Current Visitor

Selasa, 6 Mei 2014

Tempoh Pengeluaran Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD)

Dalam pelaksanaan sesuatu kontrak, Sijil Siap Kerja (CPC) akan dikeluarkan apabila telah mencapai tahap penyiapan yang pratikal dan telah memuaskan kehendak Pegawai Penguasa (P.P).

Pengeluaran CPC akan menandakan permulaan tempoh liabiliti kecacatan (DLP) selama 12 bulan atau 24 bulan.

Apabila tempoh DLP makin hampir kepada tempoh tamat, satu proses pemeriksaan perlu dilakukan bersama oleh kedua-dua pihak baik dipihak klien dan pihak kontraktor.

Sekiranya, ketika waktu pemeriksaan didapati tiada kerja-kerja kecacatan yang timbul, Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD) boleh terus dikeluarkan. 

Walaubagaimanapun, sekiranya masih terdapat kecacatan ketika pemeriksaan bersama. Satu senarai penuh kecacatan perlu dikeluarkan oleh pihak klien kepada kontraktor.

Tempoh pengeluaran senarai kecacatan ini adalah berbeza antara Kontrak Konvensional dan Kontrak Reka & Bina, dimana untuk kontrak konvensional, tempoh selama 14 hari diperlukan untuk pengeluaran senarai kecacatan. Manakala untuk kontrak reka dan bina, tempoh selama 28 hari diperuntukan untuk pengeluaran senarai penuh kecacatan.

Setelah pengeluaran senarai penuh kecacatan, kontraktor adalah diperuntukkan untuk melaksanakan tindakan pembaikan selama 3 bulan. 

Selepasa siap memperbaiki kecacatan, pihak klien akan mengeluarkan Sijil Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD) kepada kontraktor dan akan membolehkan pihak kontraktor menuntut untuk pelepasan Bon Pelaksanaan

3 ulasan: