Current Visitor

Isnin, 29 Julai 2013

Buku Pembangunan Budaya Keselamatan Di Tempat Kerja

Penerbit UTM


Sinopsis:

Industri pembinaan sering dikritik kurang mengambil berat dalam aspek keselamatan dan kesihatan. Sektor pembinaan adalah dikenali antara yang mencatatkan kadar kemalangan yang tinggi berbanding industry lain kerana sering dikaitkan dengan fenomena 3-D iaitu ‘Dirty, Difficult and Dangerous’ (Kotor, Sukar dan Merbahaya). Keselamatan dalam industri pembinaan ialah suatu bidang yang signifikan kerana sector ini menyediakan banyak peluang pekerjaan dan ia juga menyumbang kepada peningkatan pada kadar kemalangan melibatkan kemalangan maut. Kerja dalam industri ini dianggap merbahaya kerana sering kali melibatkan pekerjaan di tempat tinggi yang menggunakan perancah, lorong laluan, tangga, bumbung, kerja pengorekan yang melibatkan letupan, jentera kerja tanah dan penggunaan jentera pengangkat seperti kren dan pengangkat (Hoist).Justeru, budaya keselamatan di tempat kerja merupakan satu elemenyang berupaya untuk mencegah daripada berlakunya kemalangan menjurus kepada hubungan antara manusia, kesihatan, keselamatan dan kemalangan serta persekitaran.


Berminat untuk dapatkan buku ini, sila emailkan pertanyaan kepada chee_lin@yahoo.com atau hubungi melalui nombor 012 387 5655 (whatt apss) pun boleh. Harga buku hanya RM 55.00 + pos laju RM 10.00 = RM 65.00

0 ulasan: