Current Visitor

Selasa, 5 Mac 2013

Info Buku: Pengurusan Fasiliti

 Author: Abdul Hakim Mohammed   
 Publisher: Penerbit UTM Press
Harga : RM 33.00

Pengurusan fasiliti merupakan satu bidang yang sedang pesat berkembang di Malaysia. Pembinaan projek mega di negara ini telah meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan pengurusan fasiliti. Walau bagaimanapun, pengurusan fasiliti bukanlah untuk bangunan atau fasiliti yang besar sahaja tetapi semua jenis bangunan atau fasiliti tanpa mengira saiz memerlukan perkhidmatan ini. Ini kerana bangunan atau fasiliti yang disediakan perlu diuruskan dengan cekap dan berkesan bagi memastikan objektif perniagaan teras sesuatu organisasi tercapai.

Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bahagian I yang menerangkan tentang konsep pengurusan fasiliti secara umum dan Bahagian II pula menerangkan tentang aplikasi pengurusan fasiliti di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Buku ini sesuai untuk semua golongan pembaca yang ingin memahami tentang konsep pengurusan fasiliti. Walaupun IPT dijadikan contoh aplikasi, prinsip yang diterangkan dalam buku ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk aplikasi pada bangunan atau fasiliti yang lain.

Catatan: Sekiranya berminat untuk memiliki buku, sila emailkan pertanyaan kepada chee_lin@yahoo.com

0 ulasan: