Current Visitor

Rabu, 6 Februari 2013

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kos Projek


Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi kos keseluruhan projek. Di antara faktor-faktor tersebut ialah :-
1.                  Jenis Bangunan
Jenis-jenis bangunan diperlukan adalah mengikut permintaan klien. Bangunan-bangunan tersebut pula direkabentuk mengikut kehendak klien supaya bangunan tersebut dapat berfungsi, selamat dan selesa untuk digunakan. Faktor inilah seterusnya mempengaruhi keluasan lantai keseluruhan, circulation area, usable area, ancillary area dan ruang-ruang yang tiada kepungan dinding. Faktor-faktor inilah yang menentukan kos kerana setiap klien mahukan pulangan yang menguntungkan sepanjang tempoh hayat bangunan tersebut digunakan. Faktor lain yang diambil kira ialah pemilihan bahan binaan dari segi kualiti, kuantiti dan faktor kos bahan yang dipilih.

2.                  Lokasi Bangunan
Faktor ini juga memainkan peranan penting dalam menentukan kos-kos. Sesetengah tempat boleh mendapatkan kos bahan binaan yang lebih murah kerana dengan adanya kilang pengeluaran bahan-bahan binaan tertentu. Ini seterusnya mempengaruhi kos penghantaran, pengangkutan, pemungahan dan kos buruh yang terlibat. Kedudukan dan keadaan lokasi projek pembinaan di sesuatu kawasan yang terdapat sistem kemudahan lalulintas juga mempengaruhi kos kerana ia akan menentukan kaedah, teknik, teknologi dan loji-loji pembinaan yang akan digunakan. Faktor inilah juga akan mempengaruhi pemilihan bahan yang akan digunakan.

3.                  Keadaan Ekonomi Negara Semasa Tawaran Kontrak
Perbezaan kos adalah disebabkan oleh kadar bunga pinjaman yang berbeza. Dalam masa ekonomi tertentu juga penawaran harga bahan binaan mahal dan kurang terdapat di dalam pasaran. Sesetengah bahan pula terpaksa diimport dari luar negara. Masalah menjadi semakin ketara bila syarikat menghentikan pengeluaran untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar. Secara amnya kos indek bahan bangunan berbeza yang menyebabkan permintaan berbeza yang menyebabkan kos keseluruhan dan kos element-element tertentu berbeza.

4.                  Kaedah Penawaran Kontrak Dan Tempoh Penyiapan Projek
Kaedah penawaran secara terbuka harganya adalah lebih kompetative dan boleh dipilih harga  yang terendah. Bagi penawaran kontrak menggunakan kaedah penawaran kaedah rundingan memungkinkan harga penawaran kontrak yang lebih mahal. Penawaran kontrak ini pula juga dipengaruhi oleh adanya factor Cost Flactuation sekiranya ada. Tempoh penyiapan kontrak juga mempengaruhi kos kerana ia juga mempengaruhi kaedah, sistem dan teknologi pembinaan seterusnya pemilihan bahan binaan yang akan digunakan.


Kredit kepada : http://petuapaje.blogspot.com/

0 ulasan: