Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Rabu, 27 Jun 2012

Keperluan Membuat Pelarasan Harga Sebelum Tandatangan Kontrak

Pelarasan harga keatas Senarai Kuantiti (BQ) adalah dibenarkan sebelum kontrak ditandatangan antara pihak majikan dan kontraktor.

Keperluan membuat pelarasan harga adalah alasan-alasan berikut:
  • Membuat pembetulan keatas pengiraan kos yang tersilap pada Senarai Kuantiti (BQ)
  • Memastikan keseragaman harga antara setiap item
  • Untuk memastikan pengagihan harga yang munasabah bagi mengelak 'front loading'.
Pindaan terhadap pelarasan harga ini tidak akan mengubah kepada harga kontrak asal.

Kontrak Cost Reimbursement


Kontrak Cost Reimbursement kadangkala juga dikenali sebagai Kontrak Cost Plus. 

Secara umumnya, kontrak jenis ini boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu

(i) Wang Kos Prime + Yuran Tetap
(ii) Wang Kos Prima + Peratus Yuran
(iii) Wang Kos Prima + Yuran Sasaran

Yuran yang terlibat adalah kiraan keuntungan dan perbelanjaan pengurusan manakala Wang Kos Prima merupakan kos-kos yang melibatkan kos bahan, kos pekerja dan kos peralatan atau jentera dan juga lat-alat sampingan di dalam pembinaan projek berkenaan.

Biasanya, kos pengurusan dan keuntungan telah dipersetujui terlebih dahulu dalam bentuk sejumlah peratusan tambahan ke atas kos bahan, kos pekerja dan kos peralatan. Sistem pengurusan ini amat sesuai untuk projek-projek yang sulit, kompleks dan perlu disiapkan cepat. Oleh sebab itu, para pakar perunding dan kontraktor yang mahir dan jujur diperlukan supaya projek tersebut dapat disiapkan mengikut jadual masa tanpa menjejaskan mutu kerja dengan kos pembinaan yang paling minimum.

Yuran sasaran adalah bayaran tambahan yang dipersetujui oleh kontraktor dengan juru ukur bahan sebelum sesuatu surat perjanjian kontrak ditandatangani. Kadar tambahan bayaran biasanya diberikan kepada kontraktor sekiranya kontraktor tersebut dapat menyiapkan projek dengan lebih cepat dari masa yang diperuntukkan dengan memuaskan . 

Cara ini dapat mendorong kontraktor melipatgandakan usaha serta berlumba untuk menyiapkan projek berkenaan. Sebelum kadar tambahan bayaran dipersetujui oleh kedua-dua pihak, beberapa perkara penting perlu diambil perhatian serius iaitu:

(i) Angka atau jumlah harga anggaran
(ii) Bonus atau denda yang perlu dibayar jika belanja sebenar kurang atau lebih tinggi daripada harga anggaran
(iii) Mutu kerja semata-mata untuk menjaga kualiti bagi pihak klien dan kontraktor yang mementingkan pencapaian kos daripada harga anggaran

Kontrak Lump Sum


Kontrak Lump Sum boleh dilaksanakan menerusi lukisan spesifikasi yang disertakan dengan spesifikasi. 

Biasanya kontrak ini digunakan untuk kerja yang memerlukan projek disiapkan cepat dan lukisan spesifikasi yang disertakan adalah kurang memuaskan untuk mendapatkan ukuran yang tepat. Ini menyebabkan kontraktor terdedah kepada risiko yang tinggi.

Kontrak Lump Sum berdasarkan lukisan dan senarai bahan digunakan untuk projek-projek yang bernilai lebih RM I juta. Dengan menggunakan kaedah pengukuran yang tepat berdasarkan pelan yang disediakan, kedua-dua pihak yang terlibat dapat merasai keadilan. Jenis kontrak seperti ini juga akan memudahkan pembayaran kemajuan kerja dan untuk kerja-kerja ubahsuai.

Kontrak Lump Sum berdasarkan kepada lukisan dan jadual kadar harga pula digunakan jika masa tidak mencukupi untuk menyediakan dokumen-dokumen lain dan kebanyakan projek ini mengikut harga yang ditetapkan kontraktor. Ia juga kadangkala digunakan dalam kerja penyelenggaraan bangunan. 

Kontrak Lump Sum jenis ini juga telah diubahsuai secara umum yang boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu: 

(i) Kontrak Fixed Price – merangkumi penetapan terhadap kerja-kerja kecil di dalam kontrak tersebut serta harganya tidak boleh diubah setelah kontrak ditandatangan.
(ii) Kontrak Firm Price – boleh dibuat perubahan terhadap harga tetapi tidak boleh mengubah jumlah besar kontrak tersebut.

Selasa, 26 Jun 2012

PEKELILING KONTRAK PERBENDAHARAAN BIL. 10 TAHUN 2011 ~ KONTRAK SISTEM PANEL BAGI BEKALAN DAN PENGHANTARAN PERABOT PEJABAT KERUSI BERASASKAN KAIN KEPADA SEMUA AGENSI KERAJAAN DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA


1. Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan memaklumkan mengenai Kontrak Sistem Panel bagi bekalan dan penghantaran Perabot Pejabat Kerusi Berasaskan Kain kepada Semua Agensi Kerajaan Di Semenanjung Malaysia 

LATAR BELAKANG 

2. Kerajaan telah bersetuju agar item Perabot Pejabat Kerusi Berasaskan Kain diuruskan melalui Kontrak Sistem Panel. Agensi hendaklah memperoleh item Perabot Pejabat Kerusi Berasaskan Kain hanya di kalangan syarikat panel pembekal yang dilantik.   

3. Kriteria pelantikan syarikat panel pembekal adalah seperti berikut: 

i. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan sebagai pembuat dalam kod bidang 020199 (Pembuat Perabot Berasaskan Kain/Fabrik) 
ii. Syarikat bertaraf Bumiputera sepanjang tempoh ini berkuat kuasa; 2
iii. Produk mempunyai sijil perakuan daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) atau SIRIM QAS International Sdn. Bhd., mana yang 
berkaitan;  

TEMPOH KONTRAK 

4. Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk melantik syarikat panel pembekal seperti di  Lampiran A sebagai panel pembekal bagi Kontrak Sistem Panel Bekalan Dan Penghantaran Perabot Pejabat Kerusi Berasaskan Kain Kepada Semua Agensi Kerajaan Di Seluruh Semenanjung Malaysia mulai 15 Ogos 2011 sehingga 30 Jun 2013. 

5. Syarikat adalah diwajibkan mengemukakan laporan seperti di  Lampiran B ke Kementerian Kewangan untuk setiap suku tahun sebelum 15hb. bulan berikutnya sebagai memenuhi keperluan Kontrak Sistem Panel ini. Kegagalan syarikat mengemukakan laporan tersebut akan menjejaskan peluang penyenaraian sebagai panel pembekal pada masa hadapan. 

KAEDAH PEROLEHAN

6. Perolehan bagi item Perabot Pejabat Kerusi Berasaskan Kain hendaklah diuruskan sendiri oleh agensi di kalangan syarikat panel pembekal yang dilantik. Tatacara bagi perolehan ditetapkan seperti berikut: 

i.   Perolehan bernilai di bawah RM50,000 setahun atau dalam satu kontrak, agensi 
dibenarkan melaksanakan perolehan secara pembelian terus di kalangan manamana panel pembekal yang dilantik;  

ii.   Perolehan melebihi RM50,000 sehingga RM500,000 setahun atau dalam satu kontrak, hendaklah diuruskan melalui kaedah sebut harga di kalangan panel pembekal yang dilantik. Pemilihan panel pembekal yang berjaya hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Sebut Harga Agensi;  

iii.   Perolehan melebihi RM500,000 setahun atau dalam satu  kontrak, hendaklah diuruskan melalui kaedah sebut harga di kalangan panel pembekal yang dilantik. Pemilihan panel pembekal yang berjaya hendaklah diputuskan oleh Lembaga Perolehan Agensi; dan 

iv.   Kontrak formal hendaklah ditandatangani bagi kontrak yang bernilai melebihi RM50,000 selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 176.1


Khamis, 21 Jun 2012

Berita Projek: Depoh penyelenggaraan komuter dibina di Seremban


21 Jun 2012 ~ SEREMBAN — Selaras dengan perolehan 38 set tren komuter yang terbaru, kerajaan telah bersetuju supaya sebuah depoh penyelenggaraan khas dibina di stesen komuter Seremban.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, depoh penyelenggaraan itu merupakan depoh komuter terbaru yang secara khusus menjalankan penyelenggaraan ke atas 38 set tren berkenaan.
"Depoh yang terletak di kawasan seluas 16.34 hektar ini adalah antara lain melibatkan pembinaan bangunan depoh electrical multiple unit (EMU), satellite store, cleaner store, 15 lines (6km setiap satu) of trackwork, train electrification, signalling dan peralatan depoh,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah depoh EMU KTMB Seremban di sini hari ini.
Beliau berkata, secara keseluruhan, depoh yang akan dibina itu adalah berdasarkan depoh keretapi di Northampton, England.
Katanya, depoh itu berkemampuan untuk membuat penyelenggaraan enam set tren komuter dan penyimpanan 19 set tren komuter pada satu-satu masa. — BERNAMA

Selasa, 19 Jun 2012

Nisbah Campuran Konkrit


Bil

Grade Konkrit
Simen
Pasir
Aggraget
1
Grade 15
1
3
6
2
Grade 20
1
2
4
3
Grade 25
1
1.5
3
4
Grade 30
1
1
2



Jumaat, 15 Jun 2012

Info Buku Teknikal ~ Aspek-aspek Undang-Undang Dalam Pengurusan Projek Pembinaan


Pengarang : Abdul Aziz Hussin
Penerbit    : Penerbit USM


Kandungan


Bab 1: Format Seragam Kontrak Pembinaan
Bab 2: Tempoh dan Had Masa Tindakan
Bab 3: Mengecuali dan Menafi Liabiliti
Bab 4: Kuasa, Bidang Kuasa dan Penurunan Kuasa
Bab 5: Memorandum Persefahaman dan Surat Hasrat
Bab 6: Konsep Pembayaran Kerja Kontrak kepada Kontraktor dan Subkontraktor Projek Kerajaan
Bab 7: Pelan Tindakan Pengurusan Konflik dalam Pasukan Pembinaan
Bab 8: Subkontraktor
Bab 9: Pemseteman Dokumen Kontrak
Bab 10: Ganti Rugi yang Ditetapkan
Bab 11: Fasal Force Majuere
Bab 12: Wang Tahanan




Sekiranya berminat atau pohon bantuan untuk mendapatkan buku ini : sila emailkan kepada chee_lin@yahoo.com

Khamis, 14 Jun 2012

Ahad, 10 Jun 2012

Berita Projek : Projek Bus Rapid Transit (BRT)


PETALING JAYA: 9 Jun 2012 - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Sabtu, melancarkan projek Bus Rapid Transit (BRT)-Sunway Line yang akan memberi kemudahan pengangkutan kepada kira-kira 500,000 penduduk di sekitar Bandar Sunway dan Subang.

Dengan anggaran kos awal RM300 juta, projek dilaksanakan di bawah inisiatif perkongsian sektor awam dan swasta melibatkan syarikat milik kerajaan Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) dan syarikat swasta Sunway Bhd itu akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini dan dijangka siap pada penghujung 2014.

Najib dalam ucapan perasmiannya di Sunway Monash Residence di sini berkata projek itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk terus memperbaiki sistem pengangkutan awam seperti yang terkandung di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), terutama di bandar-bandar utama yang memerlukan sistem pengangkutan yang cekap dan boleh dipercayai.

“Kita perlu untuk melakukan transformasi ini kerana kita perlu kepada sistem pengangkutan yang dapat memenuhi keperluan sebuah bandar yang moden.




“Sebelum ini, kita telah memperkenalkan LRT, dan banyak juga skeptikal, yang mengatakan LRT tidak akan berjaya, tetapi kini LRT telah dapat menjana seramai 450,000 penumpang sehari, dengan purata penumpang pada waktu puncak hampir 85,000,” katanya. Najib berkata kerajaan telah memperkenalkan tren empat gerabak itu pada Disember 2009 untuk memenuhi permintaan yang semakin memuncak dan kini pada waktu puncak, tren itu penuh sesak.




“Ini menunjukkan tanpa LRT dan monorel ini, kita tidak dapat bayangkan bagaimana keadaannya (kesesakan trafik), yang terpaksa kita lalui di kawasan Lembah Klang ini,” katanya.

Beliau berkata ketika ini saham pengangkutan awam amat rendah iaitu kira-kira 17 peratus dan kerajaan mensasarkan saham itu meningkat kepada 40 peratus menjelang 2020.




“Kami mesti lakukan semuanya yang kami perlu lakukan supaya rakyat yang tinggal di Lembah Klang akan dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik,” katanya.

Najib berkata Prasarana menerusi anak syarikat dan divisyennya kini bertanggungjawab bagi perkhidmatan pengangkutan di tiga laluan iaitu Ampang Line, Kelana Jaya Line dan Kuala Lumpur Monorail.




Najib berkata laluan berkenaan akan diselaraskan sebagai rangkaian dalam bentuk BRT. Beliau berkata amat baik bahawa projek baru itu dilaksanakan di bawah perkongsian swasta-awam, inisiatif yang sentiasa digalakkan oleh kerajaan kerana ia menggabungkan kekuatan sektor awam dan swasta untuk menjayakan usaha pembinaan negara.










“Ini adalah konsep yang saya ingin galakkan dan sokong kerana saya percaya dengan saling bekerjasama rapat, ia akan menjana faedah dan kebaikan bersama kepada syarikat swasta dan juga kerajaan,” katanya. - BERNAMA







Berita Projek: Projek Sambungan LRT


Projek Sambungan LRT Laluan Kelana Jaya akan bermula dari Lembah Subang - Kelana Business Centre, melalui Subang, USJ, Alam Megah dan berakhir pada hab di Putra Heights. Laluan yang dicadangkan akan terdiri daripada 13 stesen baru.

Projek Sambungan LRT Ampang pula akan bermula dari stesen Sri Petaling  melalui Puchong, Kinrara dan berakhir pada hab di Putra Heights. Laluan yang dicadangkan juga akan terdiri daripada 13 stesen baru.. 

Semua stesen yang dibina akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti lif, eskalator, telefon awam, surau dan tandas. Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan kemudahan lif, eskalator, surau, kaunter tiket dan tandas.

Kedua-dua projek sambungan LRT dijangka akan mula beroperasi menjelang akhir tahun 2013.

Pada  26 November, 2010,  Kumpulan Prasarana telah  mengumumkan pelantikan kontraktor untuk pelaksanaan projek di atas seperti berikut.




Laluan Kelana Jaya melibatkan jarak sambungan 17 km dari stesen Kelana Jaya ke Putra Heights (13 stesen baru). 


Seksyen ini akan dibahagikan kepada 2 pakej kontrak utama. Pakej A adalah dari Stesen Kelana Jaya ke Sidang Kemuncak (Stesen 7) yang 9,2 km dan Pakej B adalah dari 7 Station Stesen Putra Heights yang ialah 7.8 km.

Berdasarkan proses tender yang dijalankan, kontraktor yang dilantik di bawah Pakej A adalah seperti berikut:
  • Kontraktor Utama: Trans Resources Corporation Sdn Bhd
  • Nilai kontrak: RM 950, 000,000.00
  • Tempoh Kontrak: 30 bulan
  • Sub-kontraktor (NSC) untuk  the fabrication & delivery of Segmental Box Girder (SBG) : UEM Builders Bhd - Intria Bina Sdn Bhd JV
  • Nilai kontrak: RM 93, 160,367.41
  • Tempoh Kontrak: 21 bulan
Laluan Sri Petaling pula akan melibatkan jarak sepanjang 17.7 kilometer di antara Sri Petaling ke Putra Heights dengan 13 stesen baru. 

Seksyen ini akan dibahagikan kepada 2 pakej kontrak utama. Pakej A adalah dari Stesen Petaling Seri Station No 5 yang 7.4 km dan Pakej B adalah dari Stesen No. 5 Stesen Putra Heights yang adalah 10.3 km.

Berdasarkan proses tender yang dijalankan, kontraktor yang dilantik di bawah Pakej A adalah seperti berikut:
  • Kontraktor Utama: Bina Puri Holdings Berhad (BPHB) - Tim Sekata JV
  • Nilai kontrak: RM 634, 639,089.11
  • Tempoh Kontrak: 27 bulan
  • Sub-kontraktor (NSC) untuk  the fabrication & delivery of Segmental Box Girder (SBG) : Kontraktor: Bina Puri Holdings Berhad (BPHB) - Tim Sekata JV
  • Nilai kontrak: RM 67, 697,144.00
  • Tempoh Kontrak: 19 bulan



Add caption


Rabu, 6 Jun 2012

Faedah Projek MRT: Sg Buloh-Kajang



Terdapat beberapa faedah yang boleh diperolehi hasil dari pelaksanaan projek pembinaan MRT dari Sungai Buloh hingga ke Kajang yang disenaraikan seperti berikut:
  1. Menjana nilai ekonomi - meningkatkan produktiviti dari mobiliti yang lebih besar
  2. Menjana RM3 bilion kepada RM4 bilion pendapatan negara kasar (PNK) aktiviti pembinaan dan operasi antara 2011 dan 2020.
  3. Menjana lagi RM8 bilion kepada RM12 bilion PNK daripada kesan limpahan. Secara keseluruhan, purata RM21 bilion PNK setahun akan dijana dalam tempoh 10 tahun akan datang
  4. Mewujudkan 130,000 pekerjaan
  5. Menolak nilai harta - penyambungan yang lebih baik akan menyebabkan penghargaan harta terutama di sekitar kawasan stesen-stesen MRT
  6. merangsang pembangunan hartanah baru - termasuk pembangunan Institut Penyelidikan Getah di Sungai Buloh, Warisan Merdeka, KL Daerah Kewangan Antarabangsa
  7. Meningkatkan dagang - penyambungan yang lebih baik akan membawa lebih banyak penumpang ke pusat bandar, stesen akan mengandungi hub acticity komersial
  8. Mengurangkan pengeluaran karbon - mengeluarkan kereta di tepi jalan, mengurangkan masa yang digunakan oleh kereta di jalan raya

Selasa, 5 Jun 2012

Perkara-perkara yang perlu pada Kerja-Kerja Awalan (Preliminaries)

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dimasukkan dalam kerja-kerja Awalan atau Preliminaries dalam sesuatu pelaksanaan kerja. Walaubagimanapun, ia tertakluk mengikut kesesuaian skop kerja:
  • Bon Pelaksanaan
  • Insuran Kerja
  • Insuran Tanggungan Awam
  • Bon Untuk Bayaran Pendahuluan
  • Papan Tanda Projek
  • Levy CIDB untuk projek RM 500,000.00 ke atas
  • Hoarding
  • Site Office
  • Work Programme
  • Site Security
  • Penjilidan Dokumen Kontrak
  • Kenderaan Untuk Pegawai Penguasa (SO)
  • Bekalan Air dan Elektrik
  • Kemudahan Untuk Pejabat Tapak seperti mesin fax, mesin fotokopi, komputer , kamera dan lain-lain lagi
  • Design Guarantee Bond
  • Kebersihan Di Tapak Projek

Isnin, 4 Jun 2012

Faktor Penyebab Projek Gagal Disiapkan Dalam Masa Yang Ditetapkan

Berikut disenaraikan, punca-punca yang menyebabkan projek gagal disiapkan didalam masa yang ditetapkan atau mengikut tempoh kontrak:

  • Terdapat banyak perubahan kerja (VO) di tapak
  • Kekurangan tenaga buruh untuk melaksanakan kerja di tapak
  • Kontraktor mempunyai masalah kewangan untuk pembelian bahan-bahan atau material yang diperlukan di tapak
  • Majikan atau klien lewat untuk memproses tuntutan bayaran secara interim
  • Berlaku kekurangan bahan-bahan utama di pasaran seperti simen atau besi
  • Terdapat halangan di kawasan pembinaan seperti pokok besar, struktur lama, rumah ibadah ketika projek sedang berjalan
  • Terdapat bantahan atau injuksi daripada penduduk setempat yang berdekatan projek
  • Kontraktor tidak mahir dalam mengendalikan projek
  • Halangan atau arahan-arahan semasa yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti TNB, Telekom atau SYABAS
  • Kekurangan jentera dan loji di tapak
  • Kenaikan harga mentah dunia seperti diesel atau petrol
  • Buruh-buruh yang bekerja di tapak telah ditangkap oleh Pihak Berkuasa dalam siri-siri operasi pembersihan atau pemutihan

Ahad, 3 Jun 2012

Senarai Firma QS Untuk Latihan Industri

Latihan Industri atau Latihan Amali adalah satu keperluan bagi para pelajar yang mengikuti kursus Ukur Bahan di IPTA. Latihan Industri boleh dilaksanakan di Firma Ukur Bahan.


Bersama-sama ini disertakan senarai nama firma Ukur Bahan yang boleh dijadikan tempat latihan industri.

  1. Juruukur Bahan H&A-Kuala Lumpur, Tel:  03-4143 7355
  2. Gabungan Juruukur Bahan - Hulu Kelang, Tel:  03-4107 5970
  3. JUBM Sdn Bhd-Petaling Jaya, Tel:  03-6156  9000
  4. Juruujur Bahan Majubina -Batu Caves, Tel:  03-6187 8213
  5. JUB Utara Sdn Bhd-Pulau Pinang, Tel:  04-228 5441
  6. J.B Bergabung -Johor Bahru, Tel:  07-332 2872
  7. JUB Waja-Kuala Lumpur, Tel:  03-6277 2977
  8. Juruukur Bahan Antara -Subang Jaya, Tel:  03-5633 6748
  9. Perdana Juruukur Bahan-Petaling Jaya, Tel:  03-7956 6699
  10. Kuantibina Sdn Bhd- Pulau Pinang, Tel: 04-2288 666
  11. KSK Asscociates Sdn Bhd - Petaling Jaya, Tel: 03-7803 7795
  12. KPK Quantity Surveyors- Kuala Lumpur, Tel: 03-216 8000
  13. Ng Kai Seng & Associates- Subang Jaya, Tel: 03-8024 1452
  14. AMD Associate - Damansara Perdana, Tel: 03-7726 6090
  15. Pakatan International - Kuala Lumpur, Tel: 03-4256 3733
  16. Jurukur Perunding - Kuala Lumpur, Tel: 03-9282 8899
  17. QS Juru Kos - Subang Jaya, Tel: 03-5633 5763
  18. Perunding NFL Sdn Bhd-Kuala Lumpur, Tel: 03-2283 3503
  19. QS Focus Sdn Bhd - Sungai Buloh, Tel: 03-6156 6797
  20. Kumpulan Kuantikonsult- Petaling Jaya, Tel: 03- 7727 3366
  21. Baharuddin Ali & Low Sdn Bhd- Kuala Lumpur, Tel: 03-9285 3744
  22. ELP Juruukur Sdn Bhd- Kuala Lumpur, Tel: 03-7982 0362
  23. B & C Juruukur Bahan Berkanun- Petaling Jaya, Tel:03-7728 7644
  24. JUB Ikatan Sepakat Sdn Bhd- Alor Setar, Tel: 04-7723 627
  25. Pro Kos Konsult Sdn Bhd- Taman Sri Gombak, Tel: 03-6186 1337
  26. W&K Perunding Ukur Bahan- Kuala Trengganu, Tel:09-6229 734
  27. Ukur Bahan Konsult- Kuala Lumpur, Tel:03-7729 8100
  28. MQS Consult- Petaling Jaya, Tel: 03-7726 2985
  29. R-QS Team - Hulu Kelang, Tel:03-4106 3250

Senarai ini akan dikemaskini dari masa ke semasa

sebarang pertanyaan, sila emailkan kepada chee_lin@yahoo.com

Sabtu, 2 Jun 2012

Penawaran Kursus Ukur Bahan di Politeknik

Kepada para pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat untuk mengikuti jurusan Ukur Bahan  atau QS di Institut  Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tetapi gagal mendapatkan tempat, boleh mencuba untuk memohon melalui politeknik. Politeknik ada menawarkan kursusnya melalui peringkat Diploma

Syarat kelayakan untuk memohon mengikuti kursus diploma di Politeknik adalah seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia
  • Lulus Bahasa Melayu pada peringkat SPM
  • Lulus Bahasa Inggeris pada peringkat SPM
  • Mendapat kepujian 5 kepujian peringkat SPM samaada Matematik/Matematik Tambahan DAN SATU (1) mata pelajaran kumpulan Sains/ Teknologi/ Vokasional/ Sastera DAN TIGA (3) mata pelajaran lain.
Politeknik-politeknik yang menawarkan kursus Diploma Ukur Bahan adalah seperti berikut:

  • Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang 
  • Politeknik Kota Bharu, Ketereh, Kelantan 
  • Politeknik Kuching Sarawak, Matang, Sarawak
  • Politeknik Merlimau, Merlimau, Melaka
  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah
Sebarang Pertanyaan, bolehlah rujuk kepada alamat berikut:

Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pengajian Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

Telefon: 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9313 
Faks : 03-8891 9319  

Faktor-faktor Yang Menyebabkan Perubahan Kerja (VO)

Perubahan Kerja atau Variation Order (VO) biasa berlaku dalam perlaksanaan sesuatu projek pembinaan. Perubahan Kerja atau VO bermaksud, berlaku sebarang perubahan, pertukaran, pertambahan atau pengurangan keatas skop kerja asal yang terdapat projek tersebut.

Kesan dari berlaku Perubahan Kerja (VO) akan menyebabkan perkara-perkara berikut berlaku:
  • Akan berlaku pertambahan atau pengurangan kos asal kontrak
  • Tempoh masa penyiapan kerja akan bertambah daripada tempoh siap asal
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan Perubahan Kerja (VO) yang diantaranya disenaraikan seperti berikut:
  • Arahan daripada Pegawai Penguasa (SO) atau Pengarah Projek  (PD) 
  • Permintaan dari Pelanggan atau End User
  • Bagi menyesuaikan skop kerja asal dengan keadaan ditapak
  • Berlaku perubahan lokasi kerja
  • Terdapat halangan di kawasan pembinaan seperti pokok besar, rumah ibadah dan lain-lain
  • Bagi memenuhi dan mengikut keperluan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti TNB, Telekom , SYABAS, IWK dan lain-lain    

Berita Projek : KLIA2 Terminal Terbesar Dunia Untuk Penerbangan Kos Rendah


Gambaran Projek KLIA 2 Apabila Siap Kelak


SEPANG: Terminal penerbangan tambang rendah yang baharu, KLIA2, dengan kemudahan kelas dunia untuk mengendalikan 45 juta penumpang setiap tahun, dijangka menelan kos antara RM3.6 bilion hingga RM3.9 bilion dan akan memulakan operasi pada bulan April 2013.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Tan Sri Bashir Ahmad berkata, jambatan udara yang akan dibina adalah mesra penumpang termasuk mereka yang kurang upaya, wanita mengandung dan kanak-kanak.
"Kami berharap syarikat penerbangan yang beroperasi di KLIA2 akan menyokong keputusan kami dengan menggunakan jambatan udara memandangkan berdasarkan kos kiraan hanyalah 25 sen setiap penumpang dan orang awam telah menunjukkan kesanggupan untuk membayar bagi penggunaan jambatan udara," kata beliau kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas lawatan menyaksikan pembinaan kompleks KLIA2 itu, pada Selasa.
Bashir berkata, kerja-kerja pembinaan KLIA2 itu yang meliputi kawasan seluas 257,000 meter persegi dan telah bermula pada Oktober 2009, kini siap 42 peratus dan akan mempunyai 68 balai berlepas.
Ia adalah lebih daripada mencukupi untuk menampung penumpang penerbangan tambang rendah seperti yang dikehendaki oleh standard industri.
Beliau juga berkata, landasan ketiga yang baru dengan kelebaran 4 kilometer kini sedang dibina untuk KLIA2, yang akan mampu menerima pesawat A380, pesawat penumpang terbesar dunia.
KLIA2 hanyalah 1.5 kilometer dari bangunan terminal utama KLIA, dan jejambat/laluan atas yang baharu sedang dibina bagi menghubungkan jalan utama dari KLIA ke KLIA2 yang bermakna KLIA2 adalah lebih dekat berbanding LCCT.
Ditanya sama ada terdapatnya kos yang berlebihan dan penangguhan dalam operasi lapangan terbang, beliau berkata lebih banyak masa akan diambil untuk membina apa yang pastinya merupakan terminal terbesar dunia untuk penerbangan kos rendah dengan kemudahan yang terbaik.
"KLIA2 dibina pada kos terendah untuk setiap penumpang dengan jambatan udara dan keselesaan penumpang yang dipertingkatkan termasuk sistem bagasi automasi sepenuhnya," kata beliau.
Ia juga akan mempunyai 6,000 tempat letak kereta bertingkat dan berbumbung, empat buah hotel, hotel transit, jambatan udara dan ruang komersil yang lebih luas untuk kawasan runcit.
Perkhidmatan ERL yang ada sekarang ini yang beroperasi dari KL Sentral ke terminal utama KLIA, akan dilanjutkan 2.2 kilometer lagi, untuk dihubungkan ke KLIA2.
Beliau juga berkata yang MAHB telah memberikan AirAsia, pengguna utama KLIA2, pengagihan khas untuk membina ibu pejabatnya beserta dengan "apron access" serta Tune Hotel.
Beliau juga berkata caj servis penumpang tidak akan dinaikkan tetapi MAHB mempunyai pilihan untuk membincangkannya dengan kerajaan setiap lima tahun dan pusingan perbincangan akan datang hanya boleh diadakan pada tahun 2014.
Beliau menafikan cadangan yang dana awam telah digunakan untuk membina KLIA2, sambil menyatakan yang MAHB telah mengumpul dana untuk projek ini daripada pasaran termasuklah RM3.1 bilion, yang mana RM600 juta masih lagi belum digunakan.
Beliau berkata, MAHB telah meninjau kemungkinan mengumpulkan modal daripada pasaran di mana ia mempunyai pilihan untuk melakukan penempatan persendirian sehingga 10 peratus tanpa perlu mendapatkan persetujuan pemegang saham di mesyuarat agung tahunan.
Mengenai laporan menyatakan yang ia mungkin disingkirkan, Bashir berkata:" bagaimana anda mahu saya memberi maklum balas kepada soalan itu?"
Beliau juga berkata yang kesemua urusannya dengan kerajaan, pemegang saham, pemegang kepentingan serta syarikat penerbangan termasuk AirAsia, MAHB sentiasa terbuka, telus dan profesional.
Mengenai aduan oleh ketua Airasia, Tan Sri Tony Fernandes yang syarikat penerbangan tambang rendah itu tidak tahu mengenai perkembangan KLIA2, Bashir berkata MAHB mengadakan mesyuarat setiap minggu dengan kesemua rakan niaganya di mana segalanya dibincangkan dan tiada alasan untuk mereka tidak mengetahui apa yang sedang berlaku.
Bashir juga berkata yang MAHB sedang mengadakan perbincangan dengan Qantas mengenai kemungkinan mereka menyambung semula operasi dari KLIA.
Beliau berkata, MAHB mengendalikan tender terbuka untuk memberikan projek-projek di KLIA2.

Jumaat, 1 Jun 2012

Hebahan~ Tender Kelas A (07 Jun 2012- 09 Ogos 2012)

.

Kelayakan : PKK & CIDB
Kelas:  Kelas A
Kepala : II
Sub Kepala : 2(a)


Tarikh Mula : 07 Jun 2012
Tarikh Tutup: 09 Ogos 2012
Tarikh Lawat Tapak : 07 Jun 2012


Harga Dokumen : RM 300.00


Sebarang Pertanyaan : 05-450 6307, 05-450 5989, 05-450 5987



Berita Projek: Landasan ERL ke KLIA2 siap hujung tahun

 
Berita Harian : 30 Mei 2012

KUALA LUMPUR: Pembinaan landasan lanjutan kereta api laju Express Rail Link (ERL) dengan kos RM100 juta dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), terminal penerbangan tambang rendah di Sepang, dijangka siap pada akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Express Rail Link Sdn Bhd, Noormah Mohd Noor, berkata kerja pembinaan berjalan lancar dan projek itu sudah 45 peratus siap dengan tempat letak kereta sudah tersedia di terminal baru itu. 

Mengenai kemajuan landasan lanjutan sejauh 2.2 kilometer itu, beliau berkata:
"Keseluruhan permukaan berturap konkrit sudah hampir siap dan sedia untuk dipasang di pengantap.

"Kami sudah selesai kira-kira 400 meter pengantap di KLIA2," katanya pada sidang akhbar bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-10 perkhidmatan KLIA Ekspress dan KLIA Transit.

Terminal KLIA2 itu dijadual memulakan operasi April tahun depan.

Ditanya mengenai tambang tiket ERL ke KLIA2, Noormah berkata harga bagi perjalanan sehala dari KL Sentral adalah sebanyak RM35, sama dengan harga tambang ke KLIA.
"Bagaimanapun, dari KLIA ke KLIA2, penumpang hanya perlu membayar RM2. Ia lebih murah berbanding harga RM2.50 yang dikenakan bagi perjalanan bas dari KLIA ke LCCT.

"Bagi perjalanan yang selesa dan pantas, tambang RM2 ke KLIA2 adalah berpatutan," katanya. - BERNAMA