Current Visitor

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Selasa, 20 Mei 2014

Tatacara untuk kerja-kerja konkrit















PETIKAN DARI BLOG : http://azamansaidin.blogspot.com/



Sabtu, 17 Mei 2014

BERITA BINAAN~ UMP bina bangunan guna bahan terpakai



KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama syarikat Portland Group of Companies berjaya membina sebuah bangunan menggunakan kontena terpakai yang merupakan projek pertama seumpamanya di negara ini.

Uniknya bangunan setinggi tiga tingkat yang mempunyai 72 bilik dan terletak di kawasan UMP itu turut menggunakan bahan binaan lain dihasilkan daripada sisa buangan industri.

Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan dan Sumber Asli, Profesor Datuk Dr Rosli Mohd Yunus berkata, usaha untuk membina bangunan dengan menggunakan kontena itu dimulakan setahun yang lepas.

"Di luar negara seperti Jerman dan Belanda, membina bangunan dengan menggunakan kontena bukanlah suatu perkara asing, malah mereka membina bangunan sehingga setinggi 12 tingkat.

"Namun ia merupakan satu perkara baharu di negara ini dan lazimnya kita lihat, kontena terpakai ini hanya digunakan untuk pejabat sementara di tapak-tapak pembinaan, sedangkan sebenarnya ia boleh digunakan untuk membina bangunan bagi kegunaan kediaman mahupun pejabat," katanya kepada Bernama di sini.

Bertitik tolak daripada idea itu, satu pasukan kerja telah dibentuk antara penyelidik UMP dan kakitangan Portland untuk memikirkan konsep yang paling sesuai digunakan bagi pembinaan bangunan ‘hijau’ ini yang menggunakan bahan kitar semula hasil penyelidikan UMP secara maksimum, kata Dr Rosli.

Antara produk hijau yang digunakan dalam pembinaan bangunan itu ialah G-Brick dan wood plastic composite (WPC).

G-Brick merupakan batu-bata ‘hijau’ yang dihasilkan dengan formulasi menggabungkan bahan terbuang, red gypsum, daripda industri penghasilan serbuk putih titanium dioksida.

Produk batu bata itu mempunyai warna asli yang menarik serta sesuai digunakan bagi projek pembinaan kerana ia telah melepasi ujian spesifikasi yang ditetapkan bagi bahan binaan.

Selain itu juga ia telah mendapat sijil kelulusan ujian tahan api selama 130 minit dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, katanya.

Bangunan yang telah siap 98 peratus dan bakal dijadikan sebagai bilik pensyarah itu turut kelihatan modern dan kontemporari dengan penggunaan kepingan WPC.

Dr Rosli berkata WPC yang kelihatan seperti kepingan kayu itu sebenarnya dihasilkan dengan menggunakan ramuan 70 peratus serbuk kayu dan polyethylene, sejenis plastik ringan yang kuat.

"Kami turut menggunakan cat khas yang mampu mengurangkan haba yang dihasilkan oleh kontena, contohnya jika suhu di luar 35 darjah celcius, maka suhu di dalam kontena adalah 25 darjah celcius tanpa menggunakan pendingin hawa atau kipas," katanya.

Menurutnya penggunaan kontena sebagai bahan utama untuk membina bangunan juga mampu menjimatkan kos dan masa lebih 30 peratus daripada bangunan biasa kerana tidak memerlukan kerja menanam cerucuk bangunan.

Beliau juga menjangkakan teknologi hijau ini dapat mencetus satu pembaharuan dan alternatif dalam sektor pembinaan negara selain mampu mengurangkan pencemaran. - Bernama

Kelebihan dan kelemahan bata kekunci atau brick interlocking


Kelebihan dan kelemahan bata kekunci atau brick interlocking. Antara kelebihan bata kekunci atau bata interlocking ialah,
  1. Teknologi mesra alam.
  2. Penjimatan penggunaan acuan.
  3. Tidak perlu plaster.
  4. Tiada pembaziran bahan binaan.
  5. Tapak binaan yang bersih dan kemas.
  6. Ruang dalaman lebih sejuk.
  7. Penampilan yang elegen dan esklusif.
  8. Binaan dinding secara " Interlocking " dan Dinding Galas Beban - lebih kuat.
Kelemahan
  1. Perlu pasang kemas dari tukang mahir
  2. Base slab atau foundation perlu stabil agar tidak mendap, jika mendap sebelah akan memberi kesan pada dinding
 keseluruhan nya bata ni ok kerana cantik, antik bila disapu varnis atau shellac, kos dapat dikurangkan

Harga dan kos 1m2 BATA INTERLOCKING

saiz bata 250mm (p) x 100mm (t) - Luas 1 biji - 0.025m2
bilangan 1m2 - 40 biji
harga 1 biji - rm1.70
kos bata 1m2 - RM1.70 X 40 BIJI = RM68.00

HARGA BATA SIMEN 1M2 = RM35.00
PLASTER DALAM LUAR 1M2 = RM14.00

Bagi pengurangan kos, sebab beam bawah tak perlu, tiang konkrit tak perlu, kos besi struktur tak perlu

ARTIKEL DIATAS ADALAH DIPETIK DARI BLOG BERIKUT:
http://industribinaan.blogspot.com/2014/04/kelebihan-dan-kelemahan-bata-kekunci.html


Sabtu, 10 Mei 2014

Sebab-sebab kenapa kontrak kontraktor perlu ditamatkan

Selepas Surat Setujuterima (L.A) dikeluarkan kepada pihak kontraktor yang berjaya, pelaksanaan kerja perlu dimulakan di tapak.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa keadaan, kontrak kontraktor boleh ditamatkan yang diantaranya, selepas penyerahan tapak, dalam masa 2 minggu ia masih belum memulakan kerja dengan tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Terdapat juga keadaan ketika pertengahan projek, kontraktor didapati terlampau perlahan kemajuan kerja ditapak berbanding jadual yang dirancang. Situasi ini juga boleh dipanggil sebagai 'projek sakit'. Sekiranya, surat amaran atau peringatan secara berulang telah dikeluarkan kepada kontraktor dan masih tiada perubahan prestasi kerja ditapak. Pihak kontraktor juga boleh dikenakan tindakan untuk penamatan kerja.

Kesan daripada penamatan kerja yang dikeluarkan kepada pihak kontraktor akan menyebabkan, barang-barang ditapak bina tidak boleh dibawa keluar, bon pelaksanaan kontraktor akan dirampas dan tender baru perlu dikeluarkan bagi menyiapkan baki kerja yang belum siap. 

Rabu, 7 Mei 2014

HEBAHAN KURSUS 22.05.14 ~ KENAPA PROJEK SAYA TIDAK BERJAYA

Salam Sejahtera Tuan/Puan

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Butiran kursus adalah seperti berikut:

Tajuk: Kursus "Aspek Pengurusan Projek: Kenapa Projek Saya Tidak Berjaya"
Tempat: De Palma Hotel, Shah Alam
Tarikh: 22 May 2014 (Khamis)
Masa: 8:00 pagi - 5:00 petang
Yuran: RM 450.00

CPD or CCD Point: BQSM, BEM / IEM, LAM & CIDB

Bersama-sama ini dilampirkan risalah dan borang pendaftaran kursus untuk
makluman dan tindakan selanjutnya dari Tuan/Puan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami seperti butiran di bawah:

Secretariat (Registration)
SUM GLOBAL CONSULTANT
1491, Jalan 18/27
Taman Sri Serdang
43300 Seri Kembangan, Selangor
Telephone : 03 8942 8479
Mobile Phone : 017 652 3403
Fax : 03 8948 0443
Email : sumglobalconsultant@yahoo.com




Selasa, 6 Mei 2014

Pendaftaran Untuk Peperiksaan Khas Penilaian Amalan Profesional (SPPA) 2014

Pendaftaran Untuk Peperiksaan Khas Penilaian Amalan Profesional (SPPA) 2014

Written by Super User on .

 
Pendaftaran Peperiksaan Khas Penilaian Amalan Profesional ( SPPA ) 2014

Bagi Tujuan Permohonan Jawatan Melalui Skim Laluan Khas Untuk Menjadi Juruukur Bahan Berdaftar Dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia
( Tempoh Sah : 2010/01/25 - 2014/12/31 )
Adalah dimaklumkan bahawa Skim Laluan khas oleh Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM ) kini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2014.
Berikutan itu, Siswazah Berdaftar Juruukur Bahan yang bercadang untuk memohon melalui Skim Laluan Khas dan telah memenuhi keperluan Laluan Khas dikehendaki Daftar untuk peperiksaan SPPA itu.
No.Tarikh PeperiksaanTarikh Taklimat
1.24 Februari 201410 Februari 2014
2.15 April 20141 April 2014
3.8 September 201425 August 2014
4.24 November 201410 November 2014
Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan  adalah satu bulan sebelum tarikh peperiksaan dan tarikh tutup  pendaftaran bagi menghadiri taklimat adalah dua minggu sebelum taklimat tersebut.
Sila klik di sini bagi Sukatan Peperiksaan untuk rujukan. Borang boleh dimuat turun  di pautan berikut: Borang Peperiksaan dan Pendaftaran Borang Hadiri Taklimat SPPA dan sila kembalikan kepada :
Majlis Peperiksaan
Lembaga Juruukur Bahan Malaysia
Tingkat 17 , Ibu Para pegawai JKR
Jalan Sultan Salahuddin
50582 Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn Emi Azwa Harun di 03-2610 7823 atau Cik Afifah Kamarol Ariffin di 03-26108142 atau e-mel di emi@bqsm.gov.my / afifah@bqsm.gov.my

Terima kasih .
 (PETIKAN DARI WEB LEMBAGA JURUUKUR BAHAN MALAYSIA)

Tempoh Pengeluaran Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD)

Dalam pelaksanaan sesuatu kontrak, Sijil Siap Kerja (CPC) akan dikeluarkan apabila telah mencapai tahap penyiapan yang pratikal dan telah memuaskan kehendak Pegawai Penguasa (P.P).

Pengeluaran CPC akan menandakan permulaan tempoh liabiliti kecacatan (DLP) selama 12 bulan atau 24 bulan.

Apabila tempoh DLP makin hampir kepada tempoh tamat, satu proses pemeriksaan perlu dilakukan bersama oleh kedua-dua pihak baik dipihak klien dan pihak kontraktor.

Sekiranya, ketika waktu pemeriksaan didapati tiada kerja-kerja kecacatan yang timbul, Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD) boleh terus dikeluarkan. 

Walaubagaimanapun, sekiranya masih terdapat kecacatan ketika pemeriksaan bersama. Satu senarai penuh kecacatan perlu dikeluarkan oleh pihak klien kepada kontraktor.

Tempoh pengeluaran senarai kecacatan ini adalah berbeza antara Kontrak Konvensional dan Kontrak Reka & Bina, dimana untuk kontrak konvensional, tempoh selama 14 hari diperlukan untuk pengeluaran senarai kecacatan. Manakala untuk kontrak reka dan bina, tempoh selama 28 hari diperuntukan untuk pengeluaran senarai penuh kecacatan.

Setelah pengeluaran senarai penuh kecacatan, kontraktor adalah diperuntukkan untuk melaksanakan tindakan pembaikan selama 3 bulan. 

Selepasa siap memperbaiki kecacatan, pihak klien akan mengeluarkan Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD) kepada kontraktor dan akan membolehkan pihak kontraktor menuntut untuk pelepasan Bon Pelaksanaan

MAKSUD PENYIAPAN KERJA YANG PRATIKAL

Dalam sesuatu pelaksanaan projek, apabila ia telah mencapai atau hampir kepada kearah penyiapan kerja, pihak kontraktor adalah layak dipertimbangkan untuk pengeluaran Sijil Siap Kerja (CPC).

Kesan daripada pengeluaran Sijil Siap Kerja (CPC) akan mengakibatkan bermulanya tempoh liabiliti kecacatan (DLP) selama 12 bulan untuk kontrak konvensional atau 24 bulan untuk kontrak design and build.

Bagi memahami maksud penyiapan kerja yang praktikal, kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor harus mencapai tahap yang disenaraikan berikut seperti yang terkandung dalam klausa 39.5 Syarat-syarat Kontrak

  • Kerja siap mengikut syarat-syarat kontrak
  • Membolehkan kerajaan menggunakan bangunan dengan sepenuhnya melainkan terdapat kerja-kerja kecacatan yang kecil
  • Kerja telah lulus pengujian dan pentauliahan (T &C)
  • Fit for purpose
  • Semua kemudahan asas telah lengkap dan siap serta boleh digunakan