Current Visitor

Jumaat, 20 April 2012

Info Buku ~ Anggaran Kos Kerja Bangunan (Berdasarkan SMM 2)


Tajuk          : Anggaran Kos Kerja Bangunan (Berdasarkan SMM 2)
Pengarang   : Ahamad Abdullah
Penerbit      : Prentice Hall
Sinopsis ~

Buku ini disediakan sebagai teks rujukan khusus untuk pelajar-pelajar program Ukur Bahan, pengurusan pembinaan, ukur bangunan, senibina dan kejuruteraan awam.

Kandungan buku ini mengambil kira silibus untuk kursus anggaran kos bangunan di semua IPTA Malaysia. Ia juga boleh dijadikan bahan rujukan untuk para kontraktor, perunding, pemaju atau orang awam yang berkaitan.

Buku ini dimulakan dengan penerangan tentang kontraktor, prinsip-prinsip anggaran kos dan pengurusan sumber di tapak bina. Seterusnya penyediaan anggaran kos dibincangkan dengan terperinci dengan menunjukkan contoh analisis harga dan kadar harga  umtuk hampir semua jenis kerja dalam pembinaan sesebuah bangunan.

Perbincangan anggaran kos ini termasuk juga penerangan cara pengukuran kerja yang berdasarkan kehendak SMM 2 dan cara pembinaan kerja berkenaan untuk membantu pelajar menyediakan kadar harga yang betul. Bahagian akhir buku ini adalah berkenaan cara meletak harga dalam dokumen tender dan perihal penyerahan dokumen tersebut untuk pertimbangan klien seterusnya.

Penerangan dalam Bahasa Melayu yang mudah beserta denga rajah, jadual dan contoh kerja yang mencukupiakan lebih memudahkan pemahaman pelajar tentang tajuk yang dibincangkan. Bagaimana penerangan untuk item dalam contoh-contoh kerja dituliskan dalam Bahasa Inggersi supaya pelajar dapat membiasakan diri dengan amalan sebenar dalam industri pembinaan pada masa kini.

3 ulasan: