Current Visitor

Jumaat, 8 Februari 2013

Kadar & Contoh Cara Pengiraan Bon Pelaksanaan


Kadar & Contoh Pengiraan Bon Pelaksanaan adalah seperti berikut:

(a)
2.5% daripada nilai kontrak bagi kontrak bekalan/perkhidmatan yang bernilai RM200,000.00 hingga RM500,000.00.
(b)
5% daripada nilai kontrak bagi kontrak bekalan/perkhidmatan yang melebihi RM500,000.
(c)
Bagi kontrak bekalan/perkhidmatan bermasa yang berkuatkuasa bagi tempoh dua (2) tahun atau lebih, peratus dan amaun bon pelaksanaan dikira mengikut anggaran nilai kontrak setahun sahaja. Walau bagaimanapun, bon Pelaksanaan yang dikemukakan oleh kontraktor hendaklah meliputi keseluruhan tempoh kontrak bermasa.
(d)
5% daripada nilai kontrak bagi kontrak kerja yang bernilai melebihi RM200,000.

Contoh 1  ~ Untuk Perolehan Bekalan/ Perkhidmatan

(i)
Tempoh Kontrak

:
3 tahun
(ii)
Nilai Kontrak

:
RM 4.5 juta
(iii)
Kadar Bon

:
5%

(berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM1.5 juta)

(iv)
Jumlah (RM1.5 juta X 5%)

=
RM75,000.00
Contoh 2  ~ Untuk Perolehan Bekalan/ Perkhidmatan

(i)
Nilai Kontrak
:
RM800,000.00
(ii)
Tempoh Kontrak
:
2 tahun
(iii)
Kadar Bon
:
2.50%

(berdasarkan anggaran nilai satu tahun RM400,000.00)
(iv)
Jumlah (RM400,000.00 X 2.5%)
=
RM10,000.00

(bukan RM800,000 X 5%=RM40,000 atau RM400,000 X 5% =RM20,000)
Contoh 3  Untuk Perolehan Kerja

i)
Tempoh Kontrak/Siap

:
3 tahun/36bulan
(ii)
Nilai Kontrak

:
RM 15 juta
(iii)
Kadar Bon

:
5%

(5% daripada nilai keseluruhan kontrak)



(iv)
Jumlah (RM15 juta X 5%)

=
RM750,000.00




















7 ulasan:

Unknown berkata...

Terima kasih atas panduan, cuma saya rasa contoh pengiraan 1 mungkin tersalah taip, sepatutnya RM1.5 juta X 5% bukannya RM15 juta X 5%. Betul tak puan?

azilan berkata...

Telah diperbetulkan. terima Kasih

dwatyKNY berkata...

saya nak tya...

nilai kontrak 210000.00
tempoh 2 tahun
berapakah nilai bon???

azilan berkata...

cik dwaty: Nilai bon RM 210,000.00 x 5% = RM 10,500.00

andy berkata...

mohon penjelasan..

1) adakah "WJP 5% daripada harga keseluruhan kontrak" bermaksud mengikut kontrak asal ataupun perlu juga mengambilkira perubahan harga kontrak (selepas SOFA)?

2) adakah pelepasan baki 50% WJP, perlu dibuat selepas bayaran muktamad ataupun selepas CMGD dikeluarkan(sebelum bayaran muktamad dibuat)?

azilan berkata...

1- wjp ambik kos asal kontrak tanpa ambilkira ada vo
2. baki 50% wjp boleh release selepas cmgd issued

Unknown berkata...

Assalam bon dgn insutance ni sama ke? Atau kalau nilai projek dibawah 200 ribu bagaimana caranya.