Current Visitor

Selasa, 11 September 2012

Info Buku: Reka Bentuk Struktur Rumah Banglo Dua Tingkat Konkrit Bertetulang


Tajuk : Reka Bentuk Struktur Rumah Banglo Dua Tingkat Konkrit Bertetulang 
Pengarang : Badarol Hisham Abu Bakar 
Penerbit : Penerbit USM 
ISBN : 978-983-861-319-3 
Tahun Terbit : 2007 

Sinopsis:

Buku ini menggariskan tentang analisis dan reka bentuk struktur konkrit bertetulang berdasarkan struktur sebuah banglo dua tingkat. Maklumat awal, anggapan-anggapan serta pertimbangan dalam reka bentuk dibincangkan dalam bab-bab yang awal untuk memudahkan pembaca memahami buku ini. Di samping itu, sebelum proses reka bentuk bermula, analisis anggota struktur dilakukan dengan mengambil kira beban dan bahan yang telah ditetapkan. Nilai yang penting dalam reka bentuk ialah momen dan daya ricih setiap anggota struktur. Elemen struktur yang direka bentuk ialah rasuk (rasuk segi empat, rasuk L dan rasuk T), lantai, tiang dan tangga. Pengiraan yang diperlukan untuk setiap elemen struktur dalam reka bentuk ditunjukkan dengan jelas serta dibantu dengan lukisan-lukisan lakaran. Di samping itu, bilangan tetulang dan kedudukannya ditandakan dengan jelas dalam lukisan-lukisan struktur untuk memudahkan pembaca faham tentang susun atur tetulang dalam struktur konkrit. Pembaca juga dibekalkan dengan lukisan arkitek untuk memberikan gambaran menyeluruh kerangka bangunan serta pemilihan struktur-struktur tertentu yang direka bentuk berdasarkan struktur yang paling kritikal.

0 ulasan: