Current Visitor

Rabu, 24 Julai 2013

Estimate : Pengiraan Kos Box Culvert


Harga Box Culvert Dan Kos Kerja. Biasanya saiz JPS guna atau Majlis PBT guna ialah 600 x 600, 900 x 900, 1200 x 1200 dan 1500 x 1500.

Harga bagi Box Culvert 600 x 600 = RM60.00 sebiji, tanpa LID,
Harga bagi Box Culvert 900 x 900 = RM190 sebiji tanpa LID
LID Ialah penutup Box Culvert. Panjang 1 biji = 1M

Pengiraan kos upah dan pasang dibuat berdasarkan kos berapa hari kerja. Mengikut pengalaman saya, kerja korek dan pasang di buat serentak. Maknanya selepas korek, siapkan tapak, dan kemudian terus pasang. Ia bergantung pada spesifikasi yang di tetapkan DAN lokasi pembinaan dan kaedah kerja kontraktor.

Contoh:

Katakan kerja-kerja membekal box culvert 600 x 600 dan memasangnya, berapa kosnya. Kos bergantung bilangan hari siap, bilangan pekerja dan kos mesin.

Katakan 1 hari boleh siap 20 biji, maka kos 1m atau 1 biji ialah:

Kos Bahan (kena rujuk pembekal)
1 biji RM60 x 20 biji = RM1200.00

Upah :
Bilangan pekerja 4 orang x RM50.00 = RM200.00
Kepala kerja 1 orang gaji per hari = RM65.00
---> KOS UPAH = RM265.00

Mesin:
1 biji backhoe 1 hari x RM350 = RM350.00
1 biji pickup 1 hari x RM200 = RM200.00
---> KOS MESIN = RM550.00

Kos Bahan + Upah + Mesin = 1200.00 + 265.00 + 550.00 = RM2015.00

Tambah 20% profit dan pengurusan = RM403.00

KOS UNTUK 20 BIJI = RM2418.00

KOS 1M = RM2418.00 / 20 = RM120.90

KOS 1M = RM120.90

1 biji = 1 m saiz standard box culvert



0 ulasan: