Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Jumaat, 28 Disember 2012

Hebahan Kursus Asas Perolehan (Februari 2013)

Dynamic Excellent Consultancy akan menganjurkan kursus seperti berikut: 

Tajuk :                           Kursus Asas Pengurusan Perolehan
Tarikh :                          14 Mac 2013 (Khamis)
Venue :                          Bilik Seminar 1, Politeknik Sultan Azlan Shah , Tanjong Malim
Yuran Penyertaan :         RM 350.00 (tidak termasuk penginapan)

Tentatif:

08.30 am - 9.00 am               - Pendaftaran

09.00 am - 10.30 am             - Pengenalan, Jenis-jenis Perolehan & Kelas PendaftaranKontraktor
10.30 am - 10.45 am             - Rehat / Minum Pagi
10.45 am - 12.30 pm             - Kaedah-kaedah Perolehan
12.30 pm - 02.30 pm             - Rehat/ Makan Tengahhari
02.30 pm - 03.30 pm             - Kaedah Perolehan (sam'b)
03.30 pm - 03.45 pm             - Rehat / Minum Petang
03.45 pm - 04.45 pm             - Faktor kegagalan Kontraktor Didlm Penyediaan Laporan Tender 
04.45 pm - 05.00 pm             - Penyampaian Sijil dan Tamat Kursus


Sebarang pertanyaan, sila hubungi 012- 387 5655 / 019-276 5145 / 012 698 7797 atau fax kepada 
05-459 0905 atau layari http://dynamicexcellent.blogspot.com/  atau email chee_lin@yahoo.com

Untuk mendapatkan borang penyertaan, sila download di pautan berikut : KLIK SINI

Isnin, 24 Disember 2012

Jadual Gred Berdaftar Dan Sekatan Menender


Info Buku : Perancangan & Penilaian Projek Pembangunan

Pengarang : Ahmad Mahdzan Ayob
Penerbit : Penerbit UPSI


Isi Kandungan
  • Pembangunan Ekonomi dan Matlamatnya
  • Kitaran Projek
  • Kos dan Faedah Projek
  • Ukuran Keberuntungan Projek
  • Analisis Kewangan
  • Analisis Ekonomi terhadap Projek
  • Keperluan data Dalam Perancangan
  • Pengurusan Projek
  • Teknik-Teknik Pelaksanaan Projek
  • Pemantauan dan Penilaian
Sekiranya berminat untuk mendapat buku ini : sila email kepada chee_lin@yahoo.com

Jumaat, 14 Disember 2012

Hebahan ~ Pertukaran ibu pejabat CIDB dari Grand Season ke Menara PWTC


Selasa, 11 Disember 2012

Info Ringkas Teknikal~ Kuantiti Penggunaan Simen

Tahukah anda? Untuk 1m3 konkrit ia memerlukan penggunaan simen sebanyak 28 kampit. Harga semasa 1 kampit simen bersamaan RM 17.50.

Info Buku: Undang-Undang Tort Dalam Industri Binaan Di Malaysia

Penerbit: Dewan Bahasa Dan Pustakan
Pengarang : Zaleha Sa'adon


Buku Undang-undang Tort dalam Industri Binaan di Malaysia ini telah disusun dengan harapan pembaca dapat memahami kaitan antara undang-undang tort dengan industri binaan. Prinsip undang-undang trot telah diterangkan di bawah beberapa tajuk utama dengan merujuk pada prinsip undang-undang dan keputusan mahkamah dalam beberapa kes. Perbincangan mengenai undang-undang tort telah dilakukan setakat yang sesuai dengan persekitaran industri binaan. Setiap tajuk dibincangkan dengan mengaitkan persoalan dalam tajuk berkenaan dengan peruntukan dibawah Borang JKR203A 10/83 untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai kaitan liabiliti tort dengan industri binaan. Peruntukan di bawah Borang Standard PAM 1998 setakat yang relevan, juga dilampirkan untuk membolehkan pembaca memahami kontrak binaan persendirian. Penulis berharap agar buku ini dapat membantu pelajar, pensyarah, juruukur bahan, jurutera, arkitek dan individu yang berkaitan dengan industri binaan untuk memahami liabiliti tort dalam industri binaan. Pengetahuan ini penting kerana apabila prinsip atau peraturan yang ditetapkan diterima pakai, maka amalan dalam industri binaan akan selari dengan kehendak undang-undang. Secara tidak langsung matlamat majikan untuk mengurangkan kemalangan di tempat kerja akan tercapai di samping dapat mengurangkan perbelanjaan pampasan yang perlu dibayar kepada pekerja akibat kecederaan dan sekali gus memelihara kebajikan pekerja.

Jumaat, 7 Disember 2012

IKLAN JAWATAN KOSONG ~ JURUUKUR BAHAN (QS)


Sebuah firma Perunding Ukur Bahan yang beroperasi di Melawati, sedang mencari calon Juruukur Bahan yang cemerlang untuk berkhidmat dengan kami dengan kadar segera, seperti syarat-syarat di bawah:-

i)   Kelayakan akademik : Ijazah Ukur Bahan dari mana-mana universiti yang diiktiraf
ii)  Pengalaman : 2 tahun keatas dalam bidang ukur bahan
iii) Mempunyai lesen memandu

Sesiapa yang berminat perlu menghantar `resume' melalui faks ke talian 03-41088954 atau email kepada mas.anja@yahoo.com dengan memberi maklumat2 yang penting termasuk gaji sekarang, gaji diminta dan gambar foto saiz pasport dengan kadar segera. 

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Pn. Zaimah di talian 03-41088951.

Isnin, 3 Disember 2012

Info Buku : Pembangunan Tanah Dan Halangannya

Pembangunan Tanah & Halangannya
PengarangMd. Said @ Mohd. Zaid AbdullahIsmail Omar
Penerbit UTM

SINOPSIS

Pembangunan tanah merupakan penggerak utama pembangunan negara. Namun, pembangunan tanah melibatkan proses yang rumit. Antara puncanya adalah terdapat pelbagai halangan yang boleh menyebabkan pembangunan tanah tidak dapat dijalankan. Secara umum, halangan pembangunan tanah boleh dikategorikan mengikut faktor sosial, ekonomi, dan perundangan. Halangan pembangunan boleh juga dikategorikan secara faktor luaran dan dalaman. Kajian literatur menunjukkan secara amnya halangan pembangunan tanah boleh dibahagikan kepada halangan luaran dan halangan dalaman. Kajian literatur tentang faktor dalaman menumpu pada sikap pemilik dan pihak yang berkepentingan. Faktor luaran pula termasuklah undang-undang pembangunan tanah yang berkaitan. Selain faktor luaran dan dalaman, kehendak dan keperluan penduduk dalam memajukan tanah mereka perlu diberi perhatian. Kajian empirik yang dijalankan di Pulau Duyong, Kuala Terengganu menunjukkan matlamat kerajaan untuk melihat pembangunan tanah yang diberi milik tidak kesampaian kerana halangan luaran dan sikap pemilik serta penduduk setempat yang dipengaruhi oleh persepsi, motif, dan strategi mereka. Penduduk juga ingin mengekalkan persekitaran sedia ada sebagai keperluan penduduk setempat.
Buku ini sesuai sebagai rujukan kepada pelajar di institusi pengajian tinggi terutamanya dalam bidang alam bina, pembinaan, bangunan, seni bina, ukur tanah, ukur bahan, penilaian harta, pentadbiran dan pembangunan tanah, perancangan bandar, dan perumahan serta pembaca umum yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang pembangunan tanah.

KANDUNGAN

Prakata
Senarai Singkatan

BAB 1 PENGENALAN PEMBANGUNAN TANAH
Pengenalan
Konsep Pembangunan Tanah
Kajian Terhadap Halangan Pembangunan Tanah

BAB 2 PEMBANGUNAN TANAH
Pengenalan
Dasar Pembangunan Nasional
Faktor Pertumbuhan Ekonomi dan Pembangunan Negara
Tanah sebagai Faktor Pengeluaran

BAB 3 PROSES PEMBANGUNAN TANAH
Pengenalan
Proses Pembangunan Tanah
Jenis Pembangunan Tanah
Pihak yang Terlibat dalam Pembangunan Tanah
Hubungan antara Pemain/Ejen

BAB 4 HALANGAN PEMBANGUNAN TANAH
Pengenalan
Isu Pembangunan Tanah
Kategori Halangan
Sikap Manusia dalam Pembangunan Tanah

BAB 5 KAJIAN KES PULAU DUYONG, KUALA TERENGGANU
Pengenalan
Bentuk Rupa Bumi
Kemudahan Asas
Pemajuan Tanah
Aktiviti Ekonomi dan Pekerjaan Penduduk
Konsep Pembangunan Negeri Terengganu
Galakan Kerajaan dalam Pembangunan Tanah
Faktor Halangan
Dapatan Kajian dan Kesimpulan

Rujukan
Indeks

Sabtu, 1 Disember 2012

Info Teknikal Ringkas: Kuantiti Penggunaan Cat

Tahukah anda: Untuk 8 Liter Cat boleh digunakan untuk kawasan seluas 100m2.