Current Visitor

Khamis, 7 Mei 2015

Peranan Institusi Kewangan Dan Syarikat Insuran



Institusi Kewangan



Insitusi Kewangan adalah merupakan bank-bank tempatan yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia. Ia bertindak untuk menyediakan sumber pembiayaan dalam bentuk pinjaman kepada kontraktor sebagai modal permulaan memulakan kerja. Terma syarat, kadar faedah dan tempoh pinjaman adalah bergantung kepada keupayaan pihak kontraktor untuk membuat pembayaran semula
Selain dari menyediakan kemudahan pinjaman, pihak bank juga berperanan untuk menyediakan Bon Pelaksanaan (Performance Bond), Bayaran Pendahuluan (Advanced Payment) dan Jaminan Rekabentuk (Design Guarantee) dalam bentuk Jaminan Bank (Bank  Guarantee) seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat kontrak.

Antara bank-bank tempatan yang biasa menawarkan perkhidmatan dalam pembiayaan projek-projek kerajaan atau swasta adalah seperti berikut:

(i)                 Malayan Banking Berhad
(ii)               CIMB Bank Berhad
(iii)             Hong Leong Bank Berhad
(iv)             Public Bank Berhad
(v)               Affin Bank Berhad
(vi)             RHB Bank Berhad
(vii)           Am Bank(M) Berhad
(viii)         Alliance Bank Malaysia Berhad
(ix)             Bank Muamalat Malaysia Berhad
(x)               Bank Islam Malaysia Berhad

Syarikat Insuran



Syarikat Insuran ialah pihak yang menyediakan polisi insuran untuk pelaksanaan sesuatu projek dan merupakan satu kewajipan mengikut syarat kontrak yang perlu disediakan oleh pihak kontraktor sebelum memulakan kerja di tapak.

Mengikut kebiasaan, syarikat insuran akan mengeluarkan polisi insuran jenis Contractor All Risk (CAR), Insuran Kerja, Insuran Tanggungan Awam (Public Liability) atau Workmen Compensation kepada pihak kontraktor. Pembayaran premium terhadap polisi insuran adalah bergantung kepada harga kontrak, jenis binaan,  lokasi  dan risiko projek.

Sekiranya berlaku kemalangan ketika projek sedang berjalan, syarikat insuran ini bertanggunjawab membuat pembayaran kepada pihak kontraktor berdasarkan terma polisi insuran yang dilanggan.

Selain dari menyediakan kemudahan polisi insuran, pihak syarikat insuran juga ada menyediakan perkhidmatan untuk Bon Pelaksanaan, Bayaran Pendahuluan dan Jaminan Rekabentuk dalam bentuk Jaminan Insuran (Insurance Guarantee) seperti yang dinyatakan dalam syarat-syarat kontrak.
Antara syarikat insuran yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan biasa menawarkan perkhidmatan dalam projek-projek kerajaan atau swasta adalah seperti berikut:

(i)                 Kurnia Insuran (M) Berhad
(ii)               RHB Insurance
(iii)             Takaful Malaysia
(iv)             Multi-Purpose Insurance Berhad
(v)               Takaful Ikhlas Sdn Bhd
(vi)             Hong Leong Assurance Berhad
(vii)           Pacific Insurance Berhad
(viii)         Allianz General Insurance Malaysia Berhad
(ix)             Etiqa Insurance Berhad
(x)               MCIS Insurance Berhad
(xi)             AXA Affin General Insurance Berhad
(xii)           Am General Insurance Berhad
(xiii)         Berjaya Sompo Insurance Berhad
(xiv)         Lonpac Insuran Berhad

0 ulasan: