Current Visitor

Sabtu, 4 Februari 2012

Faktor-faktor Kejayaan Kontraktor Dalam Memenangi Tender

Ini sekadar pandangan bebas berdasarkan analisa-analisa terhadap kontraktor yang berjaya memenangi tender dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

  1. Mempunyai pengalaman kerja yang serupa dengan kerja yang akan ditawarkan
  2. Mempunyai prestasi kerja yang baik bagi projek-projek sebelum ini
  3. Pejabat atau lokasi petender terletak berhampiran dengan kawasan yang akan dilaksanakan projek kelak
  4. Mempunyai tenaga pekerja dan teknikal yang mencukupi
  5. Mempunyai keupayaan loji dan mesin yang mencukupi seperti lori, backhoe, mixer dan lain-lain
  6. Mempunyai keupayaan kewangan yang tinggi dari segi pemilikan aset dan kecairan wang   
  7. Melengkapkan segala keperluan memasuki tender seperti mengisi 'borang tender' 
  8. Tidak mempunyai bilangan kerja semasa yang banyak ketika tender ditutup
  9. Tempoh pendaftaran syarikat bersama Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) masih sah

1 ulasan:

rubi berkata...

untuk projek private, walaupun dh ade provision dlm pam 2006 tuk mengatasi masalah late payment, nape ade lagi berlaku masalah late payment? diharap sudi bg cadangan...