LIVE DARI MASJIDIL HARAM


I made this widget at MyFlashFetish.com.

LIVE FROM MASJIDIL HARAM

TABUNG 1

Ahad, 15 Januari 2012

Kadar Harga Sub-Kontrak mengikut Elemen

Gambaran: Kontraktor Utama Menyediakan 'Material' Konkrit di tapak dan kerja membancuh konkrit dilaksanakan sub kontraktor mengikut trade yang dilantik 

Dalam pelaksanaan kerja di tapak, pihak kontraktor boleh menggunakan beberapa kaedah bagi menyiapkan kerja-kerja tersebut, yang diantaranya seperti berikut:
  • Mendapatkan harga daripada pihak sub kontraktor yang akan melaksanakan kerja secara keseluruhan yang merangkumi kos buruh, loji dan bahan. Ia juga dikenali sebagai 'total sub', dimana kontraktor utama tidak perlu memikirkan tentang bagaimana nak mencari sumber buruh, loji dan bahan-bahan di luar bagi melaksanakan kerja ditapak.
  • Menyediakan bahan, loji  dan mencari buruh atau man power diluar mengikut trade bagi melaksanakan kerja-kerja ditapak. Sebagai contohnya untuk pelaksanaan kerja-kerja memasang besi tetulang, kontraktor utama akan membeli dan menyediakan bahan 'besi tetulang' di tapak, dan seterusnya, kerja-kerja pemasangan tersebut akan dijalankan oleh sub kontraktor mengikut trade yang dilantik
Contoh-contoh kadar harga untuk sub kontraktor mengikut elemen atau trade ada dilampirkan seperti berikut. Walaubagaimanapun ia hanyalah sebagai panduan kepada para kontraktor yang bercadang menggunakan kaedah menyediakan bahan-bahan ditapak dan kerja-kerja ditapak dilakukakan oleh sub kontraktor yang dilantik.

Jenis Buruh
Unit
Kadar Harga (RM)
Kerja konkrit sub struktur
·      Hois – Bancuhan di tapak
·      Hois – Siap bancuh
·      Kren – Bancuhan ditapak
·      Kren- Siap Bancuh
·      Pam – Bancuhan ditapak
·      Pam – Siap Bancuh

m3
m3
m3
m3
m3
m3

26.00
23.00
27.00
22.00
27.00
25.00
Kerja konkrit super struktur
·      Hois – Bancuhan di tapak
·      Hois – Siap bancuh
·      Kren – Bancuhan ditapak
·      Kren- Siap Bancuh
·      Pam – Bancuhan ditapak
·      Pam – Siap Bancuh

m3
m3
m3
m3
m3
m3

30.00
27.00
31.00
22.00
27.00
26.00
Kerja Bata
m2
8.50
·         Kerja Kayu – Kerangka biasa
·         Kerja Kayu – Struktur Kayu
tone
tone
13.00
445.00
Genting bumbung konkrit
m2
6.80
Kerja besi tetulang
·         6mm -12mm garis pusat
·         15mm – 32mm garis pusat

tone
tone

365.00
365.00
Kerja plaster simen render
m2
6.30
Kerja Plaster
·         Dinding Dalam
·         Dinding Luar

m2
m2

8.90
8.20
Kerja memasang jubin
m2
21.00
Kerja Mengecat
·         Dinding Dalam
·         Dinding Luar

m2
m2

2.50
2.40

Tiada ulasan: