Current Visitor

Rabu, 26 September 2012

Info Buku : Pengurusan Projek Pembinaan

PengarangMohd Saidin MisnanAbdul Hakim MohammedMat Naim Abdullah
Penerbit: Penerbit UTM

SINOPSIS


Industri pembinaan di Malaysia telah mencapai tahap yang boleh dibanggakan dalam pembangunan ekonomi negara. Keberkesanan dan kecekapan merupakan dua faktor utama yang saling mempunyai perkaitan antara satu sama lain dalam menilai kejayaan sesebuah organisasi. Pada umumnya, 'keberkesanan' merujuk kepada pencapaian objektif, manakala 'kecekapan' pula mencerminkan jumlah masukan atau sumber (seperti masa, kos, dan tenaga) yang diguna bagi melaksanakan sesuatu kerja. Keseimbangan antara keberkesanan dan kecekapan amat penting untuk mencapai objektif pengurusan. Dalam usaha meningkatkan daya saing kontraktor Malaysia khususnya untuk penglibatan projek di luar negara, sektor kerajaan dan swasta perlu berkerjasama supaya dapat terus bersaing di pasaran global. Pengurusan projek amat penting dalam sesuatu projek pembinaan. Pengurusan yang baik akan memberi kesan yang positif, iaitu projek dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan, kualiti akan lebih terjamin, dan kos dapat dikurangkan. Oleh itu, pengurusan yang berkualiti dan efektif perlu dikendalikan oleh pakar yang dikenali sebagai pengurus projek. Tugas utamanya memastikan projek berjalan mengikut masa dan jadual yang telah ditentukan. Di samping itu, pengurus projek juga mesti menilai kualiti projek dan menyelaraskan kos selaras dengan bajet yang ditetapkan.
Buku ini sesuai sebagai rujukan oleh pengurus projek, pengurus fasiliti, jurutera, pengurus pembinaan, juruukur bahan, penuntut institusi pengajian tinggi, pegawai kerajaan, kontraktor binaan dan mereka yang ingin mendalami pengetahuan dalam industri pembinaan.

KANDUNGAN

Prakata
Senarai Singkatan

BAB 1 INDUSTRI PEMBINAAN
Pengenalan
Fragmentasi dalam Industri Pembinaan
Ciri-ciri Projek Pembinaan
Pembangunan dan Pengawalan
Bilangan Kontraktor
Jumlah dan Jenis Kontraktor yang Dianugerahi
Kesimpulan

BAB 2 PROJEK PEMBINAAN
Pengenalan
Fasa Konsep
Fasa Reka Bentuk
Fasa Tender
Fasa Pembinaan
Fasa Penyerahan
Kesimpulan

BAB 3 PENGURUSAN PROJEK
Pengenalan Sektor Pembinaan
Kategori Binaan
Keperluan Modal
Projek Pembinaan
Pengurusan Projek
Evolusi Pengurusan Projek dalam Sektor Pembinaan
Rasional Pengurusan Projek dalam Sektor Pembinaan
Kaedah Reka dan Bina
Pengurusan Projek: Kelayakan, Fungsi dan Peranan
Kepentingan Pengurusan Projek dalam Sektor Pembinaan
Konsep Asas Sistem Pengawalan Projek
Kesimpulan

BAB 4 PENGURUSAN MASA
Pengenalan
Perancangan
Perancangan Projek
Jenis Perancangan
Kepentingan Perancangan Projek
Fungsi Perancangan Projek
Proses Perancangan Projek Pembinaan
Program Penjadualan
Carta Bar
Kaedah Laluan Genting
Apungan
Garisan Imbangan
Contoh Penggunaan Teknik Perancangan
Kesimpulan

BAB 5 PENGURUSAN KOS
Pengenalan
Kos
Anggaran
Sumber untuk Mendapatkan Maklumat Kos
Kesimpulan

BAB 6 PENGURUSAN KUALITI
Pengenalan
Definisi Kualiti
Latar Belakang ISO 9000
Keperluan Terhadap MS ISO 9001:2000
Prinsip Pengurusan Kualiti
Elemen Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9000
Pelaksanaan ISO 9000 dalam Firma dan Projek Pembinaan
Penyediaan Pelan Kualiti Projek (PQP)
Kesimpulan

BAB 7 PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN
Pengenalan
Kemalangan
Teori Kemalangan
Senario Kemalangan
Jenis Kemalangan
Punca Kemalangan
Keselamatan di Tapak Binaan
Kesimpulan

BAB 8 PROJEK KASTAM, IMIGRESEN DAN KUARANTIN
Pengenalan
Latar Belakang Projek Kastam, Imigresen dan Kuarantin
Pengurusan Projek Kastam, Imigresen dan Kuarantin
Pengurusan Kos
Pengurusan Masa
Sistem Pengurusan Kualiti
Sistem Pengurusan Dokumen Pembinaan Secara Berkomputer
Sistem Pengurusan Keselamatan dan Alam Sekitar
Kesimpulan

Sekiranya berminat memiliki buku ini: sila emailkan pertanyaan kepada chee_lin@yahoo.com

5 ulasan: