Surat ini dikeluarkan kerana terdapat perkara-perkara yang masih belum dimuktamadkan seperti syarat-syarat kontrak, lukisan, spesifikasi, tempoh masa penyiapan atau lain-lain perkara sebelum Surat Setujuterima (L.A) dikeluarkan.

Sebagai satu contoh mudah. Katakan dalam satu kontrak pembinaan bangunan 3 tingkat, pihak klien berkehendakan projek tersebut disiapkan dalam tempoh masa 12 bulan. Manakala, kontraktor yang telah dipilih didapati menawarkan tempoh penyiapan selama 18 bulan. Oleh yang demikian, surat niat boleh dikeluarkan bagi mendapat persetujuan kontraktor supaya tempoh penyiapan disingkatkan daripada 18 bulan kepada 12 bulan. Sekiranya, kontraktor tersebut bersetuju, Surat Setujuterima (L.A) akan dikeluarkan.

Pengeluaran Surat Niat ini tidak memberi implikasi dari segi kontrak kerana ia tidak mengikat kontrak antara 2 pihak. Selain itu, tiada pihak yang boleh menuntut kerugian sekiranya terdapat salah satu pihak gagal mematuhi syarat ketika proses pengeluaran Surat Niat berlangsung.

Khamis, 17 Mac 2011

Imbasan Projek - Stadium Shah Alam

Stadium Shah Alam adalah stadium terbesar di negeri Selangor dan yang kedua terbesar selepas Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ia terletak di bahagian timur Daerah Shah Alam. Projek pembinaan stadium ini telah bermula pada tahun 1991 dan siap pada tahun 1994. Ia telah dibuka kepada umum pada 16 Julai 1994. Kos pembinaan stadium ini adalah dianggarkan sebanyak RM 460 Juta. Stadium ini telah direkabentuk oleh perunding Arkitek Hijjaz Kasturi.



Stadium Shah Alam ini boleh menampung 80,000 penonton dalam satu-satu masa. Pembinaan stadium ini meliputi dengan balapan yang boleh mengendalikan perrtandingan olahraga selain daripada menganjurkan perlawanan bola sepak yang melibatkan penyertaan pasukan Selangor mahupun pasukan Kebangsaan Malaysia,

Selasa, 15 Mac 2011

Perumahan di Malaysia : Jual & Buat vs Buat & Jual


Rumah adalah merupakan suatu aset atau pelaburan bernilai kepada setiap pemiliknya. Ia terdiri daripada pelbagai  jenis kategori iaitu dari jenis kos rendah sehinggalah yang bertaraf mewah atau luxury.

Sistem pemilikan hartanah semasa di Malaysia adalah dijalankan secara konsep 'Jual & Buat'. Ia bermaksud pemaju-pemaju yang memperolehi kelulusan lesen daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan melaksanakan proses penjualan unit-unit kediaman terdahulu kepada pembeli-pembeli sebelum unit rumah tersebut akan didirikan. Proses ini berjalan, dimana ketika tandatangan Surat Perjanjian Jual Beli (S&P) antara pembeli dan pemaju dimaktubkan, pihak pembeli dikehendaki membuat bayaran deposit  sebanyak 10% daripada nilai harga rumah. Manakala baki 90% akan diperolehi menerusi pembiyaan yang dibiayai oleh pihak bank atau Perbendaharaan Malaysia. Baki 90%, ini hanya akan dibayar kepada pemaju berdasarkan peringkat-peringkat kemajuan yang telah disahkan oleh perunding Arkitek  Profesional projek tersebut. Penggunaan konsep 'Jual & Buat' ini didapati mempunyai kebaikan dimana ia berupaya membantu pihak pemaju mendapat kecairan duit atau modal hasil daripada pembayaran deposit oleh pembeli atau pembayaran kemajuan daripada pihak pembiaya pembeli. Walaubagaimanapun, amalan semasa yang dijalankan tersebut, juga didapati mempunyai kelemahan terutamannya kepada kepentingan pembeli. Apabila Surat Perjanjian Jual Beli (S&P) telah ditandatangani dan kemudahan pembiayaan telah diperolehi, pihak pembeli adalah mempunyai satu tanggungjawab komitmen untuk membuat bayaran balik samaada melalui kredit di bank atau potongan gaji sehingga tamat pembiyaan. Cara ini dilihat akan mengundangkan masalah, iaitu sekiranya projek tersebut terbengkalai atau pemaju projek tersebut bermasalah, pihak pembeli tetap kena membuat bayaran sehingga tamat tempoh bayaran. Disini, dilihat kepentingan pihak pembeli gagal diselamatkan. Ini kerana saban hari, pihak media cetak atau elektronik kerap memaparkan masalah-masalah projek terbengkalai yang berlaku di tanah air yang akhirnya menjadi mangsa adalah pembeli-pembeli yang tidak berdosa.

Lantaran itu, pihak kerajaan, melalui Kementerian Perumahan Kerajaan Dan Perumahan Tempatan (KPKT) telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan memperkenalkan kaedah 'Buat & Jual'. Dalam kaedah ini, pihak pemaju perlu menyiapkan keseluruhan unit rumah yang hendak dibina sebelum dijual kepada pembeli Kaedah ini telah diperkenalkan pada 13 April 2007, tetapi masih belum dikuatkuasakan sepenuhnya. Kaedah ini adalah suatu cara yang baik, kerana didapati dapat melindungi kepentingan pengguna atau pembeli rumah. Melalui kaedah ini, pihak pembeli dikehendaki untuk membayar sebanyak 10% deposit daripada harga asal rumah apabila Surat Perjanjian Jual Beli (S&P) ditandatangani dan ia akan dimasukkan terus ke dalam akaun HDA atau Akaun Pemaju Perumahan yang dikawalkan sepenuhnya oleh pihak Peguam  Pemaju. Baki 90% daripada harga rumah hanya akan dibayar oleh pembeli apabila sijil siap kerja atau CPC dikeluarkan oleh pihak Arkitek. Daripada tempoh CPC itu keluar, pihak pembeli mempunyai masa 120 hari atau 4 bulan untuk menjelaskan bakinya kepada pemaju. Sekiranya, pihak pembeli sudah membuat pembayaran deposit 10% dan didapati projek tersebut terbengkalai, pihak pembeli berhak untuk membatalkan perjanjian dan mendapatkan kembali deposit 10% yang telah dibayar tersebut. Pengenalan kepada kaedah 'Buat & Jual' didapati dapat membantu melindungi kepentingan pengguna sepenuhnya. Selain itu, hanya pemaju-pemaju yang mempunyai keupayaan pengurusan dan sumber kewangan yang kukuh dikenalpasti dapat melaksanakan mengikut konsep tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat juga akibat 'kontra' akan timbul dari pelaksanaan kaedah ini, iaitu kemungkinan harga rumah akan menjadi bertambah mahal atau tinggi dimana, pihak pemaju akan menetapkan harga rumah termasuk kadar caj faedah yang ditanggungnnya sebelum ini. Ini mungkin akan membebankan kepada pengguna dimana terpaksa membayar harga rumah dengan yang begitu tinggi.

Kesimpulannya, kedua-dua kaedah ini didapati mempunyai kelebihan dan kekurangan. Walaubagaimanapun, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sebagai pihak berkuasa yang memantau perlaksanaan peraturan semasa perlu menjaga kepentingan pembeli kerana merekalah golongan selalu terkena akibat tindakan pihak pemaju yang tidak bertanggungjawab.

Sabtu, 12 Mac 2011

Penyediaan Anggaran Awal Kos

Penyediaan anggaran kos ialah satu proses yang penting dalam perlaksanaan projek. Ia akan disediakan oleh Perunding Ukur Bahan yang bertindak sebagai panduan atau rujukan kepada pihak klien yang bertanggungjawab untuk menyediakan peruntukan dan kepada pihak arkitek yang akan menyediakan rekabentuk bangunan.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan didalam meyediakan anggaran awal iaitu seperti berikut:

(i) Kaedah Unit
(ii) Kaedah Keluasan Lantai (KLK)
(iii) Kaedah Isipadu
(iv) Kaedah Kepungan Tingkat @ Enclosed Storey

Kaedah Unit ialah kaedah yang paling awal digunakan. Ia juga dikenali sebagai anggaran mengikut fungsi bangunan dimana anggaran kos disediakan berdasarkan unit pendudukan. Contoh yang boleh diambil ialah seperti bilangan katil di hospital, bilangan jemaah di masjid, bilangan kerusi penonton di stadium atau pewagam dan bilangan pelajar di sekolah.

Contoh pengiraan adalah seperti berikut
Katakan kos per jemaah dalam pembinaan sesuatu masjid ialah RM 1,000.00 per jemaah. Kapasiti masjid yang hendak dibina ialah untuk menampung seramai 500 orang. Jadi kos anggaran awal berpandukan kaedah unit ialah dengan RM 1,000.00 x 500 orang =RM 500,000.00

Kebaikan daripada penggunaan kaedah ini ialah ia pantas dan mudah difahami, boleh disediakan tanpa perlu menyediakan lukisan awalan dan data projek lepas mudah diperolehi. Walaubagaimanapun, keburukan untuk penggunaan kaedah ini ialah ia tidak begitu tepat dan tidak mengambilkira keseluruhan rekabentuk bangunan.

Kaedah Keluasan Lantai (KLK)   ialah yang menggunakan keluasan lantai keatas bangunan yang hendak dibina.
Contoh dimensi pengiraan adalah seperti berikut. Katakan, kuantiti keluasan lantai (P x L) adalah 500m2 dan kos per/m2 adalah RM 1,000.00. Jadi anggaran kos ialah RM 1000.00 x 500m2 = RM 500,000.00

Kebaikan daripada penggunaan kaedah ini ialah ia mudah dan meluas digunakan, mudah difahami pihak klien dan data projek lepas yang sama rekabentuk mudah diperolehi. Manakala, keburukan kaedah ini, ia tidak mengambilkira akan tinggi bangunan yang hendak dibina dan item-item seperti kerja-kerja luar dan piling kena dikira berasingan.

Kaedah Isipadu ialah kaedah yang mengambil kira panjang, lebar dan ketinggian sesuatu bangunan ketika membuat anggaran. Contoh pengiraan adalah dengan merujuk lampiran di bawah.
Kebaikan daripada penggunaan kaedah ini ialah ia mudah disediakan. Keburukan kaedah ini, ia tidak mengambilkira item-item seperti kerja-kerja luar dan piling kena dikira berasingan.

Kaedah Kepungan @ Enclosed Storey ialah kaedah anggaran yang mengambil kira perubahan-perubahan rekabentuk pelan dan tinggi tingkat bangunan. Sama seperti keluasan lantai, cuma ia ditambah dengan keluasan dinding luar dan bumbung dengan nilai pemberat @ weightage bagi melambangkan keadaan sebenar rekabentuk. Contoh pengiraan kaedah ini adalah merujuk kepada contoh berikut:

(samb) dibawah

















Kebaikan daripada menggunakan kaedah ini ialah lebih tepat berbanding 3 kaedah yang dinyatakan tadi dan telah mengambil kira faktor rekabentuk.Ia juga boleh menunjukkan kos bagi keputusan rekabentuk yang berlainan diperingkat awal proses rekabentuk. Manakala keburukannya, ialah data harga lepas sukar diperolehi dan ia tidak mengambil kira iatem-item asing seperti external works dan kerja-kerja piling.

Selasa, 8 Mac 2011

Pihak-pihak Yang Terlibat Di Dalam Industri Pembinaan

Projek ialah satu proses atau aktiviti yang melibatkan gabungan penggunaan sumber manusia dan bahan-bahan bagi tujuan untuk menyiapkan sesuatu kerja. Terdapat dua peringkat utama dalam perlaksanaan projek iaitu pra-kontrak dan pasca kontrak.

Peringkat pra kontrak adalah melibatkan aktiviti dari mula projek termasuk proses rekabentuk sehingga proses tender. Manakala peringkat pasca kontrak adalah melibatkan dari proses penyerahan tapak sehingga proses pengeluaran perakaun muktamad.

Terdapat pelbagai pihak yang terlibat dalam perlaksanaan sesuatu projek yang boleh dikategorikan sebagai pihak utama atau key players dan pihak sampingan.

Pihak utama ini terdiri daripada pihak-pihak seperti Klien, Arkitek, Jurutera Awam & Struktur, Jurutera Mekanikal & Elektrikal, Juruukur Bahan dan Kontraktor. Manakala pihak-pihak sampingan iaitu pihak yang terlibat secara tak langsung terdiri seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),  Pembekal, Institusi Kewangan dan Lain-Lain.

Pihak-pihak utama seperti yang dinyatakan tadi, merupakan pihak yang penting dan menjadi kunci kejayaan kepada pelaksanaan sesuatu projek. Ringkasan tanggungjawab pihak-pihak tersebut adalah diringkaskan seperti berikut:

(i) Pihak Klien.

Pihak klien atau gunawan, adalah pihak yang juga dikenali sebagai pemilik atau pemunya. Ia  bertanggungjawab untuk menyediakan peruntukan atau bajet. Pihak klien ini boleh terdiri daripada pihak kerajaan atau swasta. Pihak klien ini mempunyai objektif utama iaitu  mana-mana projek yang dijalankan hendaklah disiapkan dalam masa ditetapkan dan tanpa ada kelewatan serta pertambahan kos. Selain itu  kualiti kerja yang diperolehi mestilah dalam keadaan yang sempurna.

(ii) Pihak Arkitek

Pihak arkitek adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan rekabentuk bangunan berdasarkan peruntukan dan kehendak yang disediakan oleh klien. Ia juga akan bertindak mengawasi perlaksanaan projek daripada tarikh milik tapak sehingga berakhirnya tempoh kecacatan kerja (DLP).

(iii) Pihak Jurutera Awam & Struktur

Pihak Jurutera Awan & Struktur adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan rekabentuk struktur bangunan tersebut berdasarkan lukisan-lukisan yang dikeluarkan oleh pihak arkitek. Selain itu, ia juga bertindak untuk mengawasi dari segi perlaksanaan kerja-kerja yang melibatkan pembinaan struktur sepanjang tempoh pembinaan.

(iv) Pihak Jurutera Mekanikal & Elektrikal

Pihak Jurutera Mekanikal & Elektrikal adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menyediakan rekabentuk keperluan mekanikal dan elektrikal berdasarkan lukisan-lukisan yang dikeluarkan oleh pihak arkitek. Selain itu, ia juga bertindak untuk mengawasi dari segi perlaksanaan kerja-kerja yang melibatkan mekanikal dan elektrikal sepanjang tempoh pembinaan.

(v) Pihak Juruukur Bahan

Pihak Juruukur Bahan adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskan pentadbiran kontrak daripada mula projek sehinggalah berakhir tempoh kecacatan kerja (DLP) termasuklah kerja penyediaan Senarai Kuantiti (BQ), Laporan Penilaian Tender, Pembayaran Interim, Pengurusan Perubahan Kerja (VO) dan Pengeluaraan Perakuan Muktamad Kerja. Selain itu, ia juga bertindak untuk menasihatkan klien dari segi kewangan bagi mengelakkan kos projek menjadi bertambah berbanding dengan peruntukan asal

(v) Pihak Kontraktor

Pihak kontraktor ialah pihak yang telah dilantik oleh pihak klien menerusi proses penilaian tender yang dijalankan oleh Perunding Ukur Bahan. Ia adalah bertanggungjawab untuk menyiapkan kerja berdasarkan tawaran harga yang diterima dan tempoh masa yang ditetapkan berdasarkan lukisan-lukisan yang dikeluarkan oleh pihak arkitek dan jurutera. Sekiranya, pihak kontraktor gagal menyiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan tanpa alasan yang munasabah. Besar kemungkinan, ia akan dikenakan tindakan denda LAD atau penamatan kerja.

Pihak-pihak lain atau sampingan yang berada di dalam industri pembinaan juga adalah pihak yang terbabit secara tak langsung dan saling berkait antara satu sama lain. Antara pihak-pihak lain tersebut adalah seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Institusi Kewangan dan Pembekal.

Contohnya seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah/ Perbandaran, Syarikat Air, Bomba, Tenaga Nasional, Telekom atau Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berperanan supaya projek yang akan dijalankan dapat dilaksanakan mengikut peraturan dan tidak menggangu kepentingan awam. Manakala, pihak insititusi kewangan seperti pihak bank atau syarikat insuran berperanan untuk menawarkan pembiyaan darisegi  kewangan agar pihak kontraktor dapat meneruskan projek tanpa gangguan kewangan. Pihak pembekal pula, ialah pihak yang bertanggungjawab untuk membekal keperluan bahan dan mesin kepada kontraktor agar perlaksanaan kerja di tapak juga akan berjalan lancar.

Kesimpulannya, penglibatan ramai pihak yang merangkumi pihak-pihak utama dan pihak sampingan akan menjadikan perlaksanaan sesuatu projek tersebut perlu dikendalikan secara profesional. Ini adalah kerana untuk mengelakkan timbul sebarang masalah.

Ahad, 6 Mac 2011

Kerjaya Ukur Bahan (QS)



Ukur Bahan atau Quantity Surverying adalah salah satu bidang yang penting di dalam industri pembinaan. Ia adalah berdiri sebaris dengan profesional-profesional lain seperti Arkitek, Jurutera Awam, Mekanikal dan Elektrikal.

Di Malaysia, terdapat pelbagai pusat pengajian tinggi (IPTA) yang menawarkan kursus jurusan ukur bahan bermula daripada peringkat sijil sehinggalah ke peringkat ijazah pertama. Antara pusat pengajian tinggi yang menawarkan jurusan ukur bahan ini adalah seperti Politeknik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kolej Tuanku Abdul Rahman (KTAR).

Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) kurang mengetahui prospek kerjaya ukur bahan berbanding dengan profesion lain seperti Arkitek, Jurutera, Akauntan atau Doktor.

Di dalam rencana ini, akan mencatatkan serba ringkas tentang tugas-tugas seorang juruukur bahan dan bidang kerjaya selepas tamat pengajian di pusat pengajian tinggi..

Seorang jurukur bahan atau QS berperanan menjadi seorang penasihat dan berkebolehan untuk menasihat pihak klien dari segi perancangan serta kawalan kos projek serta pentadbiran kontrak. Tugas seorang Jurukur Bahan adalah bermula dari proses Kajian Kemungkinan atau Feasibilty Studies sehinggalah penyediaan Akaun Muktamad.

Walaubagaimanapun, tugas-tugas hakiki seorang Juruukur Bahan itu adalah berbeza selepas ia menamatkan pengajian berdasarkan cabang pekerjaan yang akan disertainya. Ini adalahlah kerana, apabila sesorang Juruukur Bahan itu menamatkan pengajian, ia boleh bekerja di sektor awam, perunding, kontraktor atau pemaju. Setiap cabang pekerjaan ini mempunyai perbezaan yang ketara yang diringkaskan dalam jadual berikut.


Bil
Perunding
Kontraktor
1
Menyediakan anggaran awalan kos projek
Menyediakan harga untuk tawaran tender yang disertai
2
Menyediakan senarai kuantiti (BQ) berdasarkan lukisan yang disediakan oleh pihak Arkitek dan Jurutera
Menyediakan butiran tuntutan bayaran interim kepada pihak klien
3
Menyediakan naskah dokumen tender
Menguruskan perlantikan subkontraktor-subkontraktor domestik
4
Menyediakan laporan penilaian tender
Menyediakan perakuan bayaran interim kepada subkontraktor domestik
5
Menyediakan dokumen bayaran interim

6
Menyediakan dokumen  perubahan kerja

7
Menyediakan penyata akaun muktamad projek


Bil

Kerajaan
Pemaju
1
Menguruskan proses perlantikan perunding-perunding seperti arkitek, Ukur Bahan dan Jurutera Awam, Mekanikal dan Elektrikal
Menguruskan proses perlantikan perunding-perunding seperti arkitek, Ukur Bahan dan Jurutera Awam, Mekanikal dan Elektrikal
2
Menyediakan senarai kuantiti (BQ) berdasarkan lukisan yang disediakan oleh pihak Arkitek dan Jurutera (untuk projek in-house)
Menyemak senarai kuantiti (BQ) yang disediakan oleh pihak Arkitek dan Jurutera
3
Menyediakan naskah dokumen tender (untuk projek in-house) atau menyemak naskah dokumen tender yang disediakan oleh perunding
Menyemak naskah dokumen tender yang disediakan oleh perunding
4
Menguruskan proses panggil tender termasuk taklimat lawat tapak
Menguruskan proses panggil tender termasuk taklimat lawat tapak
5
Menyediakan laporan penilaian tender (untuk projek in-house)atau menyemak laporan penilaian tender yang disediakan oleh perunding
Menyemak laporan penilaian tender yang disediakan oleh perunding
6
Menyediakan sijil perakuan bayaran interim (untuk projek in-house)atau menyemak perakuan bayaran interim yang disediakan oleh perunding
Menyemak perakuan bayaran interim yang disediakan oleh perunding
7
Menguruskan mesyuarat Perubahan Kerja (V.O)
Menguruskan mesyuarat Perubahan Kerja (V.O)
8
Menyediakan sijil perakuan bayaran muktamad (untuk projek in-house)atau menyemak perakuan bayaran muktamad yang disediakan oleh perunding
Menyemak perakuan bayaran muktamad yang disediakan oleh perunding
9
Menyemak tuntutan bayaran daripada pihak perunding
Menyemak tuntutan bayaran daripada pihak perunding
10
Menguruskan pengeluaran sijil perakuan-perakuan seperti EOT, CPC, CNC, CMGD
Menguruskan pengeluaran sijil perakuan-perakuan seperti EOT, CPC, CNC, CMGD

Semoga maklumat yang dipaparkan secara ringkas di atas dapat membantu kepada para pelajar lepasan -lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk mendapatkan maklumat berkaitan profesion serta kerjaya seorang Juruukur Bahan

Jumaat, 4 Mac 2011

JADUAL PENYEDIAAN ANGGARAN HARGA KONKRIT (MAKLUMAT UNTUK DIJUAL)

Penyediaan anggaran harga untuk konkrit akan menjadi lebih mudah dengan hanya memasukkan kuantiti konkrit di dalam jadual yang disediakan. Gred konkrit yang boleh digunakan adalah dari Grade 10 sehingga Grade 50.
Hanya dengan memasukkan data kuantiti konkrit ke dalam jadual tersebut, pengiraan bahan-bahan yang terkandung di dalam konkrit seperti simen, pasir dan aggragate akan dikira secara automatik.
Penggunaan jadual ini sangat berguna kepada mereka yang berada di dalam sektor pembinaan seperti kontraktor, perunding, pemaju, pelajar IPTA dan orang awam.
Jadual ini telah dibangunkan khas melalui perisian ‘microsoft excel’ dengan merujuk kepada contoh berikut:
Rajah 1 - Jadual kosong sebelum   kuantiti dimasukkan








Rajah 2 : Jadual yang telah dimasukkan kuantiti





















Rajah 3 : :  Ringkasan jumlah kuantiti bahan-bahan yang terdapat di dalam konkrit





Harga untuk mendapatkan jadual ini adalah sebanyak RM 10.00 sahaja. Pembayaran bolehlah dibuat melalui akaun Maybank di Maybank2u.com. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, sila hubungi saya melalui alamat e-mail: norazilan@jpphb.upsi.edu.my untuk keterangan lanjut

Rabu, 2 Mac 2011

Imbasan Projek- Stadium Bukit Jalil

Stadium Nasional Bukit Jalil adalah merupakan stadium rasmi dan kebanggaan bagi negara Malaysia. Ia telah mengambil alih peranan sebagai stadium nasional kebangsaan yang sebelum ini berkedudukan di Stadium Merdeka.

Lokasi stadium ini terletak di kawasan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ia merupakan lokasi yang strategik dan menarik kerana di lengkapi dengan kemudahan-kemudahan moden seperti sistem pengangkutan LRT dan berhampiran dengan Lebuhraya Seremban - Kuala Lumpur.

Pembinaan stadium ini telah bermula pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1997. Kontraktor pelaksana projek ini ialah United Engineers Malaysia Berhad (UEM). 

Stadium ini telah dibuka secara rasmi kepada umum ketika perasmian Sukan Komanwel 1998 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur. Kapasiti tempat duduk stadium ini ialah seramai 100,000 penonton. Mengikut fakta, stadium ini merupakan stadium yang ke 25 terbesar di dunia. Stadium ini sering digunakan untuk perlawanan-perlawanan penting yang melibatkan pasukan Malaysia seperti kejohanan Piala Suzuki AFF, perlawanan persahabatan diantara pasukan Malaysia dan pasukan-pasukan luar.

Selain itu, Stadium Nasional Bukit Jalil ini juga sering digunakan untuk menganjurkan perlawanan kejohanan-kejohanan utama bola sepak tempatan seperti Final Piala Malaysia, Piala FA dan juga Piala Sumbangsih.

Rekabentuk dan ciri-ciri stadium ini ialah seperti berikut:
(i) Stadium ini berbentuk elips dan bentuk mangkuknya yang klasik dihasilkan dan ditonjolkan oleh pertindanan tiga barisan tempat duduk. Bumbung membran ini menutupi 38,000 meter persegi

(ii).Stadium ini telah menggabungkan sistem bunyi yang dinamik untuk menyiarkan muzik dan pesanan. Sistem lampu sorot yang telah dipraprogramkan menggunakan lampu halida logam untuk menyumbangkan tahap pencahayaan sehingga 1500 lux yang sesuai untuk liputan TV.

Kesimpulannya, pembinaan stadium ini telah berjaya membawa imej positif kepada Malaysia di mata dunia ,  kerana kemudahan yang disediakan adalah bertaraf moden dan setanding dengan kemudahan yang terdapat negara luar serta disokong oleh kelengkapan prasarana. Kelengkapan prasarana dilihat  akan memudahkan  para peminat atau penonton untuk hadir ke stadium menyokong pasukan Malaysia ketika beraksi

Selasa, 1 Mac 2011

Sepintas Lalu - Kontraktor Kelas F di Malaysia

Tahukah anda, menurut statistik pendaftaran terkini yang dipetik dari laman web Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Kementerian Kerja Raya Malaysia, menunjukkan bilangan kontraktor yang berdaftar dengan pusat pendaftaran tersebut adalah sebanyak 41,110 buah syarikat. Bilangan tersebut terperincikan seperti berikut:

Kelas Pendaftaran Kontraktor
 Bilangan Syarikat (Nos) 
Peratus (%)
Kelas A
            2,233
              5.43
Kelas B
            1,223
              2.97
Kelas C
            2,067
              5.03
Kelas D
            4,314
            10.49
Kelas E
            2,501
              6.08
Kelas F
          28,772
            69.99
Jumlah
          41,110
         100.00


Merujuk kepada statistik di atas, menunjukkan kontraktor Kelas F adalah kelas kontraktor yang teramai dengan pendaftaran sebanyak 28,772 syarikat berbanding dengan jumlah keseluruhan sebanyak 41,110 . Ini mewakili sebanyak 70% daripada peratus keseluruhan.

Cuba anda bayangkan, dengan bilangan yang begitu besar ini iaitu sebanyak 70%, bagaimanakah mereka-mereka ini untuk merebut peluang projek-projek yang ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan sepanjang tahun.